Isnin, 29 Julai 2013

Menyalah



Selepas kejadian di LCCT jumaat lepas, hati saya masih belum terubat. Kadang kadang ada sedikit rasa sesal kenapa mengada ngada ingin menolong, natijahnya diri sendiri yang kena. Tapi itu berbaur negatif. Positifnya pada awal, negatifnya perlu dipusing kepada positif & lihat punca.

 

Hari hari dengar rumah sana sini kena pecah, dengar mereka bercerita kakak sana sini diragut handbeg. Setiap kali mereka bercerita, 'ha tula akak tu, handbeg letak kat bahu, sepatutnya tak payah bawak' menyalahkan mangsa. sedangkan yang mencuri tidak disalahkan. 

'kalau aku jumpa diorg ni, aku pukul aja' ada pula suara lain yang garang kemain. Pukul juga tak selesai masalah. Masalahnya ialah masyarakat sendiri. 

Ibu bapa bekerja, sibuk. Keluar 6.30am setiap hari, balik 8malam setiap hari. weekend dipanggil kerja, diharap oleh bos bos supaya kerja. Jika tidak hadir dianggap tidak setia, jika memberi alasan dianggap sambil lewa & jika ada kecemasan dianggap saja saja. Mereka tidak paham. 

Zaman ibu bapa kita sibuk, kot macam mana pun ada masa dengan anak anak. Mak sekurang kurangnya tidak bekerja, jika ada pun terlalu minimum (jadi cikgu kebanyakkannya), masa saya kecil, abah sesibuk mana pun akan mengajar kami mengaji. tak pun abah akan bawa kami seme ke sekolahnya, bermain dengan komputer, berlari sana sini. Mak memang tak kerja & fokus kepada buku & belajar tetap no.2, eh no.2? aha, ini yang penting, no.1 adalah akhlak & solat, antara jangan yang pernah mak tegaskan ialah:

1. jangan makan dirumah orang
2. jangan berkawan sesuka hati
3. jangan balik lewat (6ptg sudah di rumah)
4. jangan ambil nasi dari tengah periuk
5. jangan letak selipar depan pintu
6. jangan melawan cakap orang tua
7. jangan lupa berdoa kepada ibu bapa
8. jangan bergaduh dengan cikgu
9. jangan boros
 dan banyak lagi lah jangannya. 

akibat kepada perkataan 'jangan' ini terlalu besar, hidup akan normal seperti manusia muslim. jangan masa dulu adalah untuk kebaikan masa sekarang. jika pada awalnya tidak ada jangan, pastinya hidup kita pernuh dengan 'ya ya ya'. & akhirnya yg haram juga kita mengiyakan, yang jahat juga kita buat tanpa ada sedikit rasa 'jangan'.

itu 1. 1 lagi ialah mencari punca kenapa begini nasibnya mereka ini. saya masih ingat pada tahun lepas, kejiranan kami menangkap seorang pelajar universiti yang 'gamble' merompak sebuah pasar basah. akibatnya beliau ditangkap oleh jiran2. 

bila ditanya kenapa, rupa2nya adik ini orang yang sangat susah. ingin balik ke Perlis tapi sangat tidak berduit. motor yg digunakan untuk mencuri juga adalah motor pinjam dari kawannya, berkali kali sujud kepada kaki pengusaha pasar supaya dimaafkan & jangan memaklum kepada ibu bapanya juga jangan melapor kepada polis, bimbang dibuang universiti, kehidupan zaman la ni yang sangat mendesak dari segi duit perlu dipanjangkan kepada pimpinan, terlalu ramai yang masih hidup susah & tersedak sedak untuk meneruskan hidup, ada juga kes curi hanya untuk beli susu anak, akibatnya dipenjara, ada juga kes yang mencuri untuk beraya & macam macam lagilah, & statistik hari hari yang dikeluarkan untuk menutup kesusahan mereka ini kadang kala hanya untuk tatapan mata mereka yang berduit, mereka tidak ada simpati, yang eloknya ialah biar berduit tapi ada hati.. Dari rasa marah, kami semua bertukar kepada simpati. & menariknya beliau dijadikan anak angkat kepada salah seorang jiran kami. & tahun ini saya melihat beliau berterawih bersama kami. MasyaAllah.

Pukul tak selesai masalah. Santuni juga tak selesai masalah. Saya pun tau cakap aje, kena kat diri sendiri (nauzubillah) maunya bergaduh & lupa apa yg saya tulis ni. kikiki. apa2pun hidup kena terus macam biasa. & sama2 kita berdoa supaya mereka ini diberi jalan supaya dapat teruskan hidup tanpa merompak kehidupan orang lain.

Gambar atas: semasa ke Ansor Al-Sunnah School, Bangkok, Thailand.

wassalam. 
Khairul, 43650 Bandar Baru Bangi.
20 Ramadhan. | Memanis kehidupan yang kadang kadang pahit.

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)