Monday, January 30, 2012

Bahagia Sungguh Mereka | Apai & Awien Membuka Mata Saya


Lepas aja balik keje saya ambil cinta. Terus ke kedai makan Mak Kimbong, mee mamak dia superb. Punyala saya ni pelahap, beli 3 bungkus. Tapi kongsi ngan cinta. Kira ok la kan makan 3 orang termasuk yang dalam perut cinta. Kami makan bersama sambil saya on tv, oh cerita shrek forever after. tengok kejap aje, siap makan, terus mandi2 (x elok tau mandi lepas makan) dan bersiap. 

Saya & cinta singgah di rumah mak mertua & kami solat maghrib. Saya pandang wajah dia perlahan lahan saya cuba pahat sekuat hati saya akan ke Melaka & pasti dia akan rindui saya. Saya tahu cinta bagaimana, saya tahu sifatnya, saya tahu kenakalannya, saya tahu. semua saya tahu. Tapi cinta tetap senyum, di pegang tangan saya & dicium.

'jaga diri baik-baik ye bang' saya balas senyumannya & kata, 'sayang pun, jaga baby skali tau'

Saya pun berjalan keluar rumah, sempat sekali lagi bersalam. Dan cinta mula 'goyang'. Dia sensitip & mudah nangis. hahaha.. saya suka kaco2 dia. hehe...

Saya pun terus ke Melaka. Apai memberi guide dengan baik sekali, alhamdulillah tanpa sikit sesatpun. Walopon agak laju membawak kete putih tu, disebabkan jalannya sunyi ya amat dengan saya membuka radio ngaji Quran sekuat-kuatnya jadi debaran nak sampai ke umah apai tu rasa jauuuuuh sangat. kui kui kui..

Sampai2 ada orang ramai, wah hebat kenduri kali ni, memalam pun orang ramai. wah mereka berjanji. betoi ke eja ni? ke berzanji? ah sudah.

Saya pun dihantar ke Homestay, udahla saya sorang. Takuit juga.. hehe.. selambe tido tanpa berlengah lagi selepas solat. hehehe...

Pagi esoknya mula la siapkan senjata untuk mengambil gambar mereka berdua. Saya perhatikan, mereka berdua sangat secocok, ke 2-2 mereka ada banyak perbezaan, Awien suka senyum, Apai mahal sikit senyumannya, Awien suka berborak, Apai suka melepak. hehe.. bagus. ada kemistri cakap orang putih. hehe.. ni antara pengantin yang senyuuuuuuuum aja sepanjang majlis berlangsung, tabiklah!

Mereka berdua ajar saya bagaimana ingin menjadi positif. Saya tau saya ni banyak unsur negatif. Tapi selepas kenal mereka, saya yakin, untuk nak terus senyum dalam hidup adalah sentiasa Positif. Makaseh korang!

Moga korang bahagia sampai syurga! cepat2 timang anak tau.. untuk yang nak tgk lagi gambau diorg, pegi ke

Friday, January 27, 2012

Kuahkari.com ~ Mulanya menulis kekunun kununnye

Momen yang saya ingat ialah pada waktu itu di kantin. Kawan saya seronok bercerita tentang belog belog yang beliau baca. Dan saya simpan nama2 belog itu dalam kepala. Balik aja ke meja saya, saya buka satu persatu, ada belog yang menawan ati saya, ada juga tidak. Saya rasa nak baca ari ari. Ada juga yang biasa-biasa & saya rasa berlebih lebih jugek kalo membaca time kije. kih kih kih...
Pada waktu itu saya rasa nak cuba menulis & memberi komen kepada belog2 lain. Dengan harapan mereka akan datang ke belog saya untuk membaca juga. Permulaan tu saya hanya guna wkhwm.blogspot.com dan baru tahun lepas rasanya saya pindahkan ke www.kuahkari.com.

Simple kan? hehe.. saya suka memerhati orang lain, suka melihat gerak geri, cara cakap, cara perbuatan dan sebagainya. dan dari situ jugalah saya menulis. ada masa nak ketawa, ada masa nak melawak, ada masa cite2 serius. hidup macam tu la kan?

nak kata menulis belog ni sebagai satu sumber pendapatan tu menipulah. sekadar nak kongsi aja sebenarnya. hehe.. x lebih dari itu. dan dalam beberapa hari ni saya dah buka lagi 1 belog photografi saya sendiri. ramai kengkawan yang amik gambar dengan saya tanya, xde web ke? so saya pun dah buat. klik di sini www.senyumpictures.com. Tapi jangan jangka lebih2, masih dalam proses memasukkan gambar. saya pun dalam proses belajar editing, gambar atas tu pun saya penah letak di belog ni. tapi saya cuba2 edit kot lain, mata saya kata lawa, mata kalian x taulah.

k lah.. menunaikan janji nak tulis bagaimana keluarnya kuahkari.com. Sebenarnya saya sangat2 suka kari. mak saya sangat suka masak kari. hehehe.. lawak lawak.. tanyalah cinta saya, saya buleh hirup kuahnya.. saya sangat particular mengenai rempah2, dan saya juga buleh masak berbagai2 jenis kari.. hehehe.. jangan jeles tau. sebab itulah saya gunakan nama nih. hihihihi.... 

k lah, nak siap2 solat jumaat, malam ini saya ke Melaka, insyaAllah lepas balik dari sana saya share gambar2 di belog photography saya keh!

wassalam & take care!

Wednesday, January 25, 2012

Rumah - Ribut - Akak Hero Berbaju Merah - Papa I Lov U & Kami Menangis Bersama


Ahad 22 - 01 - 2012

Rasa malas sungguh nak bangun. Perlahan lahan bangun tengok cinta dulu, sihat ke dak dia arini. Alhamdulillah masih bedengkur, sihat la tu. hehe.. Masuk toilet, basuh muka, gosok gigi, amik wudhuk & solat. Lihat cermin di luar, masih sunyi. Mesti masing2 masih lagi seronok di kampung. Alahai, kalaula kami juga boleh macam tu kan bes. Nak buat macam mana arini cinta keja keja. Kejutkan cinta & solat.
Selesai aja terus capai bakul baju. Turun ke bawah & basuh baju & kemas rumah, cinta dah makin x larat nak buat keje. Jadi encik suami kenala pandai2 bantu mana yang mampu. Untung sungguh cinta dapat suami macam saya. kikikiki... Saya pun segera ubah sofa, almari2 pinggan & apa sahaja yang dah di rancang untuk diubah, saya ubah. selesai dalam jam 2pm.

Kami pun siap2 nak keluar makan. Pegila ke 1 Yati Ayam Percik cawangan Bangi. Masa kami nak masuk tu dah perasan macam nak ujan, so kami duk alik dalam betul2 dekat dengan tempat dia bakar ayam. Makanan sampai agak lewat sedikit, jadi kami senang berborak. elok makanan sampai dengar dentuman kuat di luar, meja terbang di luar, angin sangat kuat, yang duk di luar seme masuk segera ke dalam restoran. Tindakan cepat pekerja restoran menyelamatkan keadaan. Di pasang shelter itu separuh buka, supaya xde lagi tempias ujan dapat masuk. 

Tetiba meja alik dalam jugak terbang! shelter tu x kuat mana, dan muncul akak di sebelah kami berlari kearah pekerja tu dengan menyuruh berkali kali menutup terus shelter restoran sambil akak tu cekak pinggang. bukan Silat  Cekak Malaysia atau Silat Cekak Hanafi.

Seme pekerja ikut cakap akak tu, dan memang betul, xde dah angin dapat masuk. elok elok kami nak makan, akak tu panggil lagi pekerja2 restoran, saya tertanya apa lagi kali ni, nak makan pun mula berdebar2. oh rupanya akak tu mintak tambah nasi. akak memang hero kami. akaklah hero berbaju merah tu. rasanya dia panggil pekerja tu dalam 4-5 kali jugek, disamping tambah nasi, beliau juga tambah lauk dan macam2 lagi makanan. hebat akan tu makan bersama suami & 3 orang anaknya. bahagia bahagia.

Kami pun balikla kerumah. x jadi shopping, ribut kuat membantutkan semangat nak shopping beli barang orang baru. dalam perjalanan balik ke rumah tu bjumpa la macam2 signboard runtuh, jatuh, pokok tumbang, lebih menyayat ati jumpa 1 kete sangkut dalam air, moga2 seme yg ada dalam kete tu selamat insyaAllah.

Sampai aja dirumah, keadaan ribut dah reda. Pasang tv, ah teringat ada cite baru di Astro 1st, Papa I Love U. Ceritanya ringkas, padat dengan mesej & saya ngan cinta sangat sukakannya. Alik2 dah tua ni makin lama makin suka cite kuarga kuarga. Ya betoi, keluarga adalah aset penting semasa idup & mati. Jangan memain. Cinta banyak kali nangis2. Saya tahan ala2 macho supaya cinta x nampak. tapi cinta jeling2 saya rasa cinta nampak tapi dia tau suami dia tahan macho tu. muahahaha...

Malam tu masing2 abiskan masa dengan membaca buku. Tetiba masing2 terlintas dalam pikiran macam mana 1 ari nanti Allah taala tarik nikmat kami berdua dengan hilangkan ibu bapa kami. Sekarang mak abah masih ada, dan kami rasakan kami x cukup menghargai mereka dengan baik. Masing2 sibuk dengan kerja, sibuk dengan kehidupan harian, jauh di sudut hati mak abah mesti rasakan kehilangan kami. Walopon selalu jumpa, selalu call tapi kami anak-anak mereka yang 'jauh'. Dah besor2 panjang nih mesti amik masa untuk bersama mak abah, buatkan mereka minuman, masakkan untuk mereka, bersama ke Umrah & Haji insyaAllah. Moga2 sempat insyaAllah.

Kami menangis bersama. Mengenangkan peristiwa mereka akan hilang juga dalam pandangan 1 ari nanti. Hari itu akan tetap datang, itu janji Allah. Yang hidup pasti Mati. sama ada kita bersedia atau tidak. cukup ke idak jasa kita untuk balas jasa mereka. Ataupun kami yang pergi dulu... takde sapa tau

Kami menangis & memeluk antara 1 sama lain... Syukur saya dapat Cinta memenuhi ruang jiwa & hati saya. Apa sahaja kekurangan saya dia tampung, apa sahaja kekurangan dia saya akan cuba tutup & perbaiki insyaAllah.

Ha sudah, serius bebenor post kali nih. Janji tetap janji nak tulis kan?  hihi.. wassalam!!

Friday, January 20, 2012

Senyumlah

Pada suatu saat, ketika Ali bin Abi Thalib masih kanak-kanak, pernah makan kurma bersama-sama Rasulullah. Setiap kali mereka makan sebuah kurma, biji-biji sisanya mereka sisihkan di tempatnya masing-masing.

Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma. Biji-biji kurma sisa mereka menumpuk lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah. Maka Ali pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.

Ali pun berkata, “Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang menumpuk di tempatmu.” Nabi pun tertawa dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma serta semua biji-bijinya.” 

................................................................

Saya balik kampung ke Mentakab 1 malam, Kebetulan ada job wedding di Jengka 20. InsyaAllah majlis resepsi mereka di Melaka pula minggu hadapan, insyaAllah saya apdet belog ini selepas majlis di Jengka. 

Senyum senyum seme di pagi jumaat nih, jaga diri bebaik, eceh :))

Wassalam!

Wednesday, January 18, 2012

Surat Terbuka Buat Kak Wardina & Suami Serta Anak-Anak

Bukan mudah nak jadi Wardina. Bukan senang nak jadi suami Wardina. Itu yang saya tahu. Bukan se senang kehidupan manusia lain yang Allah taala tentukan. Rezeki, jodoh, ajal maut, ujian, dugaan, halangan serta apa sahaja yang berlaku, jika letak Allah taala di hadapan, pasti ketenangan juga yang kita jumpa.

Saya tersentak apabila membaca fitnah dari manusia yang seagama. Tak sanggup nak meletakkan disini. Tidak tahu apa tujuannya, lebih kepada bersifat mahukan Wardina & Suami marah, bersifat mahukan ada tentangan terhadap apa yang berlaku kepada mereka sekeluarga tempoh hari. Bagi saya itu tindakan jelik & jijik bagi manusia seagama. Lebih jijik & kotor kerana mereka memperlihatkan manusia sebegini yang namanya penuh dengan agama, tapi hati, jiwa serta seluruh roh yang ada sikitpun tidak menampakkan Islam tersebut. Maaf, nada ini mungkin agak marah.

Saya menulis untuk entri ini bagi tujuan menaikkan semangat mereka. tidak lebih dari itu. Moga dijauhkan sifat riak, takbur & sombong insyaAllah. Bagi saya, tak perlu membalas tuba dengan tuba. Jika ada orang baling anda dengan batu. Cuba baling kembali kepada mereka dengan buah. Lihat reaksi mereka selepas itu.

Dari pengalaman Wardina yang saya baca di page beliau. Saya sendiri merasai bagaimana perasaan itu 'dirompak'. Isteri saya sedang sarat, Dan sekarang setiap kali balik rumah, saya akan pastikan semua pintu, tingkap, segala ruang yang membolehkan pencuri masuk itu saya cuba atasi dan pastikan semuanya berkunci. Tidak cukup dengan itu, berkali kali saya cuba pujuk perasaan ini dengan solat & doa supaya kami berdua dan anak dalam kandungan isteri selamat. Saya rasa sangat tidak selamat. 

Lebih tidak selamat apabila berborak dengan jiran jiran rupa-rupanya ada jiran yang pernah kena ikat oleh pencuri, sekeluarga dipukul & diikat hingga pagi, hinggalah ayah mereka menarik tali ditangan hingga retak pergelangan tangan semata-mata untuk melepaskan tali yang diikat dan menyelamatkan keluarga. Mujurlah anak dara mereka tidak ada dirumah, ada di asrama sekolah, jika tidak apa sahaja boleh berlaku. Nauzubillah.

Kami tinggal di perumahan pertengahan, sekadar ada JKKK yang mengawal pada waktu malam. Ramadhan lepas, 3-4 biji rumah berjaya dimasuki pencuri. Lebih menyayat hati, jiran sebelah rumah hampir hampir dimasuki pencuri, tetapi jeritan isteri beliau membuatkan pencuri lari lintang pukang. Inilah rahmat dan petunjuk yang Allah taala sedang tunjukkan. Bila mana manusia sewenang wenang bermain dengan hukum Allah. Hudud mesti dilaksanakan. Faham dahulu & barulah ada penerimaan insyaAllah, jangan tolak mentah mentah.

Pada hari ini, sedang saya berborak dengan Ustaz & rakan lain. Terkeluar dari mulut Ustaz.. 'Sekarang dah susah nak tinggalkan anak isteri untuk berdakwah, sudah rasa tidak selamat'. Yakin itu letaknya di depan. Betul, yakin Allah taala ada & melindungi, tapi usaha kena ada. Saya tersentak seketika. Berfikir. Ada baiknya kita ambil kejadian ini sebagai petunjuk kepada kita semua.

Saya yakin, Penceritaan Wardina dengan pengalaman beliau buat kita semua akan lebih berjaga-jaga. Dalam masa sama kita kembali kepada Allah SWT, jika kita dalam kekalutan, dalam ketakutan, hanya Allah sahaja yang dapat membantu. Begitu juga dengan Wardina dan keluarga, mereka hebat kerana sentiasa ingat Allah, dan ayat-ayat suci itulah yang membantu mereka mempercepatkan pengalaman mereka itu berlalu insyaAllah.

Buat semua pembaca yang budiman. Buat Suami Wardina, Wardina sendiri, ambillah jalan positif. Ambillah jalan terbaik dalam mengatasi & mengawal masalah ini. Kecurian boleh berlaku di mana-mana. Kejadian ragut makin lama makin menjadi jadi. Isunya mudah, mereka tidak punya wang, tidak punya kerjaya, tidak cukup iman, semuanya mengharamkan perkara ini berlaku. Ketidakupayaan hidup di bumi Malaysia yang makin lama makin terbawa bawa dengan kehidupan mewah buat mereka hilang akal untuk mencuri. Hudud mesti dilaksanakan, kehidupan perlu diteruskan, sifat kesederhanaan perlu diutamakan insyaAllah.

Saya yakin setiap manusia ada perasaan, setidak tidaknya ada secebis belas ihsan untuk mereka sekeluarga. Sabarlah. Fitnah dimana-mana, jangan melatah. Bangkitlah untuk beri anak-anak semangat. Tenanglah untuk beri suami kekuatan. Dan untuk suami, kamu juga perlu begitu, dan kamu perlu tunjuk kamu lebih kuat dari isteri & anak anak. Saya yakin kamu mesti jauh lebih kuat!

Saya bukan pakar motivasi, juga bukan pandai nak menulis itu ini. Sekadar untuk memberi kalian semangat. Walau saya jauh nun disini tak ada siapa kenal. Saya hanya cuma nak beri kalian semangat. Tidak lebih dari itu, saya doakan kalian dapat harungi kejadian kecurian & fitnah ini dengan ilmiah, bukan amarah. 

Salam hormat ampun dan maaf dari saya. :))

Pepatah lama untuk kalian dari masa kami belajar dulu

Bila hati di jalan Allah,
Dugaan itu tempat bersinggah,
Keperitan ditelan sebagai juadah,
Kejayaan dianggap mimpi yang indah,
Andai ditakdir ketemu atau tidak,
Hati tetap yakin bersama Allah!!

W. Khairul Hakimin Hj Wan Muhammad
Bandar Baru Bangi

Monday, January 16, 2012

Now Everybody Can Fly




Siap2 seme barang2 malam tu. Tido, esoknye bangun, kejutkan cinta. Solat. 
Siap2 terus pegi sarapan, kekunun nak bersunrise, haha xde maknanya. seme dah lambat. terus ke Seksyen 4, beli nasi lemak & kuih2 makan kat umah siap siap. Saya terus amik beg & masuk kete, bsalam ngan cinta, kenyit mata sikit. hehe.. terus ke LCCT.

Sampai di bulatan masjid KLIA tu terkejut juga, ada sebijik teksi airport kat dalam bulatan tu, ada tengok 2-3 orang pakcik teksi duk ketawa2 tepi jalan tu duk tengok kete tu. macam mana tah boleh ada atas bulatan tu pun saya tak tau. mesti dia main meluru je x perasan ada bulatan tu. tak pun dia kuat berangan. hehe.. taktaulah. saya pun terus meluru ke destinasi, sampai depan Sepang Circuit ahai jem pulak, ade berderet Myvii yang dah di make up make up, saya pun bawak myvii, terjerumus sekali dalam lautan kete tu. Seme berkonvoi ala-ala perarakan masuk ke Sepang Circuit, elok orang tu kasi tunjuk arah ke saya suh masuk situ, eh ape pulak, saya nak ke LCCT. hihihi.. buat bodo je & terus ke lokasi. 

Amik parking yang ok sikit, agak2 dekat ngan ketibaan. senang petang nanti nak balik. hihi.

Alhamdulillah, senang juga bila dah buat web check in ni. just masuk aja ke dalam tanpa berlengah lagi. Duk lepak2 dalam LCCT tu main game dan pesbuk. ada lagi dalam setengah jam. Nampak gaya x berapa ramai nanti. Tekaan saya betul. memang x ramai pun. row saya, saya sorg aje, nak baring rasa melampau pulak kan. duduk jela tepi tingkap amik gambar. 

Menariknya dalam flight tu saya 1 pengalaman. Di barisan belakang saya, ada sepasang suami isteri & seorang anak kecik. mungkin anak sulong. Anaknya berumur kurang 1 tahun, dalam 6 bulan keatas kot. Masa take off kan laju sikit, jadi anaknya terkejut dan menangis. saya dengar mereka cuba pujuk berulang ulang kali. tapi anaknya terus menangis dengan sangat kuat. Saya perhatikan ada orang lain mula tidak senang dengan tangisan kuat anak mereka.

Bila flight tu dah ok, dah terbang tinggi & kedudukan pun dah stabil (wah macam pailot). Ayah anak tersebut bangun, dukung anaknya dan berjalan ulang alik dari depan ke belakang. dipujuk2 & dah goyang2 dalam pangkuannya. anaknya diam. mula dah senyum. orang lain yang mula tidak senang tadi, mula senyum kearah anak tu, dan masing masing malu alah. 

Hehe.. biasalah kita, dalam kehidupan kita seharian, kita sokmo sokmo la nak marah, nak beri pendapat, nak ape2 lah dengan apa yang jadi pada orang lain. Senang senang kita akan kasi komen itu ini. Tapi yang jadi pada tuannya, tuannya sendiri yang tahu. Itu logik akal. tapi tak semua boleh terima logik akal. 

Zaman sekarang seme orang ada degree, sema ada master, phd. dan dalam masa sama mereka juga ada riak takbur yang sehala dalam tujuan mereka. sebab itu susah nak terjun dalam masalah orang lain, asik asik kita aja yang paksa mereka masuk dalam pengalaman kita. salah tu. mana boleh paksa masuk dalam pengalaman orang lain! 

wah macam motivator pulak kan. hehe..poyo tak?

Oh ye, tu stok gambar2 lama tu, gambar semalam x masuk pc lagi. balik umah sambung kije. hihi.. jumpa lagi nanti!! wassalam!


Friday, January 13, 2012

Penasihat

Mula dah perjalanan bagi tahun 2012.  Mencari penasihat yang betul betul boleh nasihat. Idup 30 tahun ni rupa2nya banyak sungguh penipuan. Jadi eloklah berjalan dengan nada baru. :))

Gambar atas tu bukan gambar ori yang saya amik. gambar tu di frame di KLIA. dan saya amik smula atas gamba tu. paham x? haha.. kalo g KLIA nampakla! hihihii... kang orang kata saya curi pulak gambo2nye.. hihihi

Bermula dengan pergi ke Pantai timur, insyaAllah selepas tu di kampung halaman, Pahang. Dan selepas itu ke Melaka. Diantara tu kemungkinan jika cuaca elok saya akan ke Tioman. dan selepas itu ke Johor. InsyaAllah.
Banyak juga perancangan lain, tapi selepas bulan 4 pula. dari pertengahan bulan 3 hingga ke hujung bulan 4, saya akan berada di Bangi sahaja. Selepas itu akan keluar semula. Moga2 dipermudahkan. 

Takmau tulis panjang2, lepas balik dari KB nanti saya tulis kembali insyaAllah. sekadar nak warm up kata orang. haha.. k lah, x sangka walopun follower saya baru 83 orang, tapi hit hari2 cecah ratusan. terima kasih semua! ;))

Wednesday, January 4, 2012

Moga Syurga Milik Kalian

Bangun awal pagi, mandi gilir gilir, dengan abang beza setahun aja. Mak sikatkan rambut, masa tu rambut sikat tepi, muka nerd aja. senyum & exited sangat nak ke sekolah. suka sangat dapat pergi sekolah. mak bedak2kan badan, zip kan suar. masa tu seme mende mak buat. nak kata anak bongsu tu idak. ada lagi 2 adik pempuan. hihi. tersengih sengih x sabar dah. mak selalu kata, SABAR!, minum dulu!

Jalan amik beg, mak suh cek skali lagi betul x semua alatan ada dalam beg. seme siap! mak suruh duduk kat meja makan, minum milo. sorang 1 cukup. minum dengan mug besor, siap letak nestum. mak kata boleh tahan lapar sampai kul 10, kalo lapor la. minum tu dengan roti bakar, mak letak majerin & gula. bakar kasi rangup dalam 5 minit. masyaAllah sedapnye. bekpes terbaik.

amik beg, berjalan kaki ke sekolah. tersengih sengih. darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Mayam, Triang, Pahang. Masa itu cikgu kelas adalah cikgu Zaini. saya masih boleh ingat wajah beliau. Beliau tenang, kuat bergurau, & beliau tahu saya anak cikgu Wan Muhammad, dan rumah kami berjiran, sebab itu saya dapat sedikit spesel treatment dari beliau. hehe.. tak tau dah mana cikgu zaini pegi. dah kawen beranak pinak agaknya. dulu dia bujang lagi.

masuk darjah 2 berpindah sekolah ke Sekolah Kebangsaan Jengka 3, hinggalah darjah 6. Antara cikgu-cikgu yang saya masih ingat ialah Cikgu Idris, Cikgu Othman, Cikgu Razak, Cikgu Wahab, Cikgu Ramlan, Ustazah Rainah, Ustad Tajudin, Cikgu Yasin, Cikgu Rohana, Cikgu Jamilah, Cikgu Zakaria, Cikgu Fazilah, Ustad Baha, haaa sape lagi? ihi.. x ingat dah yg lain, masyaAllah. hehe..  tu seme cikgu2 yang pernah ajar saya dari darjah 2 ke darjah 6. dan yang paling berjasa dalam idup saya mengenal Al-Quran ialah Ustad Tajudin & Isterinya Makcik yah. Dulu ustad besoooor amat, sekarang ni saya lagi besor dari ustad, haha.. 

tup tup sekarang umur saya masuk 3 series, 30 an dah pun. Bila masuk hari pertama sekolah, masing masing wish ke mak bapak, anak2 nak kesekolah. tapi jarang2 nak dengar orang wish ke cikgu cikgi.

ikutkan merekalah yang membawa jalan kita untuk berjaya, Bertungkus lumus siapkan itu ini untuk anak didik mereka.. mereka jugalah yang memberi ilmu awal untuk kita pilih mana yang betul mana yang tidak dalam perjalanan mencari karier sebenarnya. alhamdulillah.

buat semua guru guru, cikgu cikgi, tenaga pengajar, pendidik, pengasuh, apa sahajalah.. moga syurga milik kalian! 

TERIMA KASIH CIKGU

Share It (Jom Kongsi)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...