Pagi tu kami bersama dengan sesi menghantar album ke pelanggan. Alhamdulillah, setakat ini semua pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja kami. Syukur alhamdulillah. Lepas tu kami berjalan jalan di Alamanda, Putrajaya.
Oh, 'Rasa' dalam renovation, jadi kami pegi cuba makanan lain. Makan ikan, ape tu nama restorannya Manhattan Fish Market ka? hehe. Sedap la jugak, tapi kureng pedas. Siap seme, pegi solat zohor & terus ke Pasta Pesta buku Islam Putrajaya. Cinta dah mula macam penat. Berjalan jugek, dia gagahkan jugek membawak perut yang dah berusia 8 bulan lebih. Hebat sungguh kuasa Allah. Cinta saya berjalan agak perlahan. Melihat buku buku yang memang menggoda sungguh.
Cinta mula kata x larat. Saya pun perhati kot kot ada kerusi untuk cinta duduk sekejap. Kami teruskan ke hall di luar, situ ada sesi bedah buku atau bersama pakar/ustaz untuk bercerita. adala kerusi2 sikit. Saya ternampak 1 booth tu ada dalam 5-6 kerusi kosong, ada tokeh booth tu, lelaki dalam umur 30an agaknya. Saya cakap elok2 dengannya,
abang, pinjam kerusi boleh?
dia terus jawab, tak boleh. pegi ambil kat depan tu, sambil tunjuk ke arah depan stage.
saya tanpa teragak2 pegi amik dan letak betul2 di hadapan beliau. saya suruh cinta duduk. Jelas saya perasan, ramai orang melihat kami & menggeleng kepala pada abang tu.
Lepas cinta saya rehat sekejap. Kami pun berlalu & senyum pada abang tu, dia terus alihkan pandangan. Hebat sungguh dia. Moga dia dapat keuntungan besar dalam berniaga disitu.
Moga kami & anak dalam kandungan cinta belajar apa itu kemanusiaan bila dah kuar nanti.
Counting days! Wassalam!