Rabu, 21 Mei 2014

Hari ke-47: Sampai kepada Menu yang saya takuti


Perlu sempurna masak. Jika berlebih masak (over cooked) pastinya lembik. Jika belum masak pula pastinya tidak segar. Ah saya sangat takut untuk masak makanan berasaskan ikan. Masanya sudah sampai, hanya tinggal satu dua resepi dari buku Cerita Rasa dari Chef Izyan, dan selebihnya dari buku Chef Adu Amran, Ikan di Laut Asam di Darat.

Untuk pengetahuan kalian, menu dan resepi dari Chef Adu sangat-sangat mencabar. Cara masakan dan bahan yang diperlukan juga sangat teliti. Kita boleh nampak ketelitian Chef Adu dalam membuat kajian dan penyelidikan terperinci dalam menyediakan satu-satu hidangan. Setakat ini hidangan dari buku Chef Adu pastinya membuat jiwa saya berantakan. 

Berbeza dengan buku Chef Izyan Hani, beliau memang menyediakan ruang mudah, kemas dan cepat bagi sesiapa yang suka makanan segar dan senang memasak, ini buku yang sangat tepat. Hanya tinggal beberapa resepi sahaja lagi dari buku ini untuk saya siapkan. Semuanya mudah, cuma kalian tetap perlu teliti dalam menyediakan bahan-bahan dan juga mengikut rentak Chef Izyan dalam kaedah memasak. Ada juga saya gagal menyiapkannya, dan perlu memasak kali ke-dua.

Saya sangat takut untuk masak ikan. Jika kari ikan, ikan kukus, ikan goreng semuanya saya boleh pejam mata, tetapi jika minta buat filet ikan, ikan gulung, tempura ikan, pastinya saya berpeluh-peluh! Saya takut ikan saya akan 'over cooked'.

Ini juga yang saya takuti malam tadi. Saya sudah pun membeli ikan merah dan 'monk' fish untuk dimasak. Tetapi saya memilih ikan siakap untuk mencuba Ikan Gulung Asam Rebus dari buku resepi Chef Adu.

Baunya memang betul-betul macam bau kuah Laksa Johor, sedap. Saya habis semangkuk. Rata-rata lauk berkuah yang dimasak dari buku Chef Adu memang boleh dibuat hirup terus dari mangkuk! Ha ha ha, Ibu mertua lalu pun tak perasan, memang sedap!

Saya juga menyediakan Kek Udang Galah. Kebetulan sebenarnya, saya ke pasar mencari sedikit bahan-bahan, terpandang udang galah ini, saya hanya ambil seekor (sizenya agak besar) dan harganya RM13. Sebab itulah dapat buat 2 biji sahaja kek udang tersebut dan dimakan dengan cepat. Ha ha ha, jangan marah eh. Bagi Sos Bernaise Serai, ini memang boleh beri lima bintang bling bling! sedap! dan menyediakan karipap ramadhan rasanya Chef Izyan boleh menangis melihat saya membuatnya. Saya gagal bahagian mengelim kulit karipap tersebut. Sebab itulah saya ambil gambar sekali banyak, tidaklah nampak sangat buruk karipap tersebut. Saya guna garpu sahaja. 

Akhir sekali, begedel keledek. Ini kali pertama saya mengediakan begedel menggunakan keledek. Tak sangka kan? Sedap pula tu. Pastinya saya akan buat lagi, anak saya sangat suka-kannya. Alhamdulillah.

Lima resepi terus. Alhamdulillah.

Berbaki 43 resepi dan 22 hari!
Alhamdulillah!

Khairul,
Abuain Kitchen Studio!


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)