Jumaat, 11 April 2014

Forum Amalan Memasak Baik Oleh 3 Chef di FRIM






Forum Amalan Memasak Baik ini dianjurkan sepenuhnya oleh FRIM, Kepong. Forum ini bertujuan memberi kesedaran umum kepada semua peringkat masyarakat mengenai amalan-amalan baik semasa memasak. Lebih tepat, semasa berada di dapur. Di pengerusikan oleh Dr. Mohd Ilham Adenan, Pegawai Penyelidik Kanan, Kimia Bioaktif, FRIM dan diserikan oleh 3 orang panelis yang hebat-hebat iaitu Chef Adu Amran, Chef Azli Razali dan juga Puan Rubiah Suparman. Forum ini adalah permulaan bagi Pameran Herba yang bakal diadakan di PWTC, 23-25hb Mei 2014 nanti.

Saya sempat menyalin serba sedikit nota semasa pusingan demi pusingan soalan diajukan kepada Panelis. Antara soalan yang dikemukakan kepada Chef Adu ialah, Kenapa pada masa sekarang bidang ini diterajui oleh lelaki. 

Chef Adu memberi jawapan tepat, dalam dapur-dapur besar di mana-mana ruang makan atau restoran, periuk, kuali serta banyak peralatan dapur memerlukan tenaga lelaki yang kuat. Oleh yang demikian, memang lelaki diperlukan berada di dapur berbanding perempuan. Tetapi, Chef Adu menyatakan, beliau sangat 'welcome' kepada semua wanita untuk bersama berada di dalam dapur, kerana wanita mempunyai kemahiran 'multi-tasking' berbanding lelaki. 

Chef Azli ditanya mengenai perapan ikan dan makanan laut. Dan penjelasan satu demi satu butir yang keluar dari mulut Chef Azli membuktikan beliau sangat berpengetahuan dalam bidang kulinari. Perapan ikan memerlukan sesuatu yang 'masam' untuk membuang bau hamis ikan. Beliau juga sempat berpesan supaya kita semua mengelak untuk kerap makan makanan yang dibakar menggunakan arang. Bahaya karsinorgenik boleh menyebabkan kanser. 

Manakala Puan Rubiah banyak ditanya berkisarkan beliau sendiri, bagaimana penjagaan diri, kulit dan kesihatan. Jawapannya mudah. Hati kena baik, apa yang dalamnya baik, luarnya akan bertambah baik. Allah hebatnya.

Pusingan kedua dan ketiga banyak berkisarkan teknik memasak, antara yang ditanya kepada Chef Adu ialah memasak menggunakan minyak, sama ada perlu banyak atau sedikit. Penggunaan minyak adalah mengikut resepi atau menu itu sendiri, menjadi lumrah orang melayu, minyak perlu di letakkan banyak berbanding masyarakat lain. Bagi Chef Adu, untuk mendapatkan tekstur yang cantik, minyak perlu diletakkan sedikit banyak. Selepas masak, buanglah sedikit supaya masakan tidaklah nampak terlalu berminyak. Mudah kan?. Perlu diingat, setiap satu-satu minyak gorengan, boleh digunakan sebanyak 2 kali sahaja. Selepas itu perlu dibuang kerana minyak yang digoreng lebih dari dua kali akan merubah menjadi toksik dan bahaya untuk badan.

Chef Adu meneruskan bercerita mengenai kelebihan cuka. Saya sudah menyimpan soalan ini sebenarnya, tetapi kuasa telekenetik yang ada di dalam diri saya akhirnya terkeluar menuju  minda Chef Adu. ha ha mula merepek dah ni. Rupa-rupanya cuka ini menseimbangkan rasa, menurunkan kolesterol, menurunkan berat badan, dan menjadi antiseptik kepada sesuatu makanan. Wah! Baru saya tahu hari ini, terima kasih Chef, nak peluk rasa. Ha ha ha.

Ok sambung serius. Sesi ini diteruskan dengan sesi soal jawab, saya juga menjadi lebih kacak bila bertanya 3 soalan. Soalan orang lain semua saya tidak ingat. Saya ingat soalan saya sahaja.

Soalan 1.
Adakah penggunaan besi seperti sudu besi, pisau besi bahaya digunakan dan menyebabkan kekurangan zat pada sesuatu makanan?

Jawapan oleh Chef Azli.
Ini tidak berlaku, semua Chef dan semua dapur di menggunakan pisau dan barangan besi. Hanya menjadi bahaya apabila potongan pisau dan juga chopping board juga besi. Bahaya jika terpecah atau tersumbing. 

Soalan 2.
Herba kering seperti oregano, rosemary dan lain-lain banyak diletakkan di dalam balang kaca. Adakah mempunyai kesan tidak elok jika disimpan dalam bekas plastik?

Jawapan Oleh Chef Adu.
Tidak bahaya dan tidak mempunyai kesan yang tidak elok. Hanya menggunakan kaca kerana senang untuk dilihat dan tidak perlu di label. Mudah digunakan. Cuma, eloklah sekiranya semua herba kering ini diletakkan di ruang yang tidak kena cahaya dan agak gelap. Wah ilmu baru ini tau!.

Soalan 3.
Bagaimana ingin mengetahui yis yang ingin kita gunakan untuk membuat roti itu masih hidup?

Jawapan oleh Chef Azli.
Ambil secawan air suam dan letakkan yis tersebut. Jika yis tersebut berbuih, bermakna yis itu masih elok dan masih hidup segar bugar bermain-main di taman. (bab taman tu saya tambah).

Usai program kami dijemput makan bersama, wah terasa sedikit VIP. Kami makan bersama dengan rakan baru dari Galeri Ilmu. Juadah juga sangat menyelerakan, semuanya ada herba dan asas ulam-ulaman. Alhamdulillah bertambah jugalah nasi. 

Sila baca kenyataan akhbar dari FRIM di bawah sekali.

Wah panjang juga entri ini. itulah serba sedikit yang saya boleh kongsi dengan kalian. Moga ada manfaat untuk kalian!.

Saya dan rakan baik saya Jeffri menunaikan solat jumaat di FRIM dengan tajuk akhlak & moral zaman ini. Kemudiannya kami meneruskan menjelajah dari satu booth ke satu booth merasa makanan antarabangsa dengan lagak pelabur jutawan di MIHAS. hihihihi...

Oklah itu sahaja coretan kali ini, cewah, sekejap lagi mahu coretkan cabaran hari ke-8. Buat Skon! hihihi. Terima kasih membaca! Wassalam!

Khairul,
FRIM ini sangat menyeronokkan, rasa mahu bekerjasama dengan mereka! mereka best!
43000 Kajang.





UNTUK KETUA EDITOR                                                           09 April 2014
JEMPUTAN MEDIA  DAN KENYATAAN AKHBAR
Sukacita dimaklumkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan satu forum iaitu – AMALAN MEMASAK BAIK bersempena Pameran Herba Malaysia 2014 dengan tema- Herba dan Pengetahuan Tradisi: Khazanah Negara.
Pameran Herba Malaysia 2014 (PHM2014) yang julung kali diadakan, menghimpunkan penggiat, pakar, penyelidik herba serta amalan dan kegiatan penggunaan herba daripada perspektif pengetahuan tradisi khususnya di bawah satu bumbung. Sebanyak 75 unit booth pameran disediakan untuk para pengusaha dan penggiat industri herba. Pameran bermula daripada 23 hingga 25 Mei 2014. Sepanjang pameran ini berlangsung, beberapa demo masakan oleh chef selebriti dan primadona filem melayu era 70an-80an turut mengisi slot yang bertujuan membujuk orang ramai terhadap amalan pemakanan herba untuk gaya hidup sihat. Serentak dengan pameran ini turut diadakan Seminar Pemuliharaan dan Pemerkasaan dan Pengetahuan Tradisi dengan tema – Melestari Pengetahuan Tradisi. Disasarkan lebih daripada 3000 pengunjung sehari akan hadir sepanjang pameran ini berlangsung. PHM2014 ini turut disokong dang dianjurkan bersama APAFRI, MOA, MARDI,J PSM, MARA dan JAKOA.
FORUM ini akan dipengerusikan oleh Dr Mohd Ilham Adenan – Pegawai Penyelidik Kanan (bioactive chemistry/kimia bioaktif)) bersama-sama panel dilantik iaitu Primadona – Rubiah Suparman, Chef Adu Amran dan Chef Azli Razali. Pameran Herba Malaysia juga mendapat penajaan eksklusif oleh BECKA (M) SDN BHD untuk segmen demo masakan oleh selebriti tanah air. Tajaan ini akan berlangsung sepanjang Pameran Herba Malaysia berlangsung.
Forum ini akan diadakan seperti berikut:
TARIKH           :           11 April 2014
MASA               :           9.30 pagi
LOKASI            :           AUDITORIUM, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
                                    Kepong
Sehubungan itu, Tuan/ Puan dijemput untuk hadir dan menghantar wakil media sempena Forum Amalan Memasak Baik  serta membuat liputan media berkenaan Pameran Herba Malaysia 2014 ini nanti.
Bersempena forum ini juga, para panel akan berkongsi amalan pemakanan sihat berasaskan herba serta cara memasak sihat untuk gaya hidup sihat menerusi menu sihat yang baru.
Sokongan dan kerjasama daripada pihak Tuan/ Puan, didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Sebarang maklumat lanjut sila berhubung dengan:
Wahayu Binti Haji Abdul Wahab
Penyelaras
Pameran Herba Malaysia 2014
Tel       :           03 6279 7594
Email   :           wahayu@frim.gov.my
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)