Isnin, 31 Mac 2014

Masterchef Izyan Hani: Ikon Puteri oleh Pergerakan Puteri Islam Malaysia














Pada 22hb Mac lepas, usai sahaja program 'Kids Happily Cooking' bersama anak-anak di Abuain Kitchen Studio, saya terus bergegas ke Kompleks Darul Puteri di Cheras bagi program i-sihat, u-sihat. Program ini dijayakan bersama oleh Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Galeri Ilmu,  dan juga Adu Amran Management & Services. Beberapa Chef hadir memeriahkan program, antaranya Chef Adu Amran (Juri Masterchef Malaysia), Chef Izyan Hani (Pemenang Masterchef Malaysia Musim Ke-2), Chef Brian, Chef Rosemah Ibrahim dan ramai lagi. 

Elok sahaja saya memasuki Kompleks ini, masya-Allah terkejut juga melihat tersergam indah bangunan-bangunan milik PPIM ini, semasa di sekolah, Persatuan ini lebih terjurus ke arah wanita-wanita ayu yang kerap kali menjalankan aktiviti sukan bola jaring. Lelaki dan jejaka kacak seperti saya diharamkan untuk melihat mereka bersukan apatah lagi ingin menyertainya. Hebat mereka ini rupanya.

Saya terus meletakkan motorsikal di ruang parking di bawah dan bergegas ke dewan besar mereka, lautan tudung merah jambu menghiasi setiap sudut dewan dan saya lihat Masterchef Izyan sudah pun berada di atas pentas untuk di lantik sebagai Ikon Puteri oleh Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Tahniah Chef! 

Emak saya kata, Chef ini murah dengan senyum, suka berjenaka dan sangat pandai menyantuni orang ramai. Rezekinya pasti melimpah ruah. Antara idola masakan oleh saya dan isteri dan kami juga antara yang mengikuti perkembangan beliau dari masa ke semasa. Pertemuan pertama dengan beliau di Halfest 2013 apabila beliau menjadi pengacara pertandingan Memasak Kari menggunakan Rempah Kari Chef Norman Musa, dan kami menang tempat ke-dua tau! hihi selepas itu beliau sudi untuk bersama rakan-rakan blogger di Rendezvous Blogger #1 2014 di Abuain Kitchen Studio.

Oh, kita sambung cerita di PPIM, selepas sahaja dilantik, beliau diminta untuk memasak dihadapan para Puteri Puteri Islam, saya sahaja nampaknya Putera di situ. Lebih kacak dirasakan. Hidung juga mengambil peranan terkembang kempis. Chef Izyan berjaya menyiapkan Scones, Apple Crumble dan sejenis sos (saya lupa namanya). Semuanya saya dapat rasa. Memang sedap dan enak. Rasa mahu bungkus buat isteri tercinta, apakan daya, diri sendiri pun tidak cukup. hihihi.

Dan akhirnya sesi menyantuni semua Puteri Islam dengan sesi bergambar dan juga menandatangani buku Cerita Rasa. Saya & isteri antara yang sangat suka mencuba resepi beliau dan alhamdulillah setakat ini semua menjadi. Buku beliau (Cerita Rasa) berharga RM30 dan jika anda sangat suka resepi mudah, sedap dan ringkas, dapatkannya segera di mana-mana kedai buku atau terus membuat pembelian online di www.galeriilmu.com. Buku yang menampilkan 40 resepi juga perjalanan kulinari Chef Izyan dari dapur bonda ke dapur Masterchef. Masya-Allah. Dari seorang Geologist, dan masih lagi seorang Geologist, beliau melangkah lagi dengan bakat memasak yang beliau miliki untuk dikongsi dan dimanfaatkan oleh orang lain. Super duper hebat & penuh pahala insya-Allah.



Untuk terus mendekati beliau, bolehlah mengikuti perkembangan di muka buku Izyan Masterchef (sila click) dan instagram (sila click) beliau.

Tahniah Chef! Tahniah dari Keluarga Abuain!

Khairul,
Nurul Huda
Nurul 'Ain
~Nantikan Buku dari Abuain: Dari Dapur Bukan Chef, Insya-Allah Jun 2014!) Cewah!



Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)