Rabu, 2 April 2014

Cabaran 70 Hari Memasak Resepi 2 Buku




Saya berjalan masuk ke dalam rumah, bauan ikan goreng semerbak menusuk hidung. Beg sekolah diletakkan di tepi dinding laluan ke dapur. 

'Assalamualaikum mak'

'Waalaikummussalam, ha dah balik, jom makan'

Emak membuka tudung saji, terus menampakkan lauk pauk yang tersedia di dalamnya. Ikan goreng dan sayur taugeh masak lemak. Emak terus berjalan laju masuk ke perut dapur, dicapainya botol hitam legam yang serba menambah rasa, si kicap. 

Masih berasap nasi diatas pinggan, emak menitiskan kicap di seluruh ruang, kemudian di raciknya ikan goreng dan digaul sempurna bersama nasi dan kicap tadi. 

'Bismillah dulu!' Kata Emak.

Saya terus menyuap. Segala deria rasa bersatu merebut nasi yang memasuki ruang mulut. Dikunyahnya perlahan-lahan, rahang dan lidah saling membantu tekak menelan membawa masuk segala nasi ke dalam perut. Masya-Allah sedapnya hingga menutup mata. Emak senyum melihat kami makan dengan penuh selera.

Beberapa hari lepas saya menonton Julie & Julia. Sebelum itu, saya salah seorang yang menyukai buku masakan Julia Child, seorang tukang masak atau Chef dari Amerika yang sangat berjaya dalam dunia masakannya. Julia pernah digelar sebagai tukang masak yang mengajar wanita Amerika memasak. Kehebatan buku beliau Mastering The Art of French Cooking telah diterbitkan sebanyak 49 kali di serata dunia. 

Perjalanan Julia tidak mudah. Dari seorang suri rumah kepada kerani dan kemudiannya kembali menjadi suri rumah, beliau tidak pernah mengalah untuk menerbitkan buku beliau sendiri. Beberapa kali ditolak, malah dibenci, malah dijadikan bahan ejekan kerana beliau bukan anak Perancis untuk memasak makanan Perancis. Akhirnya, beliau dinobatkan sebagai antara salah seorang tukang masak paling berjaya di dunia. 

Hari ini, saya mencabar diri saya sendiri untuk memasak segala resepi yang ada dalam dua buku yang baharu saya dapatkan ini. Seorangnya memang Chef, seorang lagi tidak mempunyai asas sebagai seorang Chef, tetapi beliau memenangi tempat pertama dalam Masterchef Malaysia musim ke-2. 

Kenapa mereka? 

Ya soalan itu akan timbul, jawapannya ialah kerana mereka mempunyai jiwa untuk memasak. Bak kata emak, 

'untuk lihat mereka itu boleh memasak atau tidak, lihatlah masakan mereka untuk di makan atau sekadar untuk dijual'

Saya telah cuba beberapa resepi yang di terbitkan di dalam Cerita Rasa oleh Chef Izyan Hani. Dan masakan serta hasilnya memang menjadi. Sama juga dengan resepi di dalam Ikan di laut, Asam di darat oleh Chef Adu Amran. 

Oleh yang demikian, cabaran 70 hari memasak lebih 100 resepi di dalam ke dua-dua buku ini akan saya mulakan pada 4-04-14. Insya-Allah.

Akan saya terbitkan disini, dan saya biarkan kalian merasa segala masakan saya di blog ini. Ingin hadir ke sesi masak-masak untuk semua resepi ini? hadirlah, percuma! 8-9malam hampir setiap hari insyaAllah.

Moga Allah taala permudahkan untuk saya mencontohi emak memasak,

Moga cita-cita saya tercapai untuk memasak untuk dunia satu hari nanti.
Menjamu yang miskin,
Menyuap yang tidak mampu,
Menghulur yang memerlukan,
Memberi kepada yang meminta,

Insya-Allah.
Dan waktu itu pastinya emaklah insan yang paling gembira. Nasi Panas bersama ikan goreng dan titisan kicap tetap juadah terbaik pernah emak sediakan untuk kami adik beradik.

Terima kasih emak. Resepi kehidupan terbaik. 

Khairul Hakimin. Muhammad
Pengasas Abuain Kitchen Studio,
43000 Kajang.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)