Friday, June 29, 2012

Jom Turun!


Disebabkan saya antara yang mengejar pengajian dari ilmu2 Ust. Hasrizal Ab Jamil ni, saya dengan ini akan pegi ke Majlis penuh ilmu nih. InsyaAllah moga2 saya peroleh ilmu2 yang berkat & boleh dikongsi dengan sahabat2 lain insyaAllah.

ni ha acaranya: 

9.00 pagi : Ucapan alu-aluan Timbalan Rektor KUIS

9.30 pagi : Sesi “SAIFULISLAM.COM 15 TAHUN MENGINSPIRASI”

10.30 pagi : Pelancaran E-Book “Tak Kenal Maka Tak Cinta” & Pelancaran Sistem Membership Saifulislam.com

11.00 pagi: Bedah Buku: eBook – Tak Kenal Maka Tak Cinta

11.30 pagi : Dunia E-Book : A – Z : Tuan Suhaimy (Klikjer.com)

12.30 pagi : Sesi 1 : “SINERGI AGAMAWAN & MEDIA KREATIF MEMACU DAKWAH”
Pembentang 1: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Pembentang 2 : Ammar Mohd. Zain (Pengasas Brotherhood Arts Sdn. Bhd.)
Pembentang 3: Sinergi Kreatif: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.Com)

1.15 petang : Rehat/Makan Tengahari/Solat Zohor

2.15 petang : Sesi 2 : “MEMPOSISIKAN KARYA DAKWAH DALAM  INDUSTRI SENI”
Pembentang 1 : Tuan Zainal Rashid Ahmad (TV AlHijrah)
Pembentang 2 : Tuan Zabidi Mohamed (Penulis Skrip)
Pembentang 3 : Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty (Pengasas TTS)

3:45 petang: Segmen santai mesra pengunjung bersama para tetamu (aktiviti bebas)

8.00 malam : Teater Interaktif oleh The Qum Actors

9.00 malam : Forum “Sinergi Khalifah Kreatif” : Serlah Potensi, Bina Legasi”
Panel 1 : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Panel 2 : Ustazah Suriani Sudi (KUIS)
Panel 3 : Hilal Asyraf (LangitIlahi.com)

11.30 malam : Tamat

Untuk lebih lanjut, kengkawan buleh ke sini terus, jangan lupa daftar keh! :)

kalo sesapa ada pegi, hello2 / sms 012 946 7994 (abam kerol ensem), buleh lepak mendengar ilmu2 ni sesama. eceh!, ahad mau hijau2 di Pahang pulak insyaAllah. kikikiki ;)


Thursday, June 28, 2012

Tipu


Awan Nanti Kata
Aku Kandong Air
Bila Aku Sejuk
Aku Pun Cair

Awan tipu
kalo sejuk, mestila beku kan?
huh!

gambar diatas juga tipu. edit berlebih2. tak cantik kan?


Wednesday, June 27, 2012

Namanya Rezeki




Hidup macam ni la. Masa senang duit berkepuk dalam poket, x sempat nak isi dalam wallet. Tapi masa susah, nak tengok wallet pun macam tengok cite seram, mata kebil2 je, mandang dengan mata kecik je. hehe, ramai duk belajar hebat2 pasal rezeki, tapi hakikatnya xde pun bersyukur dengan rezeki yang ada. lagi buat bodo adela. hehe. antara contoh, dah kerja, beli kete. pastu bawak kete macam pelumba. kalo pelumba pro tu pun masih saya rasa bahaya jika atas jalanraya awam ni, inikah kita ni, kalo eksiden sendiri2 pun dah banyak menyusahkan orang, inikan kalo langgar org lain pulak. hah!. itu bersyukur ke ada kereta? haa mood ustad ustad pulak dah di ari rabu ni, biasanya ari khamis atau jumaat kan?. kahkahkah

pagi tadi dari rumah, saya makan 2 keping roti dengan air masak segelas. dah terbiasa nak makan jugak sebelum kuar rumah. hantar ain dulu ke umah tokwan, pastu cinta saya drop saya kat kilang, sian cinta skrg kena drive pegi keje, hihi. elok sampai opis, duduk duduk kejap, saya pun bukak comp, seperti biasa saya bukak online newspaper, tgk apa yang berkaitan. elok aja bersuka ria membaca paper pada waktu tu hampir2 kul 8.15 pagi, tetiba bos saya ajak pegi bekpes! hihi sukanya! makan lagi.

hasilnya seperti gamba diatas tu. Capati 2 keping, kari kambing semangkuk kecik, dan air horliks panas kurang manis. 

Alhamdulillah kenyang. semalam kambing, arini pun kambing. syukur alhamdulillah. rasa bertenaga bermalam malam. kahkahkah.

elok siap bekpes bersama bos tersayang, saya pun melepak sekejap call abah saya. lama juga bergosip kisah masyarakat setempat. hehe.

dan tetiba saya masuk opis saya, saya dikejutkan sekali lagi dengan sepotong kek di atas meja. MasyaAllah banyaknya rezeki hari ini. Syukuran Allah Walhamdulillah!


jazakallah kengkawan!

rezeki ni hak Allah. Allah taala boleh amik, boleh kasi. macam tu la idup. bab rezeki ni kena bertenang. x semestinya xde duit dalam poket, kita x makan, macam2 cara Allah taala turunkan rezeki untuk kita. hidup ni kena bersyukur dengan apa yang ada. jangan dah xde depan mata baru tercari cari. :)

wordless wednesday arini cukup panjang! hahaha
wassalam!

Monday, June 25, 2012

Mana lebih kecil tapi sebenarnya besar?

Sekarang adalah waktu rehat bagi kawasan kawasan yang sama waktu dengannya. Waktu rehat adalah waktu terbaik blogger2 ni berfikir kejap sambil2 membawa pemikiran tersebut ke keyboard untuk bekongsi apa yang patut. eceh, bermadah pulak.

Antara photoblog yg saya sangat suka lawati ialah dari abang Saharil (www.saharil.com), saya cukup suka lukisan beliau. Banyak mende nak kena pikir dengan setiap lukisan2 beliau. Ari2 kompom saya akan kesana & melihat 1-1 lukisan (jika banyak masa, lagila saya suka). Bila la mau jumpa dengan abam saharil nih. hehe.

Saya antara yang tak berapa suka komen. Suka tengok aja & berhibur sendiri. Cuma sejak saya terjumpa dengan gamba atas tu, saya fikir abang saharil ni memang banyak jiwa. Banyak! 

Ingat lagi masa kecik saya tukang lukis apa saja yg kawan2 mintak. Ingat nak jadi arkitek masa tu, tapi x sampai. kahkahkah, abih sekarang keje kilang sepenuh masa, keje amik gamba sesambil masa. 

Saya menanam hajat untuk meneruskan cita2 saya sebelum saya mati atau tua. Saya mau jadi jurugambar muslim bertaraf dunia.

wah, ada sesapa pengsan tak dengan cita2 saya tuh. 
#Bukan gambar sendiri, gambar dari belog www.saharil.com

abam saharil, kalo travel memana, saya sanggup jadi jurugamba abam, free je. kikikiki ;)

Thursday, June 21, 2012

Melayan radio pagi pagi


Lepas antor cinta pegi keje untuk pesday arini lepas beliau bercuti panjang bersalin 3 bulan + 1 bulan sebelum bersalin aritu, saya melayan perasaan mendengar radio.

tup tup kuar lagu ni, punyala saya semangat mendengar sampai nak dptkan sikit sikit liriknya. hehe.. selesai aja kursus, sebelum nak main badminton seperem dua, cari dulu apela tajuknya nasyid tu. hah ni lah hasilnya!

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati

Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri

Bukankah tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang

Tajuk Nasyid : Patah Hati
Artis : Saujana

Heh, layan pulak. Selesai cari lirik, terus Cari2 mp3 & letak terus dalam henpong. Sedap pulak dengar. Nak dengar jugak? caranya macam ni, taip lagu PATAH HATI-SAUJANA kat utube, ha, bermacam yang kuar, pilih aje. kikikiki.  

haaa Radio hape? ikim.fm la. mood ustad ustad nak masuk ari jumaat nih. 

hihi.. insyaAllah esok masih bersiaran dari Hotel Amani, Bandar Baru Bangi meneruskan kursus nak jadi Internal Quality Auditor, dan petang tu terus menuju ke De Palma Inn, Kuala Selangor sampai ari sabtu untuk edisi Leadership pulak.

peh terer! encik canon jom ikot!! Wassalam!

**saya x tau gambar atas tu dah penah letak ke belom, gambo tu di Hawa Resort & Training, Janda Baik, area2 depa duk buat cite horee horee tuh

Tuesday, June 19, 2012

Entri Wajib Baca: Surat Dari Abah

'Assalamualaikuuum

'Waalaikummussalam' jawab abah

'Abah buat ape tu' tanya saya

'Abah nak mandi2, nak maghrib dah ni, nak siap2 solat la, adik macam mana? anak sihat?' tanya abah

'Sihat semuanya alhamdulillah, seme macam tu la, anak nak membesar, sekarang pandai asik nak berjalan, susu pun main main, asik asik nak keluar' saya bercerita.

'Adik, dah dapat surat abah ?' tanya abah sambil dia ketawa kecil.

'Surat? xde pun, nanti aye tengok semula' jawab saya (aye tu maksudnya saya)

'hehe, saja je abah hantar surat tu, nak tengok macam mana jawapan anak2 abah' abah sambung

'oo hehehe.. belum sampai lagi kot, insyaAllah esok aye tengok lagi' jawab saya.

Dan semalam, balik aja kerja saya ambil cinta saya & anak saya. Balik ke rumah saya terlupa. Saya terus mandi, solat isyak. (teruknya saya, dah lama x ke surau, asik kerja manjang!!) Elok aja sujud yang terakhir, saya teringat abah ada hantar surat. Saya abiskan solat & berdoa, moga2 diberi ketenangan dalam membaca surat abah. Abah suka menulis, saya masih tertanya tanya apa kandungan surat abah. Lalu  saya bangun perlahan lahan, ambil kunci rumah & turun kebawah, cinta saya tanya nak kemana, saya jawab nak tengok surat. 

Perlahan lahan saya buka peti surat, betul, ada 3 surat, Untuk saya 1, 2 lagi untuk kakak & adik saya. Semuanya tulisan abah. Dalam ati ni pasti abah hantar ke semua anak-anaknya. 

Saya letak 2 surat (kakak & adik) di tepi tangga, dan saya saya duduk di sofa sambil mengadap surat tersebut. Masih belum buka. Dalam hati saya masih saya berdoa, moga2 terus saya tenang membaca surat abah, dalam umur 31 tahun, saya masih tak boleh baca fikiran abah, teruknya saya. Anak apa saya ni?. Saya buka perlahan lahan, basmallah. Cinta saya masih ralik tengok Masterchef, anak saya duk tido manjang. hehe

Saya baca & saya senyum. Akhirnya abah mensuarakan isi hati. Lama dah abah nak kasi tau anak-anak dia pasal tabung HWM (Haji Wan Muhammad), mungkin anak-anak masing2 duk jauh, jadi jalan terbaik adalah abah hantar surat. Surat abah ringkas & padat, nampak jelas terang nyata hasrat abah. Dan saya terus ambil handphone & sms abah terus tanda setuju. Saya suka.

31 Tahun jadi anak

Saya tak tahu siapa pergi dulu, mungkin saya, mungkin orang lain, semua janji Allah. Sepanjang saya hidup 31 tahun ni menjadi anak, saya sangat yakin saya adalah anak yang paling susah untuk dijaga. Seawal  11 bulan saya disahkan ada kronik asthma @ lelah. Siang malam abah & mak bergilir menjaga hingga saya besar, 13 tahun masih tido dengan abah. Saya masih ingat, mak tido di bawah, & abah disebelah saya diatas katil. Saya masuk Maahad tingkatan 1, balik ke rumah masih nak tido dengan abah walau abang2 & kakak saya duk ejek saya anak manja. adik saya apa kurangnya. hehe. biasalah tu. Saya lelah teruk sampailah sekarang. Saya sangat yakin, doa mak jugalah saya disatukan dengan cinta saya. Cinta saya bekerja di Hospital & sangat arif tentang sakit saya. Kebetulan ibu cinta saya juga ada lelah & cinta sangat tahu bagaimana nak handle penyakit ini. Doa mak makbul, saya dijaga oleh orang yang boleh jaga saya.

Abah seorang yang sangat sayangkan keluarga. Sayangkan adik beradiknya, sayang anak2 sedara, apa lagi sayang isteri, anak & cucu2nya. Cikgu. Dunianya penuh dengan kasih sayang untuk anak-anak berjaya. Banyak perspektif pemikiran berbeza, pemikiran pakcik makcik saya terhadap abah, pemikiran arwah atok & nenek saya, pemikiran sepupu2 saya, juga pemikiran anak2 sendiri & isteri sendiri terhadap abah. Ada yang positif, ada yang negatif. Biasalah, manusia memang ada unsur2 begitu, yang negatif perlu juga untuk bantu hidup supaya lebih baik, manakala yang positif untuk terus memacu motivasi supaya mencapai cita-cita insyaAllah.

Banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup abah. Dari perspektif saya, saya sendiri tak mampu untuk hidup macam mana abah boleh hidup membantu anak2 untuk belajar. Tatkala abah dalam kesusahan, beliau mencari semua sudut untuk bantu. Tebalkan muka untuk meminjam sana sini, semata-mata anak anak lepas belajar. Alhamdulillah. semua lepas.

Perspektif Pemikiran Berbeza

Bila 'ramai' melihat kesusahan abah membela anak2 dengan mak. Mak pula juga bukan dari keluarga senang, lebih lebih lagi tipikal melayu, jika berkahwin dengan bukan melayu, lagilah banyak ragamnya (pemikiran mereka). Mereka tolak tepi soal agama, yang penting keluarkan pendapat supaya hati mak terus terguris & terguris (tak tau sama ada berniat atau tidak). Ramai berfikir itu ini begitu begini terhadap abah. melayan anak2 supaya anak2 berjaya, kononnya hingga abah hanya memakai tshirt putih + selipar jepun, semata mata untuk anak2. Saya memandang dari sudut positif, anak ramai tentulah kehidupannya begitu. Susah itu perlu untuk hidup senang. Melayan anak2 tidak salah, apalah sangat sekali dua abah & mak berbelanja untuk mendapatkan pakaian 'branded' untuk anak-anak. Dan itulah yang biasanya akan jadi hebahan yang abah & mak melayan anak2. Sekali memandang sudah cukup untuk beri konklusi. Tipikal Melayu.

Saya memandang dari sudut positif, itu mungkin 20 tahun lalu. Mak terpaksa berniaga bagi menampung isi rumah. Gaji abah yang tak sampai RM1,500 sebulan digunakan sepenuhnya untuk pengajian anak-anak. Dari biasanya abah akan berbelanja setiap kali gaji dengan membeli macam-macam, hinggalah gaji abah terhakis sedikit demi sedikit untuk bantu pengajian anak-anak. Lama-kelamaan, mak yang membeli baju2, makan pakai anak-anak. Itu yang mereka tak nampak.

Kasih Sayang 

Saya agak pelik dengan situasi kasih sayang zaman sekarang. Masing masing mempertahankan hak berbanding kasih sayang antara satu sama lain.  Saya masih ingat waktu saya dalam persekolahan, saya sangat suka ke Kampung Penak, rumah makcik saya. Bermain dengan sepupu2, kejar ayam, tahan ikan sepat, makan-makan ramai2, pegi cari buah getah ngan kak ati, adhwa masih kecil masa tu, mak akan bawak bekal makanan (biasanya ikan patin masak tempoyak kegemaran mak itam), duduk lama2 berlari naik turun, main duduk kereta lama yg terbengkalai kat bawah rumah (kereta mini cooper lama), dan makan kedondong. haha, seronoknya! main buaian yang tinggi ya amat, seram sungguh naik buaian tu! hehehe

Banyak kisah2 Zaman Rasulullah SAW yang mana mereka mementingkan kasih sayang dari mempertahankan hak masing masing. Jika kita berpandukan hidup dengan letak landas kita dengan kisah2 Nabi, insyaAllah kasih sayang ini akan berterusan hingga bila bila.

Mohon Maaf Bukan Tanda Anda Salah

Ini part yang paling susah. Ini bab hati. Dalam kehidupan kita hari hari, kita dibiasakan dengan hidup mempertahankan kebaikan kita & meletakkan jika orang lain salah, dia perlu meminta maaf. Ini salah, maaf itu jalan ke syurga, Semua pandai guna ayat 'Rasulullah juga maafkan umatnya' tapi kita hanya takat pandai sebut. Berlaku macam macam dalam hidup kita hingga kita belajar secara salah untuk tidak memaafkan orang itu orang ini. Memaafkan itu bukan setakat perlu, boleh jadi wajib tau. Bab lain itu kemudiankanlah.

Saya melihat kesusahan mak untuk hidup dalam dunia 'Melayu'. Bagaimana mak berusaha sedaya upaya untuk menyerap diri mak dalam dunia baru yang mak masuk. Tipikal masyarakat kita akan memandang serong terhadap bangsa dahulu sebelum pergi ke personaliti sendiri. Itulah cabaran yang mak perlu hadapi & saya sangat kagum dengan kesabaran mak. Mak sabar & sabar itulah kekuatan orang beriman.

Mak seorang yang sangat berlemah lembut. Garang tu betullah, kalo masa saya kecik2 dulu, saya rasa mak ni besor betul. Tangan dia naik aja mukul. Al maklum, semua nakal nakal. Tapi bila masuk sekolah menengah, mak akan marah & mudah nangis. Dah mula penat agaknya dengan kenakalan anak2. Tapi mak tak pernah putus asa. Masuk Islam dengan umur 15 tahun, pada waktu itu bukan mudah nak cari ilmu, bukan sesenang kita boleh pergi ngaji sana sini. Tapi mak buktikan mak berjaya, dari seorang yang hanya tau berbahasa ingeris & sikit sikit bahasa melayu (+ bahasa mak, malayalam), akhirnya mak berjaya kuasai jawi. Dan boleh mengaji. Paling penting di umur mak sekarang sudah masuk 58 tahun, mak masih ke Masjid  Abu Bakar, Temerloh, setiap ahad bersama rakan2 muallaf lain untuk belajar agama, mengaji dan sebagainya disamping tak pernah putus belajar dengan Ustazah Aminah di Taman Sri Semantan.

Dari sudut mana kalian memandang mak seorang india yang menyusahkan bangsa kalian? Perkahwinan mak & abah 43 tahun lalu tak perlu disebut sebut lagi. Itu sejarah yang kita boleh kenang sebagai jalan terbaik untuk abah bawa mak ke syurga Allah SWT. Jalan terbaik!

Saya sendiri sayu. Malam tadi sekitar jam 3am. Saya terbangun anak saya menangis. Saya hanya mandang bagaimana isteri saya handle anak saya menangis2 kelaparan nak susu. Hinggalah anak saya tidur & isteri saya juga tidur. Saya bangun ke toilet, amik wudhuk & solat, lama saya duduk lepas solat. Memikirkan inilah yang mak saya juga buat kepada saya masa saya masih bayi. Sama juga dengan anak2 mak yang lain. Lama2 bgenang juga air mata. Sebab bangsa, mak saya dipandang 'lain'. Silap aja sikit, pusing kearah mak, tuding ke mak dan semua melihat mak. MasyaAllah. Itulah cabaran abah mengahwini mak. Bukan semudah yang disangka. Nak ditelan mati emak, nak diluah mati ayah.

 Kisah Kita & Sejarah

Saya mengambil jalan terbaik dengan berfikir dengan positif dengan apa saja yang berlaku dalam hidup saya. Saya tahu bukan mudah. Dari seorang yang sangat panas baran, dari seorang yang sangat tak sabar. Saya akan terus belajar supaya 1 hari saya terus sabar dalam menghadapi apa saja kemungkinan dalam masa akan datang. Bukan mudah tau!

Abah hantar surat kepada semua anak-anak. Saya tahu abah sangat suka menulis. Sangat suka membaca. Sangat suka penulisan penulisan agong seperti HAMKA, SAMAD SAID, dan sebagainya. Jika dilihat buku buku abah, abah banyak hadiahkan adik beradiknya buku-buku juga. Itu tandanya abah suka dengan penulisan. Tapi saya memandang jauh. Jauh lebih itu abah mengharapkan yang terbaik dalam menghadapi jalan2 baru selepas berumur 67 tahun, tahun ini. Lagi 3 tahun, abah akan mencapai umur 70. MasyaAllah, cepatnya masa berlalu. Mungkin sekarang masih kuat bawa kereta, 3 tahun lagi? Kita semua belum tahu bagaimana.

Hari tu abah cakap pada saya 'adik, jaga anak baik-baik, abah dulu yang berjaga bantu mak siapkan semua, basuh berak kencing, beri susu semua abah buat untuk anak-anak, sekarang masa adik pulak, jagalah anak baik2' saya duk ingat dalam kepala. Sekarang ni saya banyak lepaskan tanggungjawab tu pada isteri saya, kepenatan mengatasi segalanya. MasyaAllah bila la nak berubah nih.

Kenapa Perlu Cerita?

Kenapa nak cerita kat sini? perlu ke? x malu ke semua tau?
tau apa? saya bercerita secara umum perjalanan mak abah saya. Perjalanan perkahwinan mereka & secara umumnya mendidik anak2 seramai 7 orang ini dengan pelbagai ragam. Juga berhadapan dengan ragam2 di keliling mereka. Saya berharap kasih sayang mereka berterusan insyaAllah.

Rumah Kecil

Rumah  mak abah kecil
Hati abah besar
Rumah mak abah kecil
Hati mak besar


Tangan mak kecil
makin mengecil makin berkedut
jiwa mak besar
mencari syurga tak pernah sebut


Badan abah kecil
makin rendah makin perlahan geraknya
jiwa abah besar
makin membesar dengan semangat serta kasih sayangnya


yang lalu biarlah berlalu
yang datang biarlah setuju
yang pergi biarlah pergi
yang mari disambut pasti


rumah kecil tiang seribu
bersudut sudut penuh barangan
rumah itulah penuh sejarah pilu
diambil baik supaya beroleh kesenangan

Saya sendiri juga memaafkan semua. & Saya juga mohon maaf. 

Salam ampun maaf dari saya. Perjalanan mak abah pasti mengubat apa sahaja yang berlaku dalam hidup saya. Tak kiralah apa pandangan kalian terhadap penulisan ini. Walau apa sahaja yang berlaku. saya tetap bersama mereka berdua, mereka berdua Syurga saya!. Wassalam!
 



Friday, June 15, 2012

Ah Soh & Merajuk

Selesai aja berbincang dengan kakitangan Kadkahwinku.com di sebaris dengan CS market (hentian kajang), saya pun melangkah laju masuk ke kete. Almaklum dah nak masuk sebelum kul 2, masa tu waktu keje, pegi time lunch hour. Nak tengok design kad2 perkahwinan adik ipar. Elok saya tekan alarm kete, kete pun bebunyi2, saya bukak pintu kete & masuk kete juga dengan laju.

Belum sempat saya nak masukkan kunci dalam tpt kunci nak start kete tu, tetiba pintu belakang dibuka & seorang makcik berbangsa cina senang2 memasukkan brg2 dia & dia duduk dengan selamba. Saya berdebar2 sungguh, waktu tu saya pikir memang kete ni nak kena hijack dah. tetiba

'pencuri pencuri' jerit ah soh tu. 

saya punyala panik! riso org dengar aja, manala tau x pasal2 kena pukul kan? 

saya kata, untie, ni keta saya! ni keta saya!!

untie tu terus kata

soli soli soli, saya pikir saya suda mau kena kidnap!

dia terus kuar kete, dan menuju ke kete personanya yg wane pepel sama ngan wane kete saya.

saya berdebar2 sangat2. lutut pun gigil gigil.. masyaAllah!! macam2 dunia nih. hehe

..................................................

hidup ni penuh dengan menda2 yang kita tak jangka. dan saya juga x penah jangka macam2 mende berlaku dalam hidup saya.

bos saya penah pesan, menu hidup ni mudah aja. jika salah, jangan salah kali ke-2. 
jangan jatuh dalam lubang yang sama 2 kali. mudah kan?

macam tu lah. rasanya kali ni saya merajuk sampai saya mati. sekian terima kasih. wassalam!

Tuesday, June 12, 2012

Amanah



Lama juga saya tak apdet belog. 2 minggu kan? hehe.. Alhamdulillah, agak sibuk dengan fotografi, kerja & melayan karenah si kecik (gambar 'Ain kat atas tu). Hehe seronok bila tengok dia mencuba2 untuk pusing & mengayuh2 kaki bila kita agah dia ajak jalan. Cukup suka berjalan2. Seman mama & babah dia asik berjalan aja masa ngandung aritu. Alhamdulillah.

Dalam sibuk2 ni saya masih ingat perbualan saya dengan sepupu saya masa di Majlis Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan Jubli Emas Makcik & Pakcik saya baru2 ni. Pesanannya dengan mudah sangat untuk saya faham, antara yang saya masih ingat ialah,

1. Jaga anak baik2, amanah Allah tu. Masa anak ni belum baligh, mereka ni semua ahli syurga. Kita diberi mandat untuk jaga ahli syurga, sronok x? tanya dia pada saya, saya senyum tanda puas. pestime dengar org cakap gini ke saya.

2. Hidup tak perlu sangat nak berkawan rapat. Nanti banyak mende tergadai. Saya tersentak sekejap. Hebat pulak saya rasa dia ni, macam kasyaf pulak. hihihi. betul, saya setuju amat dengan apa yang dikata, banyak mende boleh tergadai bila rapat sangat, boleh jadi racun pada diri sendiri. Kawan sekadar kenal itu dah cukup baik. Oh saya fikir saya dah buat keputusan bijak dalam hal ni, kebanyakkannya berkawan sekadar nak ambil kesempatan aja kemudian merosakkan seluruhnya, saya sudah cukup faham.

3. Jangan sesekali rasa puas dalam menjaga kebaikan & memberi keseronokan pada mak abah. Ini betul, jika kita rasa kita puas, kita akan malas, jadi teruskan memberi kebaikan pada mak abah, paling penting, berilah mereka keseronokan!

yang terakhir sekali, jaga diri dengan Solat, Puasa, Quran & Sunnah. jika kita sibuk jaga diri kita dengan tengok TV, tengok wayang, jalan sana sini hingga lupa solat. Maknanya kita tak jaga diri kita, malah kita zalim pada diri kita untuk bakar segala jasad & seluruh iman2 yg tinggal dalam neraka jahannam. MasyaAllah.

Terima kasih encik sepupu. Ada kalanya diam itu lebih baik dari bising bising itu ini. Semua hak Allah, Allah boleh beri & Allah taala jugalah boleh tarik balik apa2 saja. Siap2 sedia untuk tawan 3 pulau. counting days!

Wassalam!



Share It (Jom Kongsi)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...