Selasa, 19 Februari 2013

Jejak











Sayu. Kuat betul perasaan tu waktu penghujung program tempoh hari. Menghabiskan program dan menghabiskan novel Rona Rona Cinta Damascus (Penulis: Sheila Wani) dalam tempoh yang sama. Banyak kekuatan yang dibina untuk membaca hingga habis dan serentak dalam program yang cukup padat.

Program bermula dengan saya memperkenalkan aktiviti sepanjang 3 hari tersebut. Hampir setahun tidak berada di hadapan 'mata-mata' yang memandang. Rasa lain & debarannya cukup kencang. Cuba juga atasi dengan sebaik mungkin walau ramai yang perasan saya gugup & kelam kabut.

Program disusuli dengan mempasakkan diri pada waktu malam. Dengan beberapa aktiviti / games yang diselang seli supaya peserta lebih memahami dengan lebih mendalam.

Malam pertama kami, diakhir dengan Qiammullail. Syukur semuanya hadir dengan penuh semangat. Teringat masa Ramadhan di KUSZA. aktiviti bersama pokwe, apih untuk mengejar Qiam adalah aktiviti2 rutin kami. memori.

Hari Ke-2.

Saya cuba memahami plot plot percintaan Manal Husna & Ustaz Khairul. Yang mana plot plot ini sedikit memberi impak dalam kehidupan saya sebelum ini. Manal Husna yang digambarkan sebagai gadis / muslimah yang sentiasa menjaga diri dalam waktu belajar di bumi Syria betul betul membuat saya x terlepas buku ini dari tangan. 

Ustaz Khairul pula lain, dikategorikan sebagai kaki perempuan, 'hu ha' dan suka bersosial.

Penulis (Sheila Wani) sangat kreatif mengolah jalan cerita yang menyusuri keindahan bumi anbiya tersebut dengan memperlihatkan Syiah jauh menyimpang. Manal Husna langsung tidak terjejas dengan kehidupan disana malah kebanyakkan pelajar Malaysia disana sangat kuat & utuh perpaduan diantara mereka. Hebat.

Novel ini menambat hati saya untuk terus membaca hingga habis. Putusnya pertunangan Manal Husna & Ustaz Khairul & seterusnya bercerita tentang ziarah mereka ke tempat2 yang menyayat hati seperti kisah pembunuhan yang bermula pada Feb 1982 yang menjadi saksi pembunuhan 40,000 orang selama 27 hari tersebut betul betul buat saya menangis.

Hari ke-2 ini saya mula rasa mengelat. Melihat rakan2 fasi lain bertungkus lumus untuk memberi yang terbaik kepada peserta, tapi saya sibuk membaca. Ada sedikit kesal dalam hati. Maafkan saya kengkawan.

Sepanjang hari, mereka dibekalkan dengan games/aktiviti tentang komunikasi, kerjasama, kalah-menang, menang-menang, perhatian, fokus, semangat organisasi, berkawan, persamaan & perbezaan antara satu sama lain, wala' dan muhasabah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik, tahniah kengkawan!

Hari Ke-3

Masuk hari ke-3, kemuncak rindu kepada anak. Sebelum pergi ke sini, saya hampir hampir membuat keputusan untuk tidak pergi. Anak demam & dahinya bengkak, x pasti sama ada jatuh, digigit serangga atau nak jadi bisul. Sempat kami suami isteri bawa ke klinik pakar & diberi antibiotik. Selama berada dalam hutan dengan tercari cari line untuk menghubungi isteri, akhirnya saya akur yang saya teruskan perjuangan di sini. Syukur anak semakin sihat.

... Manal Husna meneruskan kehidupannya, Su juga sudah berkahwin. Terus yakin bahawa Ustaz Safwan akan jadi suaminya membuat saya tertanya tanya. Betul ke idak Manal Husna ni sanggup tunggu sebegitu lama. Bertunang juga mereka akhirnya, tetapi berpisah pula... (nak tau ending, g beli & baca, haha)

Plot penceritaannya hebat. Saya menghabiskan kisah mereka di bumi Damascus tersebut betul betul dalam 10 minit sebelum berakhirnya program. Syukur.

Jejak

Saya cuba sedaya upaya supaya minat yang saya tinggalkan beberapa tahun ini diambil semula dan dijadikan kawan karib. Kawan datang dan pergi. Kadang2 rasa ada kawan, tapi kadang2 rasa macam tiada. Yang pasti, berkawan dengan buku tak pernah mengecewakan.

Jejak diri sendiri dalam membaca dan membudayakan diri untuk membaca, insyaAllah.

Wassalam.

Khairul, Bandar Baru Bangi

p/s: Semua gambar melalui Iphone. Kali ini encik kamera x ikut. :(
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)