Sunday, April 29, 2012

Bunga Kuning


Sentiasa mencari port baik untuk dapatkan line telepon. Dah lama x rasa macam ni. Hehe rindu ke anak punya pasal. Rasa nak amik tau setiap detik yang duk berlalu. Kali pertama tinggalkan anak ngan isteri. Wah bukan senang rupanya nak handle perasaan ni. Syukur alhamdulillah walau x dapat setiap masa nak terima berita mereka berdua. Tapi dapatlah juga setiap beberapa jam kami berhubung. Syukur semua baik baik saja.

Settle jumpa semua. Terus call mak abah. wah seronok mereka jengjalan ke Kelantan :)

Esok saya cuti.  Lusa juga seluruh Malaysia cuti. Selamat hari pekerja.
Rehat? itu bukan pilihan. Saya rasa rehat saya bila saya sakit atau tido aja. 

kehkehkeh

Hijrah itu baik, berhijrah itu lebih baik insyaAllah.

Nantikan kesannya bila bunga kuning mengeluarkan baunya. Tunggu sesi memilih pada kali ke 13.


Friday, April 27, 2012

Kali Ini Pasti Rindu


Kali ini pasti rindu
Rindu Bau
Rindu Suara
Rindu Tangis
Rindu kamu Merengek
Rindu kamu Bermain
Rindu Semua

Rindu Mama Juga. kikikiki
Mama, jaga diri bebaik
Jaga 'Ain juga bebaik

Babah pegi kejap aja insyaAllah
Moga semua dilindungi & sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

................................

Ke Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang
3 Hari 2 Malam


Wednesday, April 25, 2012

Kembali di Jalanan


Momen pertama bersama geng2 otai Fotoskool di Kenyir tahun lepas.Ce cari mana saya. hihihihi

Perancangan Tahun ini insyaAllah
akan kembali serius di Jalanan, Hutan, Lautan, Gunung Ganang, Bukit Bukau, Gua-gua, Air terjun, Perkahwinan dan makanan



Tuesday, April 24, 2012

Kemudian


Sekarang telah masuk waktu rehat bagi 15 minit. Mari tulis belog

.............

Susu, Salin, Tidor,
Sengih, nangis, ngamuk

Saya seronok. 

Macam mana mau masuk utan 3 ari nih. aiyo mesti nangis nangis rindu

Saturday, April 21, 2012

Sudah Hilang Terus

Pendrive saya hilang buat kali ke-5
Pen dari Jepun biras saya beli juga entah kemana
Spek mata saya dah lama saya x nampak
 Selipar kesayangan saya yg dah berusia 5 tahun lebih juga telah menghilangkan diri

Mmm... 

Moga saya tak hilang keluarga
Tak hilang kawan
Tak hilang ilmu-ilmu
Tak hilang Iman
dan Tak hilang selera makan

hihihihi

Peace! Sabtu-Ahad macam ni macam tak berapa best apdet belog kan

Wednesday, April 18, 2012

I'm Coming Home



2 hari saya mengikuti kursus Akta kerja 1955. Ini adalah yang ke-2. Kali pertama dulu dalam setahun lepas. Dan kali ni saya pergi dengan tiket free. Ilmu tetap ilmu, walau dah belajar tak bermakna dah pandai. kena belajar lagi dan lagi. Alhamdulillah saya terima banyak mende baru.

Anak saya alhamdulillah, hari ini 26 hari. Sepanjang tempoh ini saya duk teringat ke mak abah saya. Baru 26 hari & saya mula rasa susahnya mak abah saya jaga saya masa saya kecik dulu. MasyaAllah besarnya pengorbanan mereka. Basuh kencing berak, kasi susu, tidokan, tenangkan masa ngamuk, berjaga sepanjang malam dan sebagainya 

Umur saya nak masuk 31 tahun, saya kira kira:

Umur 1-12 saya duk ngan mak abah = 12 tahun
Tingkatan 1-2 saya duk asrama         = 2 tahun
Tingkatan 3 duk umah semula           =  1 tahun
Tingkatan 4 duk asrama semula        = 1 tahun
Tingkatan 5 duk umah balik              = 1 tahun
Masuk twintech                               = 1 tahun
Masuk KUSZA                               = 2.5 tahun
Masuk MSU                                   = 2.5 tahun
Kerja di Kuantan                             = 1.5 tahun
Kerja di Bangi                                 = 1.5 tahun
Kerja di Kelantan                            = 2.8 tahun (kira 3 tahun la)
Kerja di Nilai                                  = 2.5 tahun hingga sekarang

saya kira jumlah saya duk ngan mak abah adalah 14 tahun, manakala selebihnya hampir 17 tahun saya tinggal di luar. Dan sekarang saya masih tinggal di luar kawasan mak abah saya. Saya sangat kecewa & cemburu melihat orang lain yang dapat berjasa kepada ibu bapa mereka. Untung sungguh. Berjasa bukannya sekadar hantar duit, call setiap hari. berjasa tu adalah membuat perkara yang menggembirakan ibu bapa.

Berkahwin tak bermakna syurga anda berubah ke tempat lain. Anak lelaki kot macam mana pun, syurganya di bawah tapak kaki ibunya. Buatlah macam mana pun, itu tetap x berubah. InsyaAllah dah kena pada masa, kena pada segalanya Allah taala akan bantu saya sebaik baiknya untuk saya kembali berjasa kepada mereka.

Bila saya dah anak perempuan ni, baru saya faham, satu hari nanti anak saya akan berkahwin & akan tinggal dengan suaminya. Masa itu saya perlu sedar, syurga anak saya adalah dibawah tapak kaki suaminya. Saya tak boleh ubah lagi. Didikan & asuhan itulah paling penting. Moga2 tak lupa pada ibu bapa. Tapi tanggungjawab pada suami tetap suatu kepentingan tertinggi dia kena buat. Itu saya kena paham dan bersedia.

InsyaAllah jika bukan sekarang, adalah waktu yang Allah taala sediakan masa saya & keluarga saya untuk mak abah saya ;)



Sunday, April 15, 2012

Menambah Portfolio. Eceh



Alhamdulillah, masih dalam percubaan mengambil gambar2 Macro. Masih belum puas hati. InsyaAllah pasti boleh diperbaiki lagi insyaAllah. Melihat objek2 kecil ciptaan Allah SWT buat hati rasa makin kagum. Hebat sungguh penciptaanNya. Sungguh detail. Subhanallah :)

lagi gambar di www.senyumpictures.com

Friday, April 13, 2012

Sanah Helwah Mama 'Ain

Selamat Hari Lahir Mama 'Ain

Moga jadi ibu bawa anak ke syurga
Moga jadi isteri bersama suami ke syurga
Moga jadi anak untuk ibu bapa ke syurga
Moga jadi srikandi untuk Islam & jalan menuju syurga

Alhamdulillah :)

Babah 'Ain lahir        03hb sepuloh
Mama 'Ain lahir     13hb empat
Nurul 'Ain lahir   23hb tiga

Kek apa yang buleh di makan pada waktu pantang pantang begini?

Monday, April 9, 2012

Berdikari


Seme diam. Cikgu Jamilah sangat sangatla garang. Seme takut. Saya apatah lagi. Memang cikgu Jamilah ni ade trademark, setiap kali dia masuk kelas, dia akan tanya 1 perkataan dan kami seme kena kasi maksudnya.

'Beri saya maksud BERDIKARI'

Seme diam

'Takde yang tau?' wah saya dah jiwa kacau, mesti + kompom kena berdiri atas kusi nih.

'Saya beri 10 minit, pergi cari sesiapa yang tahu maksud berdikari.'

Semua berlari keluar, saya juga seperti jaguh olahraga sekolah menuju ke bilik abah saya. almaklum, abah saya cikgu besar. Tanya abah, abah pun jawab, belum sempat ucap terima kasih, saya terus berlari ke kelas semula dengan tersengih sengih nak kasi kasi jawapan.

Elok semua dah berkumpul, siap ada yang nangis x jumpa jawapan, siap ada yang nak tiru tiru tanya saya, saya punyala kedekut x nak kasi tau. huh ape kes nak tau pulak, sesusah saya berlari intebiu abah sebentar tadi, senang2 nak kongsi jawapan

Cikgu Jamilah kuarkan rotan keciknya. Huh saya sikit pun x takut. eksen bukan main.

'Siapa dah tau jawapan?'

ramai angkat tangan, saya juga bersungguh sungguh angkat tangan supaya saya orang pertama yang menjawab. elok cikgu Jamilah tunjukkan rotan keciknya ke arah saya dengan gaya Ramli MS mengkonduk pasukan musik.

saya pun jawab

'Berdiri diatas kaki kiri'

Merah padam muka Cikgu Jamilah. Terus dia suh saya ke depan dan PIAAAAAAAPPP kena sedas, 

'Awak mainkan saya ye?' tanya cikgu

saya geleng ketakutan

.........................................

Tula, abah sebut elok2 x sabar dengar. kan dah salah dengar. padan muka.

sekarang saya perlu berdikari mendidik, mengasuh, membesarkan si kecik 'Ain atas tu, atau maksud betulnya berdikari ini ialah berdiri diatas kaki sendiri ;)

Saturday, April 7, 2012

Edisi Cemas: Panggilan ada penceroboh



Selepas aja Ain seakan akan nak tido, saya memegang playbook. Berhajat besar untuk meneruskan perlumbaan kereta bertaraf dunia dalam mende tu. Sungguh mengasyikkan walau sekali sekali ain nangis, terpaksa jugala berhenti sekejap dan buat bunyi, shhhh.. shhhh.. shhhhh supaya ain tido. Tapi ain x tido tido.

Mamanya mendukung ain, kasi susu. Dan ain macam dah nak tido, tetiba telefon berbunyi, ring ring ring

Saya pun menegok sapela yang menelefon pada waktu cuti yang hening ini, oh encik usop. Saya angkat.

'Assalamualaikum' saya memulakan 

'Waalaikummussalam, rul.. pekaba' Harith rupa2nya menggunakan telefon usop

'Sihat weh, pekaba ko' saya pun sebok juga tanya khabar

'Alhamdulillah, tahniah dapat anak.. ' harith meneruskan bicara dengan suka hati tanpa desas desus beliau akan mengejutkan saya

'Eh rul, tadi aku nampak ada budak laki la keluar dari belakang rumah bapak ko ni, pastu ada mamak mamat sorg tunggu dalam kete satria biru, aku baru je tengok ni' harith meneruskan langkah bicara serius

'ha? betul ke? ok2 aku tengok sekarang' saya berdebar2 mendengar perkhabaran tersebut, saya pun tetiba menjadi berani, dah jadi bapak la katakan.

Terus saya berlari lari anak turun ke bawah, dan sempat lagi bertanyakan bibik, bik ada nampak org kat luar x? bibik menggeleng tanda x nampak, saya buka pintu pelan pelan, pusing ke luar rumah elok ada mcm kayu katil kot, saya pun pegang, wah beraninya. pusing punya pusing x jumpa pun orangnya. tetiba

'Assalamualaikooom' tanya seorang lelaki bertubuh seperti usop juga

'waalaikummussalam' jawab saya.

laaa abang zambri ke? hihi.. nak bela paip mana? dia tunjuk ke arah belakang umah.

haiyo.. plumber la weh.

cemas cemas. saya cepat2 sms ke usop mengabarkan berita baik ini. dan usop menelefon saya tanya, 'ko tumbuk tak orang tu? saya ketawa terbahak bahak. astaghfirullah hal azim disamping ada soalan soalan yang tak boleh saya nyatakan disini. keep sekret kata orang putih. kahkahkah

oh itu gambar terbaru saya. berjaya menaikkan berat saya dari 82kg ke 86kg dalam tempoh 16 hari ain lahir. kikiki ati senaaaaang! Wassalam!

Wednesday, April 4, 2012

Pasti Tonton : Di Bawah Lindungan Ka'bah



Duk baring ngadap TV. masa tu isteri saya masih belum bersalin, saya gantikan tempat dia baring di katil hospital, manakala isteri saya duduk tegak di sofa yg disediakan. Tetiba kuar iklan cite nih. Terkejut dibuatnya. Iklan di Astro ape tah masa tu, tapi kalau nak tengok kena bayar, almaklum, masuk astro box office. huh dalam ati, bayar aje kejenye. 

Berbelas tahun lepas abah perkenalkan saya dengan Buya Hamka, antara novel yang bertakhta di hati (eceh) ialah Tenggelamnya Kapal Van der vick, Merantau ke deli & Di bawah lindungan Ka'bah. Dan Di Bawah Lindungan Ka'bah buat ati saya sentiasa berdegup degup bila membacanya, kesannya hingga hari ini. 

Alhamdulillah, selesai saya menontonnya, saya yakin inilah filem garapan novel yang sepatutnya dibuat. Air mata deras tanpa segan silu terus menerus keluar hingga saya rasa sayalah Hamid. Hebat sungguh.

Percintaan Hamid & Zainab tidak ditentang sesiapa. Isunya jodoh. Isunya ketentuan.

Bab Hamid kehilangan ibunya, masyaAllah buat hati saya tidak tenteram.. 

Juga part Hamid menghembuskan nafas terakhir di hadapan pintu kaabah.

Bab ibunya kata pada Hamid ' Hamid, walau apa yang terjadi, walau kamu tidak punya sesiapa, ingatlah kamu ada Allah' turut buat seisi badan saya ada semangat.

Tontonlah filem ini. Dan ianya bukan calang calang filem cinta biasa. Cinta yang patut ada pada kita semua. Kena pulak dengan lagu Opick, Tafakkur. peh.. rasa ari2 mau dengar.

Ah sudah, jangan merepek lelebih. Ain dah nangis. oklah, memalam ain nak babahnye aje.  Ain pandai macam babahnya, bukan sahaja comel seperti babahnya juga, Ain juga bijak, bila babahnya pegang, dukung erat2, Ain diam pandang babahnya yang comel. Bila babahnya letak dalam kot, Ain nangis. Memang Ain comel. Tapi berat babah tak mengizinkan kita tido sesama dalam kot. Sorila Ain. 

Ni Link Filem tu, buleh tengok di Youtube. Kalau Unifi lagi bagus. tanpa sikit lap pun. hihi ;)


Tuesday, April 3, 2012

Kalau Dulu


Kalau dulu balik umah pasang tv, baring baring pegang hanphone
Sekarang Tv pun dah majuk kita tak tengok dia

Kalau dulu lepak dalam bilik u pandang i, i pandang u
Sekarang pandang, cium, gomoi si kecik sampai nangis

Kalau dulu malas bebenor nak balik umah, keje banyak bertimbun timbun
Sekarang, keje dah siap ke belom ke janji balik umah

Kalau dulu sms ke cinta pepagi dia balas terus
Sekarang, kul 10 pagi pun belum tentu dia balas

Kalau dulu berdua
Sekarang ber tiga

Kalau dulu boraknya pasal karier
sekarang pasal anaknya

Dulu dan sekarang banyak beza, saya suka. syukran Allah walhamdulillah :))

Share It (Jom Kongsi)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...