Isnin, 23 Jun 2014

Senarai Semak Impian 2014: Kemaskini 47% Kejayaan


Baru hari ini terfikir mahu mengemaskini senarai semak (checklist) impian saya pada tahun 2014. Biasanya sebulan sekali tidak pernah tertinggal, tetapi bulan 5 saya tumpas. Sebulan lebih saya tidak menonton satu persatu usaha yang perlu lagi saya giatkan dalam menembusi kejayaan demi kejayaan.

Rasa lucu juga ada, terutama yang bernombor 19. Saya memang menyimpan hajat untuk mendapatkan Chopping Board yang digunakan Chef Adu Amran semasa demo Masak-Masak Blogger yang diadakan pada 8hb Februari 2014. Alhamdulillah, semalam Chef Adu menghadiahkan saya chopping board tersebut sempena meraikan kejayaan saya memasak 106 resepi dari buku Cerita Rasa dari Chef Izyan Hani dan juga buku beliau sendiri Ikan di Laut, Asam di Darat. 

Saya minta maaf jika 'checklist' ini nampak seperti berbangga dengan status bertanda 'right' tersebut. Masya-Allah moga saya dijauhkan dengan sifat riak dan takbur. Tidak sama sekali, hanya berkongsi dengan semua pembaca, inilah sekeping kertas (checklist) doa saya setiap hari. Dalam kita berusaha, doa janganlah tinggal. Semasa susah atau senang, doalah juga jangan pernah henti. Setiap keistimewaan dalam perjalanan berjaya itu adalah dari pemberian Allah taala.

Rakan pembaca sekalian, dalam tempoh sebulan dua ini, saya akui pembaca di blog kuahkari.com ini semakin bertambah, jika dahulu hanya 20-40 orang sehari, kemudian bertambah ke 50-90 orang, dan 100-200 sehari, hari ini alhamdulillah menuju ke 1000-1200 sehari. Saya amat menanti komen balas berunsur membangunkan diri saya dari kalian.

Kerisauan saya memuncak apabila ramai yang bertanya apa sebenarnya yang saya cari dalam hidup. Saya hanya jawab, redha Allah. 

Hendak nama, akan dapat nama,
Hendak duit, hanya akan dapat duit,
Hendak membangunkan diri, insya-Allah terbangunlah diri,
Hendak memajukan keluarga, insya-Allah makin majulah keluarga,
Hendak ke syurga, insya-Allah ke syurgalah kita.

Setiap apa yang saya lakukan, saya cuba untuk elak dari yang bersifat mahu popular, malah setiap perkongsian yang saya ajukan di blog, facebook dan mana-mana laman maya, saya cuba untuk undur dari bersifat populis. Maafkan saya jika kadang-kadang saya terlajak dan terlebih. Industri ini agaknya memang begitu, ramai yang mahu berkenalan, ramai juga yang mahu mengajak kesana kesini membuat itu ini.

Saya tahu dan yakin ada yang sangat suka apa yang saya lakukan, begitu juga sebaliknya. Dengki dan iri ini memang setiap manusia ada, saya juga ada, hanya kita perlu putuskan sama ada ianya baik untuk kita atau tidak. Jika ada rasa tidak sedap hati melihat kejayaan orang lain, tandanya itu kita masih ada sifat iri. Segera jauhkan nanti memakan diri sendiri. 

Setiap hari, saya berhadapan dengan ramai rakan dan kawan-kawan, kawan baru juga semakin ramai, dan saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya seorang yang masih belajar dan sedang cuba menyelami dunia baru yang sedang saya lalui ini. Moga ada baiknya untuk saya, maruah keluarga dan juga setiap perincian baik-baik yang bakal isteri dan anak saya lalui selepas ini. 

Saya mengejar itu ini, solat jemaah 5 waktu sehari semalam pun belum lepas, umur sudah 33 tahun. Bagaimanalah dalam kubur nanti. Nauzubillah.. Saya juga selalu gagal dalam melaksanakan tugas. Tidaklah berjaya sebagaimana yang kalian selalu nampak dimana-mana. Tidak sama sekali. Setiap kesilapan dan kesalahan yang kita semua perbaiki itulah kejayaan yang sebenar. Bangun kembali, bangkit perbaiki.

Sudah macam ceramah agama pula kan. Ehehehe apapun, itulah kemaskini senarai semak terkini saya. Kali pertama saya kongsi dan mahu kalian rasa apa yang saya rasa. Terima kasih membaca hingga habis entri panjang ini. Terima kasih! Jazakallah! 

Khairul Hakimin Muhammad,
43650 Bandar Baru Bangi


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)