Khamis, 19 Jun 2014

Di Tunjuknya Isyarat Lucah


Tepat jam 12 malam emak menelefon, 

'Air ketuban Nona dah pecah, Tolong telefon Basha, emak dah telefon banyak kali, dia tak perasan agaknya' Abang Ipar saya masih bekerja malam tersebut. Saya bergegas bangun dan memakai pakaian sesuai, terus menuruni tangga rumah dan menuju ke Hospital Islam Az-Zahra. Sambil-sambil cuba menelefon Basha, alhamdulillah beliau sudah maklum dan sudah juga dalam perjalanan ke Hospital.

Masuk jam dua pagi, masih belum bersalin. Jam empat pagi juga belum. Semua sabar menanti. Elok sahaja jam enam pagi, dikejutkan dengan sms Basha, Bayi perlu dikeluarkan secara pembedahan. 

Kami terus bergegas ke Hospital, alhamdulillah dua-duanya sihat. Syukur. Tahniah Basha & Nona.

Semua jadi kepenatan, macam isteri masing-masing pula yang bersalin, he he he. Saya pulang ke rumah lebih kurang jam 7 petang selepas ambil isteri dan membeli makanan, elok sahaja Maghrib, terus sahaja tidur dan bangun solat isyak jam 5 pagi, masya-Allah Allah masih kejutkan saya untuk solat.

Elok sahaja bersiap untuk pergi kerja, terima whatapps dari Mertua, mengatakan Ayah Mertua kepada Abang Ipar meninggal dunia, lantas saya bertanyakan kepada emak dan abah. Disebabkan hari ini perlu lagi membantu Nona dan bayi, saya akur kami sekeluarga tidak dapat menziarahi keluarga Abang Ipar. Doa kami sentiasa kepada Almarhum. Moga di tempatkan di kalangan para solihin, beriman dan beramal soleh.

Kami keluar rumah sekitar jam 7.15 pagi. Hantar Nurul 'Ain ke rumah Tok Wan dan terus menuju ke Hospital Serdang menghantar Mamanya pula. Elok sahaja sampai di bulatan UKM, kami berada di laluan tengah, di sebelah kiri ada sebuah MPV Wish Hitam dipandu seorang muslimah. Di kanan pula ada beberapa motorsikal. Bila jalan sudah selamat untuk dilalui, saya pun memecut, elok pula MPV tersebut mahu masuk juga di laluan saya, nyaris saya melanggarnya dan saya membunyikan hon panjang.

Natijahnya, abang motor di sebelah kanan pula berasa hati, dua kali beliau mengangkat jari tengah kepada kami. Syukurlah isteri saya baik orangnya, tidak faham langsung mengenai isyarat tersebut. Hon di bunyikan kepada orang lain, orang lain pula terasa. Haih. Macam-macam. Muslimah dalam MPV juga memecut macam kena kejar hantu. Haih...

Rakan-rakan dan seluruh pembaca yang berada di Bandar Baru Bangi, Bandar ini sungguh terkenal dengan orang berilmu cerdik pandai, oleh yang demikian, berfikirlah sebelum bertindak. Risau anak-anak anda pula sepuluh kali kurang ajar dari anda. Cerdik memang cerdik, tetapi tidak berakal. Jika dulu ada kempen berhati-hatilah memandu, kini kempen perlu ditukar kepada 'Pemandu Berakhlak tanda ada Akal'

Wassalam.

Khairul Hakimin Muhammad
43650 Bandar Baru Bangi. 

Gambar: Colmar Tropicale, Berjaya Hills. Tengah 'hot' sekarang. Hi hi hi Hak ini tak ada yang nak istihar boikot kerana tidak ada kena mengena dengan 'b*bi'
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)