Isnin, 2 Disember 2013

Menulis, Menerbit dan Menjual Buku Sendiri




Dah berapa banyak terjual bang?

Alhamdulillah, dalam 300 naskah rasanya. Alhamdulillah. Jawab saya kepada Isteri.

Sekejap sahaja rasa perjalanan buku ini. Esok genablah 2 bulan buku ini dilahirkan. Dilancarkan dan dijual di facebook bermula pada 3hb Oktober 2013. Genab juga 32 tahun umur saya waktu itu. Awalnya menulis untuk suka-suka, hobi dan mengikut orang lain menulis. Hari ini bekerja keras untuk menyiapkan penulisan yang masih berbaki. Dan amat berharap ianya segera disiapkan dengan usaha yang sangat sedikit ini.

Baru baru ini saya menyertai #PartyDubook. Seronok berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Mereka juga menerbit dan menjual buku seperti saya juga. 

'hei, this is your book? Tanya seorang awek dari Italy
Yes! its me! jawab saya sambil jari saya menunjuk gambar muka hadapan buku. (wajah saya)

wow! thats great!, your taking all this beautiful pictures? oh my god this is beautiful!! (sambil menunjukkan kepada saya gambar Safiyyah yang saya potretkan dalam buku ini. (seperti gambar diatas)

Kami berbual panjang. Umurnya baru 22 tahun. Beliau sangat suka mengembara, satu demi satu pujian yang diberikan kepada buku saya dan akhirnya saya terdiam dan hanya membalas dengan senyum panjang. Beliau membayar RM50, dan tidak mahu baki. Katanya buku ini terlalu murah dengan semua kudrat, tenaga dan karya seni yang dipersembahkan. Di Italy mungkin boleh dijual dengan harga RM200 katanya. Disana mereka sangat menyokong karya anak tempatan. Isunya bukan anak tempatan, isunya ialah menyokong industri. Lebih saya seronok mereka akan mendorong dan memberi sokongan padu jika anak muda itu sendiri melakukan sesuatu untuk memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya jika beliau adalah seorang penulis! Menulis adalah 'spirit', bila anda membaca, anda dapat tahu dunia lain! anda dapat belajar! belajar adalah masa depan! Kemas betul ayat awek ni. MasyaAllah.

Beliau tidak boleh berbahasa melayu. Membaca tulisan melayu apatah lagi. Tapi beliau membeli buku saya, kerana suka dengan gambar gambar, 'if i dont understand whatever you write, dont worry, we have google translate! beliau melawak, beliau tidak tahu saya juga pelanggan setia google translate. kikikiki. Beliau Memberi kad supaya jika saya ke Italy beliau dapat menyantuni saya. Saya membalas dengan memberi kad saya juga. Indahnya ketentuan Allah.

Hari ini saya akan terus menulis dan mengembara. Akan ada yang menghargai usaha kita satu hari nanti insyaAllah. Ramai yang bertanya kenapa saya tidak menjadi jurugambar? kenapa memilih menulis akhirnya?

Saya tidak ada jawapan. Saya meminati seni. Kagum melihat gambar, suka kepada masakan, dan sangat suka dengan dunia menulis. Hilang rasa gelisah pada kerja harian dunia dengan menulis. Dan hasil bila dibukukan nanti ianya tiada tarikh luput. Saya seronok.

InsyaAllah akan bersiaran di Singapura pada 7hb & 8hb Disember 2013, kemudiannya bersiap ke Kota Bharu pada 28hb Disember 2013. Jumpa kalian disana!

Wassalam.
 Khairul 
43650 Bandar Baru Bangi


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)