Follow Me! Cewah

Selasa, 29 Mei 2012

Ada Syurga Di Wajahmu


Awal pagi lagi dah berdentum macam macam bunyi di dapur, siapkan air seorang demi seorang, saya minum milo, ada yang minum nescafe termasuk abah, biasanya mak akan sediakan roti, peanut butter atau kaya atau jem strawberri ataupun jika mak sempat, mak akan goreng nasi + ikan bilis, saya selalu tanya mak, 

'mak, nape tak letak kicap?' mak akan jawab 'abah awak suka nasi goreng putih mcm tu je'

saya terus diam. Antara part yang paling saya suka ialah part mak sikatkan rambut. terasa ensem semacam masa tu. sampai sekarang mengekalkan keenseman dari 4 org adik beradik laki. kahkahkah.

balik aja sekolah, udah tersedia makanan, mak akan senyum aja. dia akan pastikan saya balik ke rumah, almaklum, saya ada semput atau bahasa sainsnya athma, bukan tun siti hasmah atau mak andak hasmah. jalan nak balik ke rumah tu berbukit, agaknya sebab naik bukit sokmo masa kecik, dah besor suka benor menakluk gunung ganang dalam mesia nih. huh, x mau pencen lagi. kikikiki.

Makan2 di rumah, siap2 terus pegi ngaji. naik beskal. Mak akan kasi lagi 50sen, hui besor dah tu 50sen. macam2 buleh beli, tapi kami seme cuba secuba2nya nak mengumpul. saya paling boros. kikiki, sebabnya, saya sangat suka belanja kawan2 & dari kecik2 lagi saya sangat2 suka berkawan & ada kawan rapat. Mak selalu pesan, 

'jangan sampai 1 ari awak dikecewakan dengan kawan2'

Mak saya lahir bukan dalam keluarga Islam. lahir dalam keluarga hindhu. Masuk Islam pada umur 15 tahun & berkahwin dengan abah.

Alhamdulillah, mak abah ada 7 orang anak. Idup kami  susah masa kami kecik2 dulu. Meminjam sana sini nak besarkan anak2, nak lepaskan anak2 semua masuk ke Universiti.

Berjaya dalam pelajaran tak semestinya berjaya dalam kehidupan - Ust. Hasrizal Ab Jamil

saya suka ayat ust hasrizal tu. antara kelebihan mak abah ialah, mak abah x ajar kami macam mana nak belajar masuk universiti. tapi mak abah ajar kami supaya kami berjaya dalam kehidupan. itu penting dalam perjalanan ke syurga Allah SWT.

Ada syurga di wajah mak, juga pada wajah abah!

Sangat sayang belaka. Nakal2 masa kecik, akhirnya jadi orang juga anak ke-5 mak ni. Jazakallah mak abah.

Selamat Hari Lahir ke 58 mak. Moga mak terus sihat, terus sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Muah, dari anak mak yang paling ensem.

Isnin, 28 Mei 2012

Bandar Tun Razak Jengka & Janda Baik Sesi 2



Alhamdulillah, selesai sudah hujung minggu yang saya pikir pikir agak mencabar juga. Setelah penat dengan kerja2 di opis, saya beri komitment sepenuhnya dengan encik kamera untuk berada di Majlis Pertunangan anak kepada Dato' Wan Rosdy di Bandar Tun Razak Jengka, seterusnya cepat2 ke Janda Baik, Pahang untuk bersama dengan team Kreatif & Inovatif (KIK) dari UKM. Alhamdulillah, ke 2-2nya berjalan lancar. Syukur.

Agak terkilan juga tak membawa tripod, selalu lupa, skrg ni dah banyak equipment, jadi yang jarang2 guna akan selalu tertinggal. huhu, kena ada ceklist macam bos jugak la, senang! hihihi, sebab tu gambar atas tu noise terlalu tinggi, malas nak gegar2, saya belasah iso 3200, hahaha. Tak banyak gambar sangat dalam sesi ni, masa betul2 mencemburui, eceh.

di Jengka, ke 2-2 keluarga sangat2 la sporting. Saya seronok betul. Paling lagi seronok bab makan, huuuuu, mereka hidang seme hidangan Pahang, sambal tempoyak, patin tempoyak, sambal terung, peh!! mujur banyak keje, kalo idak ngadap manjang la. hehe.. (Tahniah Azam & Nor Marlina)

k la kengkawan, masa untuk pegi keje. Hari ni akan balik sepenuhnya ke rumah sendiri, anak pun dah besar, cinta lagi sebulan nak masuk keje. jadi kena training2 juga duk umah sendiri. hehe.. 

minggu depan ke Pahang lagi, (Temerloh), sambutan 50 tahun perkahwinan Hj Yusof & Hjh Wan Aziah, mesti menarik kali ni saya punya shoot, hihi, x sabar.

Dan lepas tu akan menawan pulau pulau di pantai timur pula. insyaAllah. Mudah2an seme perjalanan di berkati & dilindungi Allah SWT. amin!

sebelum tu meh semak arah kiblat arini (28/5/2012 - 5.16 petang)


Cara menyemak arah kiblat ketika matahari berada betul-betul di atas kaabah ini ialah dengan cara melihat kepada bayang-bayang objek yang berdiri tegak 90 darjah. Tepat ketika ini juga, kalau kita pandang ke arah matahari bermakna kita sebenarnya sedang menghadap tepat ke arah kiblat.


Wassalam!

Selasa, 22 Mei 2012

Selamat Datang Rejab!


Bulan Rejab

Pengertian Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)

Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah. Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak.

Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Sumber Disediakan oleh;
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat
Jabatan Mufti Negeri Melaka

Isnin, 21 Mei 2012

BackPack


'Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu 

sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'' - Al Baqarah Ayat 45

...................................................................

Sudah lama tidak ber backpack. Minggu ini pencetus insyaAllah :)
Syukran Allah, Walhamdulillah 
 

Khamis, 17 Mei 2012

Janda Baik Sesi 1




Alhamdulillah, saya cukup berpuas hati dengan program & kerjasama dari semua untuk program kali ini.
InsyaAllah bakal bersiaran skali lagi dengan sungai yang sama pada hujung bulan pulak. Cuma tapak kem & pengisian aja lain. 

Ok x slow shutter tuh? hihihi.. poyo kan

kahkahkah, jom pegi keje! :)

Jumaat, 11 Mei 2012

Sesal



Tak taulah
5 tahun lagi
10 tahun lagi
20 tahun lagi

Yang saya tahu, saya terus berdoa moga semuanya baik baik belaka
Bab hati ni susah
Baik saya undur diri siap siap

Saya dah pesan ke diri saya
asal berlaku lagi
tak payah dah
undur je terus
jangan maju lagi

baiklah.
masa untuk terus diam & terus melangkah
senyum tetap senyum
cakap boleh cakap
tapi ada banyak tapi

tak mau lagi dah
sungguh saya tak mau lagi

saya cakap lelebih
akan pusing ke saya balik
depa hebat hujah
sat gi depa kata saya yang munafiq
(nauzubillah, jauhkan saya dari golongan itu)

saya bukan orang alim
juga bukan orang pandai

jadi saya mau undur terus
tak mau dah
sungguh tak mau dah

maap kan saya.
saya x mau dah.
doakan saya yang terbaik jugak

rindu ke ustad dalam gambau tu, ha minggu depan kita duk bilik sebelah sebelah insyaAllah!

Rabu, 9 Mei 2012

Kunci


Siap2 tidurkan si kecik selepas berperang nak salin pampers dia. Kami bertiga kuar rumah mertua menuju ke rumah kami untuk hantor bibik2 yang ditugaskan untuk mengemas rumah kami yang dah ditinggal lebih sebulan tu. Sampai aja, bibik2 sekalian sudah siap mengemas & kami semua menuju ke rumah bibik yang lagi besar dari rumah kami. Hebat kan. Rumah bos dia la.

Kami pun terus menuju ke kedai runcit berdekatan kerana mak mertua mengirimkan roti gardenia enak dimakan begitu saja se.. se ape aa kalau roti sebungkus? aa sebungkus la. yang panjang tu. Oh ye, sebelum tu

Masa nak sampai kedai runcit tu, ternampak kedai beger pujaan ati masih buka. saya terus pandang cinta, cinta membalas pandangan saya kemudian dia tunduk malu malu. Ala nak le tu. Saya pun bentikan kete cari parking baik2 dan terus menuju ke gerai beger tu. Order 5, Saya, cinta, muhammad, hana, dan saya semula. kahkahkah. lepas tu terus pegi beli roti. ah sudah, lama la pulak cite ni.

Sampai aja di rumah, tetiba kami semua dikejutkan dengan kehilangan kunci rumah. Saya cakap ngan cinta, pegi masuk umah dulu, ketuk2 suh hana bukak. Hana punya kuasa telekenetik ketika bercakap dengan gajah di kuala gandah dahulu bagaikan tahu cinta saya dihadapan rumah sedang mendukung ain, lantas hana mengambil ain didukung & ditidurkan. Kami masih mencari kunci rumah, masih x jumpa. saya mula hangin berasap2 keluar dari kepala. Cinta kata 'janganla marah bang, saya sorry'

saya terus masuk kete, menuju kembali ke rumah sendiri, sampai dirumah, cari dulu di luar pagar, x jumpa. waduh, saya pelan pelan tengok keliling, banyak kali juga pandang kiri kanan, saya pun mula la memanjat pagar rumah, bahaya juga memanjat di malam malam buta nih. bukan apa, satu takut kena fitnah, satu lagi kalo terlucut kain pelikat ni sape nak jawab? x pasal cikgu tadika depan umah kata kena gangguan orang minyak. haih.

masih x jumpa. saya makin marah. saya pun masuk smula keta, menuju ke rumah mak mertua semula. Dalam ati ni Allah taala je yang tau betapa nak marahnya saya ke cinta. Tetiba saya terfikir, ok ke kalau saya marah dia, dengan marah dia, saya akan jumpa ke kunci tu? dengan marah dia, saya akan puas ke? mesti dia kecik ati kan? saya bentikan kete kejap, dalam seminit dua. Semalam saya duk pikir yang sebenarnya xde org fikir tentang saya. sebab itu org x penah pedulikan saya ni nak itu ini ke idak. Asik asik saya rasa saya fikir pasal orang. kali ni, mesti cinta saya duk fikir ke saya, mesti dia fikir saya akan marah2 dia. kompom, dia lebih tau saya ni panas baran.

saya terus balik rumah, dalam ati duk berdoa, moga2 jumpa kunci tu. saya pun parking kete. pasangkan lampu dalam kokpit kete tu, cari betul2. alhamdulillah. jumpa! jumpa bawah kerusi cinta duk tadi.

cinta senyum. saya pun senyum. kami makan beger sesama mengikut urutan nama tadi.

betullah. Tak payah fikir orang nak fikir ke kita ke idak. kita xpe nak fikir pasal orang tu, nak bantu orang tu, nak buat apa untuk mereka. tapi x payah fikir untuk orang itu nak fikir tentang kita, itu hal dia. kita x boleh nak ubah orang. mulai ari ni, x mau lagi dah. cukup2 lah. 

okeh. Pengajaran besar untuk hari ini. Alhamdulillah. :)

Isnin, 7 Mei 2012

Besok


Pagi 7haribulan 5

'assalamualaikum rul' > Mat

'waalaikummussalam, sihat mat?' > Saya

'sihat, wife ko dah bersalin? > Mat

'hehe.. anak dah nak masuk 2 bulan la mat  oii..' > Saya

'hehehe.. ape nama anak ko? pempuan kan?' > Mat

'Nurul 'Ain, hehehe' > Saya

'adoooiiii... Rul.. ni la kali pertama aku dengar nama anak yang fressshh..., xde shasha, arisha, fasha, bla bla bla' > Mat

'kahkahkah' > Saya

..................................................................................................


Tengah hari 7haribulan 5


'kita ni kalau duk bakar bakar nak kasi marah, memang seronok, macam orang membakar kayu gaharu, bakar lagi, bakar lagi, baunya pun semerbak sekeliling, yang membakar x bau pun' bos saya kata. saya setuju amat.

...........................................................................................


Petang 7haribulan 5.

Saya teringat 1 kisah tentang imam syafie dengan pendebat masa saya duk dengar bos saya sedang rancak berborak. kisahnya macam ni

Pada suatu hari, seorang lelaki menemui Imam Syafie lalu tertanya, “Mengapakah Iblis dicipta daripada api dan kemudian diseksa pula dengan api?”

Imam Syafie berfikir sejenak. Kemudian dia mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkannya ke arah lelaki itu. Lelaki itu kelihatan marah diperlakukan sedemikian.

Melihat keadaan itu, Imam Syafie bertanya, “Adakah kamu sakit?”
Lelaki itu menjawab, “Ya! Saya sakit.”
Lantas Imam Syafie pun berkata, “Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah, dan engkau juga akan disakiti dengan tanah.”

Lelaki itu terdiam tidak menjawab, tetapi dia telah faham dengan maksud kata-kata Imam Syafie.

.......................................................................................

Malam 7haribulan 5

Saya tulis belog la. haih

Sabtu, 5 Mei 2012

Betul Ke Idak?


Cerita  1

'macam mana diorg ni x merompak, dah duit gaji diorg asik asik kena pau dengan polis, polis pantang jumpa diorg, mesti pau duit. diorg pun rompakla rumah kita'

kata pakcik tu pada saya selepas beberapa kejadian pecah rumah oleh mamat indonesia di sekitar perumahan kami

Cerita 2

'Alah, kalau kita report polis pun, apa polis boleh buat? dia setakat amik report je, xde buat ape2 pun'

kata seorang pakcik juga lepas rumahnya sendiri kena pecah

Cerita 3

'kena pukul dengan polis ni biasala, ape mende nak kecoh kecoh. dah nama polis'

saya duk dengar mereka berbual bersama kes peserta dipukul polis pada Bersih 3.0 baru baru ini

..................................................................................

Saya sekadar nak nasihat. Kerja polis ni kerja orang yang baik baik. Menjaga negara, menjaga keamanan dan mengawal segala tatasusila (eh betul ke) negara. Tapi minda kita semua tercalar dengan perbuatan mereka yang segelintir ni.

Nak ubah bukan sesenang oi makcik pakcik. Nak buang, abih depa anak beranak nak makan ape? Nak benci kot mana la sangat diorg nak berubah. Diorg mcm tu jugak. Saya duk baca baru2 ni pasal seorg anak tulis pasal bapak dia polis tu. syahdu jugakla. Tapi betul ke cite cite diatas tu. Jika betul, mende ni akan jadi susahlah.

Kita sendiri mengajar manusia manusia disekeliling kita supaya tak percaya pada orang yg nak jaga keamanan kita. Ape kes?

eh, saya tulis ni kena tangkap x? kikikiki

Kepada semua Polis Polis. Saya yakin bukan semua yang berperangai seperti cerita diatas. Saya amat yakin. Kalau idak, xdela ade polis yg buleh senyum2, cakap baik2 kan? Saya ingat lagi masa saya eksiden dulu di jalan Grik-Jeli, abang polis di Balai Jeli sangat2lah baik. layan kami sungguh2. Saya x boleh lupakan jasa baik kalian semua. Jazakallah.

Cuma abang abang polis sekalian, utamakan solat, jika ada rasa nak marah2 sokmo, repair solat, tgk balik solat tu. banyak2 berbincang & utamakan kerja. Saya yakin, banyak faktor membuatkan kalian stress amat, oleh sebab itu kalian bertindak tanpa pikir. Ingat tuan tuan, idup nak cari syurga. :)

Saya sayang belaka. eceh.

Rabu, 2 Mei 2012

Tergantung


Selesai saja aktiviti wall climbing, kami semua ada lagi 2 aktiviti. Permainan yang melibatkan kumpulan. Saya tetap x amik bahagian, biasala jurugambor, mana ada masa nak amik bahagian nih kan. Lepas tu diorg seme ke flying fox.

Abang fad berkali kali ajak saya suh naik. saya x kuasa, dah banyak kali sangat naik, x nak la. saya nak siapkan video untuk tontonan malam tersebut. Saya pun balikla ke bilik. Duk elok2 balik bilik, haih teringat pulak nak naik flying fox, tah mana datang azam baru tersebut saya pun x tau, beriya riya pulak nak naik. Sebelum tu x hendak. ngada betoi.

Saya pun bersiap sedia. Pakai kasut, stokin & seluar yo! yo! kata man kepada hj shuk. (sebutan yo! yo! mesti bersama jari terangkat angkat dan kepala sedikit senget)

Untuk ke flying fox, mesti melalui 1 jambatan gantung. Sumpah kak senah, saya x penah naik sengsorang jambatan tu sebelum ni. ni la kali pertama. Memula tu kontrol macho naik sebab ada adik2 cun melepak kat tepi tu, saya dengar diorg kata 'abang tu nak naik sorg?' hui.. panggil abang tu pun pakcik dah rasa muda ya amat. pakcik naikla slow slow sambil membaca macam2 ayat Quran. Alhamdulillah, merentas jambatan tu sangatla mendebarkan, paling berdebar bila ada masa kaki kita x dapat pegang tali besi yang jadi tempat kita nak melangkah tu. huii.. syukur berjaya juga. 

Setelah berpeluh peluh. saya pun sampai di tempat flying fox. suasana sunyi sepi.

'Pam!' uncle tu menutup pintu. belum sempat saya cakap apa2, uncle tu kata

'abang, sudah habis, kalu mau naik, datang besok pagi

walaupun uncle ni panggil saya abang seperti adik2 cun tu, saya tetap berasa ati dengan beliau. saya pun turun bersama beliau ikut jalan lain. huh!


.............

Inilah hidup. Masa kita nak, x dapat, masa kita x nak ada aje depan mata. penah hadapi?

Inilah juga hidup, masa depan mata, hargailah, masa dah xde nak hargai macam mana?

inilah juga hidup, masa bersama jangan ngada nak berasa ati kena tegur, dah xde nanti sape nak tegur?

..............

malam tadi saya tulis post berani di pesbuk pasal hubungan suami isteri yang baru kawen duk beromantika di wall pasangan masing masing, akibatnya saya hilang dekat 8 orang kawan. diorg unfriend saya. ada juga dikalangan mereka mesej inbox saya & mengatakan saya melampau & tidak menegur dengan beradab, serta memalukan mereka.

niat saya nak tegur sorg kawan tu je. melampau sangat dah beromantika di wall masing2. sampai hal2 dalam bilik pun nak sebut sebut. haih. 

betullah, nak tegur kena ada cara kan? salah saya.

sesungguhnya saya mohon maaf. 


Selasa, 1 Mei 2012

Jangan Jadi Lalat



Menghurung makanan orang. Dihalau halau, syoh syoh! Lepas tu tinggalkan telur. Tumbuh pulak ulat ulat.

Lalat Jahat. Saya risau, jika saya dikalangan sahabat yang dikata sebagai lalat. Nauzubillah.

Maafkan saya.

Share It (Jom Kongsi)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (1) 10negara (1) 2 Nurul (33) 30 resipi terbaik abuain (1) Abuain (100) abuainkitchenstudio (124) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) art class (1) backpack 2.0 (7) BackPacker (32) bakar (2) bengkel ebook (2) Blogger (7) Buku (16) buku resipi (3) cabaran70hari (31) catatan kehidupan (1) ceritarasa (15) chefadu (24) chefizyan (29) choc bars (1) cochin (1) coklat (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) desserts (2) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (2) doh roti (2) Drama dan Filem (3) ebook (7) ebook kehidupan (1) ebook resipi (4) ebook tips (2) ebooktravel (4) emak rindu erissery (2) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) idola (1) ikan sungai (1) ikandilaut (12) Ilmu (3) india (3) izyanhani.com (1) junior masterchef (3) kamera (1) kanak-kanak (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) kek (8) kek cawan (1) kek keju (1) kek kukus (1) kelas (2) kelas anak-anak (3) kelas melukis (3) kelasmemasak (15) keluarga (17) ketam (1) khasiat (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) maha2014 (1) majalah (2) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (19) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) Masakan Arab (1) masakan jepun (1) masakan kampung (6) masakan thai (1) masakmasakblogger (4) masterchefmalaysia (8) memanis kehidupan (24) memori (1) memori masakan ibu (1) mentakab (1) menulis (4) MH17 (1) MH370 (1) minuman (1) momandkids (4) msu (1) munnar (1) musafir (7) muslimbackpacker (4) nasi (1) nasi goreng (1) nasi kukus abuain (1) news (1) Nurul'Ain (2) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pemanis mulut (1) pencuci mulut (7) penerbit (14) pengalaman (6) pengat (1) penulis (23) penulis jemputan (5) penulisbuku (23) Perkahwinan (6) produk abuain (1) projek100ebook (5) pru13 (1) puisi (2) raya2014 (1) rempah (1) resepi (26) resepi ayam (6) resepi brownies (3) Resepi Jem (1) resepi kari (1) resepi kek (9) resepi kerabu (3) resepi pai (3) resepi pizza (2) resepi puding (2) resepi sayur (5) resipi biskut (2) resipi daging (7) resipi emak (1) resipi ikan (5) resipi kek (6) resipi kuih melayu (4) resipi minum petang (2) resipi minuman (1) resipi roti (1) resipi sihat (1) resipi sos (1) resipi sup (2) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) reviewkelas (1) Sahabat (46) salwa (1) santanwangi (1) Saya (90) sayangi anak (1) sayuran (5) seafood (5) sejuk beku (1) sembang produk (2) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (3) story (1) Surat (4) talk (1) tart (1) tepung premix (3) thailand (3) tipsmengembara (1) tipstravel (1) tom yam (1) tradisi (1) travel (2) travelog (9) Travelog Kochi (6) universitylife (1) ustaz (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (1) workshop (1) yang pergi (2)