Rabu, 19 Februari 2014

Alif Ba Ta


Malam tadi,

Babah, Allah tu apa babah, Tanya Nurul 'Ain. Kami sama-sama baring di katil mengadap kipas berpusing sambil-sambil sama-sama mengusap tangan masing-masing.

Allah tu Tuhan kita. Saya menjawab seolah-olah Nurul 'Ain faham. 

'Ain nak jadi Allah lah'

'Eh tak boleh sayang, Allah tu ada satu sahaja, bila kita solat, kita bercakap denganNya, bila kita Alif Ba Ta (mengaji), kita pun bercakap denganNya. 'Ain masih tidak faham, wajahnya penuh seribu satu soalan yang bakal beliau tanyakan. Penuh rasa dan perasaan. Bulan depan beliau akan memasuki umur 2 tahun, tetapi pemikirannya bagai sudah 7 tahun. Berbagai rasa ingin tahu meluap-luap tanpa ada penapis khas di kepalanya. Saya runsing.

2 tahun lalu semasa menunaikan Umrah, saya ditanya bertubi-tubi oleh seorang Pakcik yang mana kami berjumpa hampir setiap pagi subuh betul-betul di hadapan Multazam. Kadang-kadang kami berebut untuk solat di tempat yang sama, beberapa kali kami dapat bersembang bersama dan mengenali hati budi masing-masing, hinggalah pada satu subuh, beliau bertanya:

'Sudah doa ibu bapa kamu?' berapa kali kamu berdoa ibu bapa kamu semalam, dan hari-hari sebelumnya?'
'Sudah doa buat isteri &  adik beradik kamu? berapa kali kamu berdoa buat  isteri & adik beradik kamu?'
'Sudah doa buat saudara, sahabat baik kamu? berapa kali kamu berdoa buat mereka sepanjang hidup kamu?'
'Sudah doa untuk tempat kamu bekerja? berapa kali kamu berdoa buat syarikat kamu selama kamu bekerja?'

saya terdiam dan tergamam.

'kamu kepingin anak, kamu tidak tahu apa rahsia Allah, kamu pun berdoa bersungguh-sungguh, bila Allah sudah sediakan kamu anak, akan kamu lalui satu perjalanan panjang mengenali Allah, Allah akan beri kamu rasa apa yang kamu minta, pasti. Tetapi janganlah sebab apa yang kamu inginkan sangat-sangat, kamu lupa apa yang sudah ada di sekeliling kamu, selagi mana kamu lupa setiap nikmat & anugerah disekeliling, bagaimana kamu akan menghargai perkara baru? Pakcik ini menambah. Mata saya pula sudah berkaca-kaca, air mata pula hanya tunggu tumpah. Berdetak di hati dengan pelbagai penyesalan yang amat sangat.

Azan berkumandang, selesai sahaja mereka berhenti menunaikan tawaf, kami berebut untuk mendapatkan ruang solat di saf paling hadapan, berharap untuk menunaikan solat betul-betul di hadapan Kaabah.

Hari ini. Kali pertama saya kongsi kisah ini . Nantikan cerita penuh di buku ke-dua saya, Enam Puluh Liter

Doalah hingga dapat.
Usahalah hingga berjaya.

Gambar: Tuan Fuad mengimami kami di Masjid Huailok, Krabi tahun lepas. 

Khairul,
Sungguh rindu Makkah.
Abuain Kitchen Studio.
43650 Bandar Baru Bangi.


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)