Selasa, 15 April 2014

Sengal-Sengalan



'Macam mana ni Kerol, kita dah sesat ni' Iz mencebik. Kerol pula terus memandu laju dalam perut hutan yang semakin jauh ke dalam.

'Oklah, kita berhenti di sini, rehat sekejap. Nak stress pun tak guna' 

Lalu diberhentikan kenderaan pacuan empat roda yang sudah penuh dengan becak tanah disekelilingnya. Kerol mengambil sedikit makanan dan menghulur kepada Iz. Iz menggeleng. Mukanya kusut, dahinya mengerut. Kerisauan dan gelisah terpacul dari wajahnya. Sesat.

Masing-masing melihat jam, dan mereka mengambil wudhuk di sebatang sungai jernih berhampiran. Lalu dibentangkan tikar buruk yang sentiasa menjadi alas untuk solat. Iz melafaz iqamah dan mereka menunaikan solat. Usai sahaja doa, mereka terus saling berpelukan, 

'Moga-moga kita dapat keluar dari sini Kerol, aku risau dah ni, tak pernah lagi aku kena pengalaman macam ni' Izman meluah rasa hiba. 

'Insya-Allah, amin. amin. Moga Allah permudahkan perjalanan kita.' Kerol menyambung.

Mereka mengambil barangan dan memasukkan satu demi satu ke dalam Pajero. Dengan suram muram Kerol menghidupkan enjin. Tiba-tiba berlalu seorang kanak-kanak di hadapan mereka, Iz melompat keluar dan mengejar, kanak-kanak itu terus berlari, Kerol mengikut mengejar. Bagai dalam filem, mereka berlari dan berlari dan berlari meredah hutan. Ditepis beberapa kali pohon dan dahan dihadapan, akhirnya mereka sampai ke perkampungan kecil.

Iz dan Kerol berdiri tercegat, seluruh isi kampung juga memandang mereka dengan hairan. 

'Siapa kamu?' Tanya seorang lelaki yang hanya berseluar kecil memegang parang.

'Kami sesat' Jawab Iz.

'Oh jangan risau, kami akan bantu' Mereka kemudian terus senyum dan membawa Iz dan Khairul ke sebuah pondok tanpa dinding. Di layannya bagai tetamu, di hidang dengan pelbagai makanan dan minuman.

Sedang asyik menjamah semua makanan yang terhidang, tiba-tiba pandangan menuju ke arah seorang jejaka yang agak besar, berlari menuju ke arah Iz dan Kerol. Tidak berbaju, kotor, dan menangis teresak-esak.

Lalu di pegangnya wajah Kerol, dipeluknya erat-erat.

'Kerol, aku sesat. aku sesat. Kau dah lupa kan aku?' Aku sesat! Kerol tergamam. Iz berdiri hanya memandang drama ini.

Dilihatnya wajah itu betul-betul. Disentuh ke dua-dua pipi dan mereka kembali berpelukan sambil menangis teresak esak. Itu Fu. Kawan mereka yang telah hilang sekian lama.

Allah.
Allah.
Allah.

Saya terbangun. Duduk sebentar di hujung katil. Ah mimpi apa ini. Ini semua gara-gara Ustaz tu mimpi. Saya pula bermimpi bukan-bukan. ha ha.

Astaghfirullah. Moga Fu baik-baik sahaja. Doa untuknya moga sentiasa dalam kasih sayang Allah,  dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah. Amin. 

Khairul.
Mimpi yang ini lain pula perasannya, saya duk ingat lagi sampailah waktu ini. Entahlah. Masih ada rasa sengal di badan. Ah, bukan sebab mimpi kan? he he sengal-sengalan juga!
43650 Bandar Baru Bangi.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)