Jumaat, 30 Mei 2014

Hari ke-56: Khatam Sudah Cerita Rasa, Masa Berperang dengan Ikan di Laut





Alhamdulillah, 40 resepi dari Cerita Rasa sudah pun saya selesaikan. Syukur alhamdulillah. Memang saya sengajakan mahu siapkan Mihun Fuji ini dijadikan resepi paling akhir untuk saya sediakan. Alhamdulillah, dengan sekali cuba, menjadi. Memang saya tidak tahu bagaimana rasa sebenar Mihun Fuji ini, kerana ini juga adalah kali pertama saya menjamahnya. Rasanya? Sedap. Mujurlah buat lebih sedikit, bolehlah dimakan empat ke lima orang. Syukurnya. 

Menyiapkan 40 resepi dari buku resepi pertama (juga perjalanan kulinari) Masterchef Izyan Hani ini ada juga kesukarannya. Bukan semua perkara yang beliau perincikan tersebut menjadikan masakan itu boleh berjaya di masak, tidak sama sekali. Semua perincian, perlulah diikuti dengan betul, jika mahu tambah tolak darab bahagi, kena ikut juga aturannya, tidak boleh semberono. 

Saya masih ingat semasa menyediakan Mini Pavlova, mengikut sukatan, (sekadar contoh), jika 100gm telur, gula perlu di sekali gandakan dan kemudian ditolak 10gm. Saya sudah biasa dengan 1 biji telur putih sederhana pastinya lebih kurang 50-65gm. Saya terus sahaja menyiapkan tanpa timbang. Hasilnya, pavlova saya menjadi keperang-perangan, tidak putih bersih seperti yang pernah Masterchef Izyan sediakan di kelas kami. Ha ringkas kan? tetapi tetap perlu teliti!.

Dalam banyak-banyak resepi dari Cerita Rasa ini, yang paling saya ingat ialah stew daging. Ramai sungguh yang sukakannya. Sama juga dengan Lamb Stew dengan Buah Plam dari Buku Ikan di Laut Asam di Darat oleh Chef Adu, sekian kalinya, orang Pahang kata, BAPAK SEDAPNYA. Lamb Stew sudah saya sediakan empat kali! Semua sangat sukakannya!

Bagi anda yang belum miliki buku ini, anda patut milikinya segera. Resepi ringkas, sihat dan kemas dalam Cerita Rasa tidak boleh disangkal lagi. 40 resepi yang saya cuba, semua menjadi dan alhamdulillah inilah baru dikatakan buku Resepi. Bukan resepi cedokan atau sekadar muat majalah atau buku, ini betul-betul punya! hihihi.

Selamat mencuba semua! dapatkan Cerita Rasa dari Masterchef Izyan Hani di www.galeriilmu.com atau terus KLIK DISINI atau di mana-mana kedai buku seluruh negara, jika mahu yang bertanda tangan oleh Masterchef Izyan, boleh hubungi saya! hihihi. 

http://galeriilmu.com/belian-online/product/522-cerita-rasa-izyan-hani


Insya-Allah hari ini saya bakal memulakan peperangan didapur tanpa Cerita Rasa lagi, terus menyambung cabaran dengan lagi 29 resepi semuanya dari Ikan di Laut Asam di Darat oleh Chef Adu Amran. Dan resepi beliau sangat mencabar! Saya suka!

Ahah! Tahun lepas saya ke Krabi bersama lagi 10 orang rakan. Tahun ini bakal ke Mesir dan India! Alhamdulillah, lagi dua buku bakal diselesaikan! Seronoknya!

Wassalam.
Khairul Hakimin Muhammad.
Memasak juga boleh ke syurga. Amin!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)