Wednesday, August 29, 2012

Janji Manismu : Edisi Merdeka

Masa saya kecik kecik dulu, banyak kali jugala ingatan terhadap merdeka ni. Sebabnya saya antara yang suka mengantor cerpen, sajak, syair, pantun bagai untuk negara tercinta ni. Maklumla, dah asik2 suruh kita cintakan negara, kita ni bercinta la bagai nak rak sampaila tahun ni saya berumur 31 tahun.

Saya adalah lepasan Ijazah di salah satu Universiti popular jugekla. Popular org duk buat shooting cite drama atau filem. Adam kena tengok ni wei. Mana tau ko nak jadi pengarah pilem pulak. ko suh aku jadi tukang lalu lalang pun xpe dah sambil aku senyum senyum kan. hihihi. ok sudah, sambung balik. Abis belajar pada tahun 2005. dan sekarang syukur alhamdulillah sudah 7 tahun bekerja penuh di sebuah kilang dan bekerja separuh masa amik gambar.. dulu penah keja separuh masa juga masa belaja. almaklum bukan anak tansri, dato seri, tun, serta juga bukan anak tengku tengku.

Alhamdulillah, di negara tercinta saya juga dijanjikan oleh peluang bekerja yang hebat2. dan akhirnya saya bekerja di syarikat sekarang yang masuk tahun ke 5 dengan gaji masih kurang  dari RM3 ribu. Oleh yang demikian, saya berusaha keras batu mencari keja part time sebagai seorang juru gambar. hebat x wahai negaraku? ape kes janji ko ni.

Dulu pakai keta. sekarang seme harta telah dijual oleh sebab saya menimang cahaya mata pertama selepas 5 tahun berkahwin. syukur alhamdulillah. Janji negara saya kepada saya ialah, bila saya bekerja, abis degree, berkahwin, saya, isteri dan anak anak saya akan dapat kemudahan asas di mana2 la dalam negara. kemudahan semua ada. hospital, sekolah, jalan raya, pengangkutan awam. kira complete lah. ha ni ha janji kamu yang kunun kunun kehidupan kami akan berubah dan bahagia la sangat.

1. Hospital kamu x cukup staff, x cukup fasiliti, akibatnya kamu lebih suka orang ramai yang kaya2 pegi buka hospital swasta yang lengkap serba serbi. tapi harga nya lengkap juga.
2. Jalan raya juga lengkap. tapi kamu suruh kami bayar pada setiap perjalanan, kata kamu, kos nak baiki jalan. tah betul tah idak. asal jalan lama aja rosak teruk, abis yang itu sapa tukang jaga kos nya? ketua kampung?
3. Peluang bekerja yang banyak. ini juga takde la menipu sangat. peluangnya ada. hebat jugalah, cuma bekerja dah macam bunuh diri, stress bekerja dengan gaji yang diberi sangat jauh. bagai jauhnya langit dan bumi. oleh yang demikian, orang lebih suka melompat2 kerja seperti berahim ally.
4. Mempolitikkan semua menda. kamu ingat kamu bergaduh dalam TV, paper, seme2 ni xde org stress ke? cubala skali skali pegi main bola. Anuar lawan Najib, geng Kak Azizah lawan Kak Mah main bola jaring. haa tapi ati2 Kak Azizah, kena pelok nanti kompom kalah. kahkahkah. (sori jangan tangkap eh)
dan no.5 YANG KAT BAWAH ni ha. kunun kata negara maju. chait, mujur kamu negara, kalo kamu adik saya, saya sekeh kamu.

pengiraan belanja sebulan oleh saya sendiri
Sewa Rumah - RM800
Minyak keta isteri kira 50/50- RM100
Toll: RM80
Telefon + internet: RM150
Letrik: RM0 isteri bayar
Loan Bank: RM660
Kredit Card: RM200
Mara: RM150
Astro: RM85
Simpanan Anak: RM100
Air: Free!! Air selangor Free laaaa!! suka suka
Susu anak: RM33 X 4 tin = RM132
Pampers Anak: RM29.90 x 3 beg = RM89.70
Makan seorang sehari RM6 x 20 hari kerja = RM120 (thari company sponsor)
Household / barangan makan di rumah : RM200
Insurans saya: RM37.50
Insurans isteri: RM0 dia bayar sendiri
Insurans anak: RM100

seme skali RM3004. kahkahkah
gaji dah tolak EPF. Adala dalam RM2.5k sebulan
bakinya ber negatif sebanyak dalam RM500.

belum lagi kira untuk kesayangan saya di kampung. kan kan. ;)

dan negara saya kata, RAKYAT KITA KUAT BERHUTANG.

jadi oleh sebab cintakan negara jugalah saya masih bertahan di syarikat sama. mana tau di syarikat lain jauh lebih teruk dari sini.

apa2pun. saya amat bersyukur dan sangat bahagia, tak pernah lagi x cukup makan walo gaji bernegatif sokmo2, yelah syukur Allah taala beri peluang kepada saya untuk buat keja part time, rezekinya mencurah2, time2 cuti lagilah. syukur alhamdulillah. Syukran Allah walhamdulillah.

ironinya ramai orang tidak faham, bila isteri bergaji lebih besar dari suami, orang senang senang kata SENANGLA si suami, isteri gaji besar. 

hehe.. senang ke? dengan gaji besar mana pun, mana mana suami nak kan isterinya dapat beri perhatian sepenuhnya pada anak. moga2 bantuan Allah taala dapat bantu orang seperti kami, juga seperti sahabat2 lain.

Ramai lagi yang jauh lebih susah. jauh jauh jauh lebih susah. tapi mereka bahagia. itu sebab kena lihat dari sudut keberkatan rezeki tu. biar kecik, tapi cukup makan. dari hidup kaya raya, bahagia tah kemana, bergaduhnya jangan cakapla.. hari2 ada aja menda nak di kisahkan. bergaduh sana sini. masam muka dan paling teruk ialah langsung tak reti nak tahan marah. seme menda nak marah, senang sungguh setan masuk dalam kepala. haih..

Moga saya dijauhkan Ya Allah.

Inilah tulisan rakyat marhain yang cintakan negara. oleh yang demikian, saya pilih logo dibawah, logo dibawah lebih sinonim dengan saya. walo dengan kesusahan, moyok, sedih, tapi kami semua bersama. kan best!!

Biar hidup susah, janji bahagia. dari senang lenang, tidur pun tak lena

Saya Anak Malaysia. Saya Sebangsa, Senegara, Sejiwa. Selamat Hari Merdeka Malaysia.





Monday, August 27, 2012

Wajah di Aidilfitri 1433H

 Takbir & Tahlil Bersama Keluarga @ Mentakab. Full Korum Alhamdulillah.Momen ni tak boleh lupa. Bukan senang nak bkumpul semua bertakbir raya sama2. Lepas tu salam2, makan2, kaco org sana sini. hihi


 Gambar ber-3 paling manis. Lagi manis isteri saya senyum cenggitu.


abang sulong saya dan keluarganya. mereka tiap2 tahun sama ada warna merah atau biru, kalo tak biru, warna merah.. 1-1 nya yang berjaya amik gamba famili. lain2 ke laut. ada yang sibuk x jumpa baju. ada yang bajunya mengurus di bulan posa. ada juga yang sedang asik makan kuih raya, itu belom lagi yang baru nak gaduh2 raya nak balik kampong sapa.


 Gambar paling susah nak amik. ada 10 snap kot. baru cucu 8 org. yang berdiri di belakang tu sedang mencari2 calon. saya boleh kenen2kan. mereka adik2 saya yang ayu, pandai masak, pandai pasang langsir, pandai kemas rumah, pandai sepahkan rumah juga, juga sangat pandai melayan anak2. ha, suka x? jangan suka lelebih. jumpa saya dulu. tengok abah saya pakai baju ijo, rasa tahun depan pakai ijo jugekla. kikiki. biru, pepel dan merah menguasai warna baju tahun ni.


 Ke Kuala Lipis. Gambar ni betul2 di hadapan Kubur Arwah wan saya di Kg. Relong,. Al-Fatihah.

 Mak saya mengaminkan doa untuk arwah ibu mertuanya. (wan saya).

 ini di Telang pula, masih di Kuala Lipis, ke Kubur Arwah Atok pula.  Al-Fatihah


 Selepas beraya di Pahang, raya ke-2 ke JB & Singapura. Ni Keluarga Mertua yang ikut. Gambar ni diambil di Singapura. Dengan tak malunya tempat sebetul2nya ialah zoo singapura. ngeh ngeh ngeh. seronok! gambau haiwan2  saya upload gambar2  di senyumpictures.com, klik situ untuk tgk gambau2 sahabat korg, hihi!

 2 Nurul Kesayangan saya. anak saya tu duk mandang ayam KFC. macam mamanya juga. suka makan ayam goreng.


 Setelah tidak berjaya mendapatkan ayam goreng, anak saya dipaksa tidur oleh mamanya. senang sikit mamanya nak teruja melihat haiwan2 di dalam zoo ni


Singgah di Masjid Sultan untuk Solat. Binaan yang sangat cantik. Imamnya muda amat. MasyaAllah!


Dikhabarkan, lampu2 di dalam Masjid Sultan ini dihadiahkan oleh Kerajaan Saudi. Yang mana lampu asalnya penah digunakan di Masjid Nabawi, Madinah.


oh ensemnye. tak taula sapa ni. senyuman dia masyaAllah. ensem ensem. kantoi xde 1 gigi. kalo x boleh jadi artis. pui.

nak gamba lagi? ah xde2. cukup. lelebih kang popular pulak. Selamat Aidilfitri kengkawan! mehla datang umah!


Thursday, August 16, 2012

Penghujung Ramadhan & Selamat Aidilfitri

Sekejap sungguh masa bejalan. Tau2 udah nak ke Syawal dah kita. Macam2 perasaan. Puas mencari2 gambar yang sesuai, hehe. kononnya nak bgamba sakan posing2 untuk raya, tapi kelaut. Bizi belaka. pantang cuti, mencari barang untuk si comel saya. Moga Ramadhan kita pada tahun ini diberkati & diterima segala ibadahnya & akan berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang insyaAllah. Amin.

Tak mau tulis panjang2, kami ber-3 mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada semua pembaca yang sangat baik ati menyinggah di belog saya ni. Maaf Zahir dan batin, jemputlah ke rumah, saya ada di rumah mak abah saya di Mentakab pada hari raya pertama (pagi selepas solat raya), selepas itu ke Kg. Relong, Kuala Lipis untuk menziarahi kubur arwah wan (nenek) dan kubur arwah atok & saudara mara lain di Telang, juga di Kuala Lipis. InsyaAllah jika berkesempatan waktu baliknya akan singgah di Kg.Bt Balai, Jerantut.

Raya ke-2 ada di Mentakab, dan petangnya menuju ke Johor Bharu. Raya ke-3 insyaAllah masuk Kota Singa, dan insyaAllah akan balik ke Bangi raya ke-4. Nak datang rumah di Mentakab atau Bangi sms ke 012 946 7994 keh! Saya akan balik ke Mentakab pada esok (Jumaat 17hb). InsyaAllah.

Salam Lebaran! Maaf Zahir & Batin. Wassalam!

Wednesday, August 15, 2012

Renew Myself


Termengah mengah berlari menuju langit

memandang ke belakang ada yang kejar
ada kala menyorok seraya berlindung
adakala merehat dalam gelap gelita
ada kala terus berlari, lari dan lari

Belum Sampai Sampai di langit
 ..........


الهي لست للفردوس اهلا * ولا اقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي * فإنك غافر الذنب العظيم
ذنوبي مثل اعداد الرمال * فهب لي توبة يا ذا الجلال
وعمري ناقص فى كل يوم * وذنبي زائد كيف احتمالي

الهي عبدك العاصى اتاك * مقرا بالذنوب و قد دعاك
فإن تغفر فأنت لذاك اهل * و ان تطرد فمن يرجو سواك

 Wahai Tuhan,
Aku tak layak masuk syurgaMu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu

Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku
Oh Tuhanku

Wahai Tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadaMu,
Suburkanlah cinta kami kepadaMu,
Kamilah hamba yang berharap belas dariMu

الهي لست للفردوس اهلا * ولا اقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي * فإنك غافر الذنب العظيم
ذنوبي مثل اعداد الرمال * فهب لي توبة يا ذا الجلال
وعمري ناقص فى كل يوم * وذنبي زائد كيف احتمالي

الهي عبدك العاصى اتاك * مقرا بالذنوب و قد دعاك
فإن تغفر فأنت لذاك اهل * و ان تطرد فمن يرجو سواك

Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali

Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaka


Khairul
kuahkari.com | bernafas diudara yang sama, memijak di tanah yang sama tetap menjadikan kita semua selalu berbeza beza.

Thursday, August 9, 2012

Abah, Belilah Kereta



Petang semalam tetiba teringat ke seorang makcik yang pernah berniaga tahun lepas di bazar Ramadhan, makcik ni berniaga cucur udang bersize kecik2 dengan cicah kuah kacang. mabelos. Elok saya balik terus mencari, manala tau, tahun ni makcik tu masih berniaga menda yang sama. udah tentu saya akan beli. hehe..

sampai di bazar seksyen 3, saya berjalan dengan segak seperti biasa. ala2 Fahrin Ahmad jugala, tapi xde sapa pun pandang saya. ngeh ngeh ngeh. Mencari punya mencari, akhirnya betul, memang makcik tu masih berniaga, ada beberapa orang duk tunggu cucur tu. Saya pun cakap ke anak makcik tu nak 3 ringgit. Dan..

'abah, abah belila kereta' kata seorang anak lelaki pada ayahnya

'kejap, kita beli ni dulu ok' kata ayahnya.

saya fikir anak ni nak mainan kot. sudah membeli, saya membeli lagi dan lagi. itulah dia bahaya kalo pegi bazar ramadhan ni, buleh bertukar kepada bazir di ramadhan, ish ish ish. siap membeli belah saya menuju ke kereta.

'abah, kenapa abah tak beli kereta lagi? tanya anaknya. kebetulan, ayahnya parking betul2 tepi pintu kereta saya nak masuk, saya terpaksa tunggu dia naikkan anaknya dan dia alihkan motor. mood sabar melihat keletah anaknya waktu tu, saya senyum aja.

'abah belum ada duit, nanti ada duit lebih, abah beli ok' kata ayahnya. saya tersentak.

'bang, saya nak masuk kereta saya boleh?' saya cakap ke ayah kanak2 tu. bila saya tegur baru dia perasan saya dibelakangnya.

'boleh2' terus dia alihkan motornya. anaknya sedap duk makan kuih sambil duduk di atas moto depan ayahnya. heh posa la. kikikiki

'wah abah, beli la keta macam pakcik ni boleh' cakap anaknya. ayahnya senyum kearah saya. dan saya lihat ada wanita menuju kearah mereka. isteri dia kot.

saya seluk poket. kasi mende dalam poket saya ke anaknya, tak tengok2 dah. terus masuk keta. temenung.

masih ada lagi yang jauh lebih susah dari saya.

khairul
kuahkari.com | melihat orang susah dan jika tak rasa apa2,  eloklah jadi kambing

Monday, August 6, 2012

Perantau Pahang: Bukan Kuantiti Tapi Kualiti


4hb Ogos lepas (Sabtu) dapatlah saya beramah mesra dengan rakan2 dari Pahang sempena perjumpaan yang diaturkan & dianjurkan oleh Perantau Pahang bertempat di Komplek MPKJ Bandar Baru Bangi. Dapat beramah mesra, iftar, terawih skali. Time forum kena balik, bigbos nak balik. Bigbos kata kalo nak g smula g la, hihihihi.. saya join anak saya tido. kikiki sori2. ;)

Jalan aturcaranya cukup kemas. Walau kehadiran 'sedikit' berbanding dengan melihat di pesbuk anak2 Kelantan berhimpun. Jauh sekali bezanya. 

Saya senyum sendiri, saya lahir di Pahang yang mana masa saya kecik kecik saya duk bangga negeri saya adalah negeri terbesar di semenanjung. Ada sungai terpanjang semenanjung, ada gunung tertinggi, ada kawasan perlancungan yang merata rata. semua hebat. Tapi bila berhimpun kali ni, terasa hebatnya kot lain. 

Imarahnya terasa lain. Duduk sama2, eh macam lama kenal pulak. Padahal ramai yang baru kenal aritu. Hebat. Toksah duk pandang kenapa tak ramai, yang sedikit boleh diramaikan, tapi kena pastikan yang ramai  itu berkualiti.

Jangan ramai menyusah, sedikit lagi payah. Nauzubillah. Usaha kalian moga2 menambat hati sahabat2 lain insyaAllah.

Saya sokong sepenuhnya usaha sahabat2. Teruskan!!

Friday, August 3, 2012

Iftar @ Damansara Bersama Imam Muda Hizbur Rahman





Penyampaiannya cukup bersahaja, patutlah digelar imam muda. Cukup bijak mengawal audience, adakala serius, adakala penuh fakta, adakala menyampaikan sirah nabi dengan penuh semangat, adakala juga menegur & memberi kisah lucu yang buat kami semua terpana & tekun mendengar. lebih2 lagi bab bila Saidina Ali adalah seorang yang romantik dengan isteri. semua bersungguh2 betul mendengar. hehe.

Syukur berkesempatan dalam majlis ini.

Wednesday, August 1, 2012

Electro Optical System (EOS) M

Angin membawa khabar yang bulan 10 udah ada di kedai kedai kamera
saya udah lama termimpi mimpi. oh oh oh....... kikikiki

bulan 10? buleh jadi hadiah besday kah

full specnya di sini

Share It (Jom Kongsi)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...