Isnin, 7 April 2014

Review Kelas Masterchef Izyan Hani (06-04-2014)








Kelas Masterchef Izyan Hani bermula dengan membuat Chewy Peanut Butter with Choc Bar. Masing-masing menumpukan sepenuh perhatian teknik-teknik yang Chef gunakan. Simple, tapi hasilnya mengagumkan.

Selepas itu kelas diteruskan dengan membuat Mini Pavlova dan juga Scones. Saya ternanti-nantikan teknik scones. Antara hidangan petang yang isteri saya sangat minati. Beliau banyak kali berusaha menyiapkan scones ala Chef Izyan ini, walaupun sudah beberapa kali dipuji merata, beliau masih lagi menuntut belajar pada hari semalam bersama rakan-rakan lain. 

Saya sendiri tidak dapat merasa scones itu, ini kali ke-dua kempunan, kali pertama sudah terjun di dalam batu belah batu bertangkup selepas scones yang terakhir di makan oleh pengacara RTM semasa di PPIM tempoh hari. Saya punyala berjalan segak ala Fahrin Ahmad menuju ke meja demo memasak, sekali Pengacara tersebut terus memasukkan scones itu ke dalam mulutnya. Waduh, tanjat boboi. Kali ini pula, sudahlah scones itu nampak sangat sedap, di letakkan pula ais krim vanilla ditengah dan kemudian di curah halus coklat cair diatasnya. Masya-Allah!

Hua! Kecewa!

Ok kita sambung cerita kelas,

Ramai yang tidak tahu, apabila kalian hadir ke kelas, anda bukan sahaja datang belajar memasak. Tetapi anda akan belajar teknik penghasilan sesuatu masakan. Di mana-mana buku resepi, ditunjuk cara-cara memasak, tetapi teknik yang sebenar yang menjadi 'rahsia' atau 'kunci' sesuatu masakan itu hanya boleh didapati apabila kalian hadir ke kelas. Haa rugi kan tidak hadir?

Insya-Allah Masterchef Izyan Hani akan bersiaran sekali lagi bulan ini di Abuain Kitchen Studio bagi program 'Parents & Kids' pada 26hb April 2014 (Sabtu).

Untuk Parents & Kids,  kanak-kanak berusia 3-12 tahun boleh sertai bersama ibu atau bapa. Atau ibu saudara, emak jiran, datuk, nenek, makcik pakcik, opah, tokki, tokwan, bibik dan kakak abang ipar semuanya boleh bersama. Janji bawa kanak-kanak.

Pasangan kekasih jangan hadir. Jika hadir juga, saya sediakan ruang ceramah halwa telinga. kah kah kah.

Baiklah, bagi pihak Abuain Kitchen Studio, kami memohon maaf jika ada kesilapan dan kekurangan semasa kelas dijalankan, dan kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kak Nori Anwar (Pengurus Media Sosial Chef Izyan), juga kepada Chef Izyan Hani kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami semua, kami semua memang enjoy!

Juga kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat cepat sembuh kepada rakan kami yang tidak dapat hadir kelas ini kerana mengalami kecederaan selepas kemalangan kereta tempoh hari. Cepat sembuh Awin!, sama-sama kita doakan Awin dan dua rakannya lekas sembuh dari kecederaan dan juga lekas sembuh dari trauma selepas kemalangan tersebut. Amin.

Khairul.
Abuain Kitchen Studio,
43000 Kajang. 
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)