Isnin, 9 Disember 2013

Syukran for #SyukranCircle











Saya menyusuri jalan Pahang berseorangan. Melihat bangunan-bangunan lama yang masih tersergam. Ada cerita tersendiri melihat satu demi satu rekabentuk bangunan lama ini. Hampir sama dengan dengan bangunan lama di Malaysia, tetapi dalam perancangan tanah Kota Singa yang sungguh pesat ini, bangunan lama bersejarah mereka tetap dijaga dengan penuh rapi. 

Memasuki ruang Malay Heritage Centre dengan perlahan-lahan, kelihatan sekumpulan jejaka Singapura sedang memencak silat di hadapan bangunan yang tertera nama Mamanda. Saya teragak-agak untuk mengambil gambar. Boleh ke tidak? Saya lihat pengunjung lain hanya berdiri memerhati. Saya pun ikut serta.
Pandangan saya mula beralih kepada sebuah bangunan yang tersergam indah. Masjid Sultan (1824). Terus saya berjalan dengan agak laju, mengambil wudhuk & solat dua rakaat. Indah sungguh binaan ini. Ini kali ke-dua saya sampai disini. Kali ini saya lebih kagum kerana sampai pada waktu matahari masih berdiri. Alhamdulillah.

Program #SyukranCircle bermula pada 7.30 malam. Saya mengambil keputusan untuk balik ke bilik seketika melepas penat. 

Selepas maghrib, saya berjalan sendirian sambil membawa 10 naskah Memanis Kehidupan untuk diberi kepada penganjur. Ini sahaja yang mampu untuk diberikan sebagai buah tangan dari Malaysia. Harap mereka tidak kecewa.

Program bermula dengan pendaftaran, Tuan Shahib Amin menegur saya. Kami bersalaman. Seterusnya kami mendengar seorang demi seorang panel membentang pengalaman serta idea untuk bersama dalam dunia kreatif sekarang. Ada antaranya ialah Jurugambar, Designer, Pensyarah, & Penulis Khat.  Menarik. Setiap seorang pembentang menceritakan pengalaman, tips, idea, serta beberapa perkara penting untuk maju dalam dunia yang penuh kreativiti masakini.

Selesai sahaja program, saya mencari Dayat Ismail, beliaulah yang sebenarnya menjemput saya di ruangan facebook. Elok semasa keluar auditorium, beliau berdiri betul betul di pintu hadapan, kami bersalaman dan bertegur sapa. 

Pertemuan hanya beberapa jam cukup tidak puas. Saya rasa masa berlalu terlalu pantas. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Best!

Tahniah penganjur, jangan lupa jemput saya lagi. Saya pasti hadir insyaAllah! Terima Kasih!

Khairul.
43650 Bandar Baru Bangi.
Menulis & Mengembara.

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)