Jumaat, 30 November 2012

Surat Cinta Buat Dato' Siti Nurhaliza


Petang semalam saya tertinggal telefon di meja. ada kes kecemasan dalam kilang. selesai solat, makan & naik smula ke meja. saya lihat ada miscall & sms dari sahabat saya mengatakan ibu kesayangannya kritikal di hospital serdang. saya bergegas ke sana.

Sampai aja di Hospital, sempat bercakap sekejap dengan abang ipar sahabat saya, sahabat saya call & memaklumkan ibunya sudah meninggal dunia. Tersentak. Saya terus masuk ke dalam ruang red-zone. Kami berpelukan. Saya tak tau nak ucapkan apa. Hanya berpeluk & menahan sebak.

Saya keluar, menangis di luar. dan kembali masuk semula bersama isteri. & berborak seketika & kembali keluar. Isteri sambung kerja & saya mencari tempat duduk sementara menunggu Arwah ibu sahabat saya diuruskan oleh pihak hospital.

Saya melilau di bahagian hospital. Duduk sekejap selepas 'order' wafer. lama juga kerana org yang beraturnya ramai. lagi ramai yang memotong barisan.

'Kesian siti ni, dia baik.. dia xde buat perangai, tapi dia masih tak bertudung'

saya amati perbualan ibu dan anak di tempat duduk yang disediakan oleh pihak hospital. umur anaknya dalam sekolah rendah mungkin. elok aja bertudung kemas. baju berlengan panjang. saya memasang telinga. sambil memegang surat khabar yang ada gambar siti.

dia jahat ke mama? x pakai tudung tu jahat? tanya anaknya

'tak jahat, tapi belum cukup sempurna Islam nya. Kita org perempuan ni wajib menutup aurat. dah ramai dapat petunjuk, irma, raja farah, haa yang dalam destinasi cinta tu, ana rafali, ramai lagi, semuanya dapat petunjuk dari Allah. Siti ni belum lagi, sian kan?' jawab mama nya

petunjuk tu apa? kenapa pakai tudung perlu petunjuk. kita dapat petunjuk macam mana mama? anak dia menanya soalan cepu mas, kalo saya mampos x leh jawab

petunjuk tu macam ni, kita berjalan bawak kereta, dan kita tak tau jalan. tiba tiba abah keluarkan GPS dia dari poket dia, dan GPS tu memberi arah kepada kat mana kita nak pergi. petunjuk tu macam GPS tu la. Kita ni bukan x perlu petunjuk untuk bertudung, kita ni kan ada mama, mama kan bertudung. jadi mama ajakla (nama anak dia, saya x perasan) untuk bertudung. menutup aurat tu dapat pahala. x nak pahala? tapi bab pakai tudung tu sepatutnya x perlu petunjuk, sebab arahan itu dari Allah! Allah tu tuhan kita yang satu, wajib patuh! jawab mama dia. peh!

pahala tu kan nak masuk syurga. abis siti x pakai tudung dapat dosa kan mama? abis dia ahli neraka ke? tanya anaknya lagi.

erm...(mama dia ambil masa berfikir) macam ni, dosa pahala ni memang kita kena tau apa dia. bila kita buat dosa, dan kita bertaubat, kita akan kembali ada pahala. dan pahala itu akan bawa kita ke syurga. kita juga buat dosa dengan menghina orang yang tak menutup aurat ni. kita nak dapat pahala, kena berdoa supaya orang2 ni menutup aurat macam kita. ok? doala untuk siti tu. kan suka sangat ke siti. mamanya menggeletek pinggang anaknya dan memandang saya. alamak. saya terus pandang kot lain. kikiki bizi bodi! haha

abang! wafer siap! jerit adik yang jual wafer tu.

saya terus bangun ambil wafer saya. tgk hp dah nak abis bateri. saya masuk keta & charge menggunakan laptop dalam keta. dalam 1/2 jam, saya kembali keluar & menuju ke sahabat saya. 

Arwah ibunya dikebumikan di Negeri Sembilan. Moga ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh. tabah wahai sahabat!

wassalam.

Khairul | Harap harap Dato' Siti baca entri ini. wassalam.


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)