Selasa, 7 Januari 2014

Bukit Broga, Ajar Erti Tanggungjawab Berkawan














4hb Januari 2014
'Kami sudah dalam perjalanan' Mesej pesanan ringkas masuk ke dalam telefon bimbit saya. Lekas saya bangun, mata masih menonton Masterchef Allstar. Mengambil beg dan beberapa lagi barangan, tangan mencapai kamera dan beg tidur untuk menaiki Bukit Broga malam ini.

'Masuklah, tunggu sekejap, ada lagi beberapa barang yang nak diambil' Saya menyuruh Fizal dan Fadli memasuki rumah, saya masih belum bersiap. Dengan pantas, saya berlari menuruni tangga dan cepat-cepat memasukkan beg ke dalam perut kereta. Kami bertolak ke Bandar Seri Putra. Dalam perjalanan, Fizal membebel, rakan-rakan seramai tiga orang membatalkan hasrat untuk sama memanjat bukit Broga. Kami terus bergerak ke Semenyih. 

Mengisi perut sebentar di warong dan terus ke kaki bukit. Cermin dibuka sedikit, enjin dimatikan. Kami mengambil sedikit masa untuk tidur sekejap, jam menunjukkan 12 tengah malam. Sedang kami nyenyak tidur, kami dikejutkan oleh Abang Polis, seorang lagi menunaikan Tawaf di kereta kami sambil menghunus senapang.

'Buat apa ini? malam-malam buat apa ini? Tanya Abang Polis

'Kami nak naik Bukit Broga tuan, tunggu kawan sekejap, jadi kami tidur dulu dalam kereta' Jawab kami bertiga serentak.

'Oh, hendak naik jam berapa?' Tanya Abang Polis lagi.

'Kejap lagi dalam pukul satu' Jawab Fizal.

'Ok ok, hati-hatilah, hujan-hujan ni. Hati-hati ya' Abang Polis menasihati kami. Dan kami mengurut dada kelegaan. Alhamdulillah.

Selang setengah jam, ada dua jejaka menaiki, jam sudah 1.14 pagi. Kami pun terus bersiap untuk turut serta. 15 minit pertama Fizal minta untuk berhenti sekejap mengambil nafas. Kami sama-sama berhenti. Katanya permulaan memang sebegitu. Beberapa kali Fizal menasihati kami jika kami keletihan, berhentilah, jangan paksa diri, biar sedikit lambat tetapi sampai ke puncak.

Kami berhenti dan berhenti. Ada masanya terpaksa melepaskan lelah dengan agak lama, siap duduk-duduk diatas batu dalam kegelapan malam. Rasa sungguh hebat berkawan dengan mereka, saling menanti tanpa sikit pun rasa jemu. Syukur.

Kami sampai di puncak pertama sekitar jam 2.25 pagi. Agak lambat, kata mereka biasanya setengah jam sudah sampai. Mungkin membawa saya yang beratnya berlebih muatan barang kali. Lewat sedikit. Kami meneruskan perjalanan ke puncak ke-dua, disitu kami menghamparkan tikar untuk duduk dan baring-baring mengadap bintang. Tiba-tiba hujan. Lantas Fizal mengeluarkan barang-barangnya, bagai McGyver, serba-serbi cukup, angin menyapa pipi gebu, ah sejuk. Hujan pula. Fizal mempercepatkan langkah, diikatnya satu persatu bucu kanvas dan dijadikan tempat berteduh. Alhamdulillah. Tidak sampai 15 minit, hujan berhenti. Kami kembali melepaskan badan di tikar beratapkan langit. Saya mula mengeluarkan kamera, sekejap-sekejap mengambil gambar diatas batu, akibat dari tertinggal tripod.

Sekitar jam 4 pagi sudah dengar suara orang yang sedang mendaki, bersahut sahut mereka memberi signal sudah sampai ke puncak pertama. Kami pula baru hendak tidur. Sempatlah memejam mata lebih kurang satu jam, kemudiannya bangun dan melihat lautan manusia di sekeliling kami. Saya terus mengambil wudhuk dan bersiap untuk solat subuh. Azan sahaja terus solat. Kemudiannya terus mendapatkan kamera dan mendapatkan posisi menarik. Alhamdulillah cukup lega bila lokasi yang diingini masih kosong. 

Kami memuaskan hati mengambil gambar hingga 8 pagi. Sempurna. Alhamdulillah. Dan kami menuruni bukit sekitar 8.30 pagi, mengisi perut di kedai mamak dan kemudiannya balik ke rumah masing-masing. Banyak sungguh yang saya pelajari dari Fizal dan Fadli. Mereka hebat. Antaranya;

Berkawan perlu jaga Komunikasi

Jika susah, maklumlah. Jika senang maklumlah. Itulah prinsip berkawan. Zaman ini zaman canggih, masing-masing punya kumpulan tersendiri di laman whatapps, ada kalanya semua mesej dihembur disitu dan dianggap semua akan membaca. Bila tidak dibaca mulalah berasa hati. Banyak kemungkinan berlaku dalam kumpulan sebegini, mesej yang sepatutnya diberi selalunya tidak sampai. Tetapi penghantar selalu mengharapkan yang baik-baik semasa memberi mesej. Sepatutnya jika ingin mengkhabarkan sesuatu berita, maklumlah secara private. Itu lebih kemas dan elok.

Sesetengah manusia menganggap semua perkara dalam hidup dalam perkara kecil. Oleh yang demikian, mudahlah memberi keputusan 'ingatkan tidak ada apa-apa'.

Family First

Semua manusia begitu. Bila sudah berkahwin, sudah tentunya isteri atau suami adalah tempat paling utama di hati. Malah seluruh nafas dan seluruh jiwa di tetapkan kepada mereka. Tidak boleh tidak. Tetapi dalam berkawan, pandai-pandailah menjaga hubungan supaya tidak ada yang patah hati. Saya respek beberapa rakan dalam hal ini, mereka sangat menyayangi keluarga dan ibu-bapanya, dalam masa sama, mereka juga sangat menjaga hubungan dalam berkawan. Jika ada keraguan beliau akan maklum segera, tidaklah menunjuk dengan ketara tidak suka itu ini. Malah memberi dan meminta maaf itu sudah jadi perkara biasa. 

Kita hidup dalam masyarakat, bukan setakat hidup dalam keluarga kita sahaja. Dari bertanggungjawab kepada diri sendiri, kepada tempat belajar, kepada kawan-kawan, kepada tempat mencari rezeki, kepada jiran-jiran, tidak lupa yang utama kepada ibu bapa, dan kemudiannya kita berkahwin, kita mula bertanggungjawab kepada keluarga, selepas itu sudah tentunya bertanggungjawab kepada masyarakat. Banyak kali saya di nasihati oleh rakan-rakan, 

'selagi tidak pandai bertanggungjawab kepada isteri/suami, selagi itulah hubungan sesama manusia tidak akan menjadi'

Memang betul. Saya amat setuju. Belajarlah bertanggungjawab. Insya-Allah semuanya akan jadi mudah. 

Alhamdulillah. Semua orang mahu ke syurga. Dan ke syurga juga perlu ada tanggungjawab.
Tanggungjawab kepada Allah.

Akhir sekali,
Buat pertama kalinya saya buat keputusan sukar pada awal Januari 2014, saya mengundurkan diri terus. Dan keputusan saya itu adalah untuk kebaikan beliau. Saya amat mendoakan dan berharap beliau dapat kembali ke pangkuan keluarga, dapat kembali duduk dengan isteri dan membina keluarga disana. Insya-Allah tinggal bersama akan lebih besar tanggungjawabnya, dan pastinya banyak perkara boleh dipelajari dengan duduk bersama, asasnya ialah belajar bertanggungjawab dalam skop yang jauh lebih besar insya-Allah. Semoga beliau sukses. 

Terima kasih kerana membaca entri panjang ini. Kali ini tiada madah-madah, terus kepada poin. He he.

Wassalam.

Khairul
43650 Bandar Baru Bangi.
Berkawan dengan buku tidak pernah mengecewakan.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)