Isnin, 2 Julai 2012

Erti Hidup Pada Memberi : 15 tahun Saifulislam.com Bahagian Ke-2 (Akhir)





Terfikir juga saya, acap kali saya mendengar Kuliah Ust. Hasrizal, bagaimana beliau boleh berfikir di luar kotak sebegitu hebat. Allah taala Maha mendengar, saya diberi tempat duduk 'selesa' dihadapan beliau semasa mendegar forum berlangsung. Walaupun ahli panel lain sedang rancak menyampaikan buah pendapat yang hebat2, mata saya tetap memandang Ustaz. Ada beberapa gambar yang saya ambil dengan memperlihatkan Ustaz ni rupa2nya tak pernah berhenti berfikir. Lebih2 lagi apabila dia seolah2 mendengar perkara baru (mungkin) di telinganya. Saya lihat Ustaz memikir dengan memandang tepat ke 1-1 arah, fokus, dengan cukup perhatian. hebat.

Saya bergegas meninggalkan dewan dalam jam 12.30 tengah hari, berhenti sekejap di booth buku di hadapan dewan, dan inilah kali pertama saya bersalam dengan Saudara Hilal Asyraf. Orangnya ramah & penuh dengan senyuman. Saya hanya ambil gambar beliau secara candid. Seperti biasa, saya tidak suka bergambar. hehe..

Kerja di Kajang habis jam 4pm, saya bawa kereta menuju ke rumah, sugul jugalah. Ingatkan habis awal. Balik tu isteri saya suruh saya makan, saya makan bertambah2. haha stress kot tak dapat masuk sesi petang tu. Elok aja makan, tengok anak saya nyenyak tido. saya tumpang sekatil. kikiki. Puas isteri saya kejut saya suh bangun asar, akhirnya saya terbangun kul 5.40pm, haih, umah sebelah surau aja, azan pun tak dengar! tula bahaya tido lepas makan, jangan duk amal tau! huhu

Malamnya saya bersiap ke Masjid Al-Azhar Kuis. Saya dah cerita sikit pasal saya di Masjid tu, ni saya nak cerita isi2 penting yang dibincangkan dalam Masjid waktu forum itu bersidang. Bagi pusingan pertama, Ustaz Hasrizal memulakan langkah terbaik beliau, saya terpana mendengar hujah hujah padat yang saya sendiri tak terfikir. Dah jadi kebiasaan kita membaca, dan biasanya isi penting dalam forum akan kita dapat agak, tapi tidak dengan Ustaz, hujah beliau mesti di luar kotak pemikiran saya. 

Kelebihan Diri

Konsep melihat diri sendiri hebat itu saya sangat suka. Ustaz meminta kita semua melihat diri sendiri sama ada kita hebat atau tidak itu dengan konteks yang tepat. Jangan sebarangan. Melihat juga dengan memandang sisi-sisi terbaik kita sebagai Khalifah Allah SWT. Kita semua mempunyai dimensi2 berbeza & yang lebih hebat lagi kita semua mempunyai kepandaian berbeza. Betul! saya setuju amat!

Saudara Hilal Ayraf pula menyambung dengan kelebihan2 media dizaman sekarang, menggunakan perumpamaan pisau itu adalah bahaya, jika digunakan dengan betul akan bawa manfaat membuka minda saya seluas2nya. Macam tula nak guna pesbuk kan? kalo salah guna, jadila bahaya ;)

Ustazah Suriani pula terus menerus menyambung apa yang dibincangkan oleh Saudara Hilal Asyraf, menceritakan keburukan pesbuk jika kita meletakkannya sebagai alat & penggunaan yang tidak elok. Kerisauan wanita ini jelas bila menceritakan perihal anak2 nya membesar dengan kemajuan tanpa henti teknologi sekarang. Saya yakin, Ustazah seorang ibu yang hebat. Saya masih ingat Ustazah berkata 'kita sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis di pesbuk' hui.. ada rasa apa2 tak? debor juga kan  ;)

Realism & Burning Desire

Realism yang dimaksudkan disini ialah 1 aliran dalam seni yang menghendaki media mencerminkan seserupa mungkin dengan alam sebenar. Haa paham x? Ustaz menceritakan kisah2 penceritaan 2 filem hebat di Indonesia iaitu Ayat-Ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih dari luahan pemikiran & imaginasi Habiburrahman El-Shirazy.

Ada lagi beberapa filem Indonesia yang boleh diselitkan disini, iaitu Perempuan Berkalong Sorban & juga karya Buya Hamka iaitu Di Bawah Lindungan Kaabah. Semua filem2 ini adalah filem2 wajib tonton untuk kita semua bukan sahaja berfikir untuk menghasilkan koleksi dakwah begini tapi untuk menerapkan &implementasikan nilai2 dakwah dalam media sekarang & akan datang.

Hilal Asyraf meneruskan sesi bicara dengan pengisian Burning Desire, kemas betul garapan beliau. Dengan mudah, beliau bercakap mengenai kita yang patut berjalan dengan akhlak yang baik. Berjalan itu bukan bererti berjalan. Tapi bermaksud keseluruhannya menyeru supaya kita semua sentiasa dengan akhlak yang baik dalam menjadikan media kita terus membawa dimensi dakwah2 yang sepatutnya. Manakala Ustazah Suraini meneruskan dengan menyeru semua untuk rajin membaca dan memulakan dengan bacaan buku2 nipis bagi menyerap tenaga awal untuk membantu menjadikn budaya membaca lebih bersemangat!

Do You Feel Good About Yourself?

Saya seorang yang hidup dengan kawan & keluarga. Tak boleh tak ada mereka semua disisi saya. Acap kali saya berfikir, adakah saya seorang yang ikut kawan? atau saya seorang yang pegang kawan2? (sedang menghela nafas panjang). Saya fikir betullah. & saya nak sangat2 berubah supaya saya berdamping dengan kawan2 yang boleh jadi kawan, pernah jadi suatu ketika dulu, sehingga saya menjadi penipu untuk mendapat perhatian2 mereka. MasyaAllah, banyaknya dosa saya. Saya fikir (masih tidak percaya) saya hanya dikawankan sekadar untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Bukan untuk berkawan yang berfikir saya adalah kawannya. Saya bukan sekadar impikan seorang kawan, tetapi sebagai penunjuk jalan untuk sama2 ke syurga Allah SWT.

2 bulan lepas, saya menyusuri lorong kecil untuk ke dewan, di tangan kiri dan kanan penuh dengan fail dan kertas, manakala di bahu saya memegang 2 beg. Sampai diantara 1 lorong antara beberapa bilik, kertas2 saya terjatuh & semua fail2 juga bersepah jatuh. Saya geram betul! Saya pun letak beg & kutip semua dengan laju, apalah nasib aritu. hangin juga. Sedang saya mengutip 1-1, saya terdengar perbualan 2 orang lelaki & nama 'kerol' disebut beberapa kali dengan nada sinis & negatif, dan kemudiannya disusuli dengan gelak ketawa. Saya terdiam seketika. Jangan negatif, positif khairul, positif! (waktu itu). Saya terus tak nak dengar & capai baki2 kertas & menuju ke dewan. Lama saya berfikir & termenung. & akhirnya saya membenarkan anasir2 jahat menular dalam kepala. Dan hingga sekarang, saya tak boleh terima.

Peristiwa ini betul2 menghantui hidup saya.

Mendengar Ustaz bercakap pada malam tersebut, saya tak boleh tidur. Ustaz kata 'kita adalah apa yang kita percaya'. Betul. Bila Ustaz mencerahkan lagi ucapan Ustaz dengan bercerita dengan kisah helang & ayam lagilah buat saya tak keruan. Ustaz menerangkan lagi dengan Surah Azzariyat ayat 56 & Surah Al-Baqarah ayat 30. Saya memaksa diri saya buat apa yang saya tak suka & saya teruskan buat, saya yakin rezeki adalah hak mutlak Allah SWT. Saya pujuk diri saya setiap hujung minggu untuk saya buat apa yang saya suka buat. Dan terisi jugalah pujukan tu ;)

Saya sangat sukakan fotografi & dunia masakan, tapi bukan semudah cakap 'saya suka'. Kebanyakan hobi saya ini saya perolehi dengan kawan. Dan kebanyakannya juga penuh dengan kebetulan. Pada awalnya tak ada masalah. Akhir2 ini mula wujud sifat bersaing & mula ada perasaan dengki. Saya mohon sangat2 saya dijauhkan dengan perasaan itu walaupun saya akui ada kalanya memang wujud perasaan tu dalam diri saya. Tak tau kenapa. mungkin dekat2 busuk. jauh2 baru wangi. Banyak peristiwa yang buatkan saya berjaga-jaga dan berhati hati.

Hilal Asyraf berjaya memujuk hati saya dengan 4 elemen yang media perlu ada, beliau perolehi dari mencontohi Sirah Nabi Sallalahu alaihi wassalam;

1. Syariah Compliance
2. Realistik
3. Dakwah
4. Tarbiyah

seme paham kan? hehe..

akhirnya, Ustazah Suriani menutup dengan kita semua perlu membincangkan kekuatan2 yang ada pada setiap diri kita, cukup2 untuk melihat kelemahan itu ini, eloklah kita memandang kehadapan untuk terus melakukan kebaikan dalam dakwah media kita sekarang & akan datang!

Saya tak puas! nak lagi! moga2 team Ustaz & STC akan meneruskan lagi sesi bincang sebegini di masa akan datang ;)

Sekiranya saya ada menulis yang tidak kena dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz, Saudara Hilal & Ustazah, mohon diajukan kepada saya segera keh +60129467994 atau emel ke wkhaihwm@gmail.com. riso pulak ada salah paham :)

Akhirnya, selepas aja Forum, Saudara Zhafran Zainuldin mengajak saya bergambar. hehe segan amat! kikiki.. jazakallah tuan! hehe.. cepat2 beli kamera, jom outing sesama nanti insyaAllah.

InsyaAllah minggu ini saya akan bersama dengan team Fotoskool untuk menawan 3 pulau sekaligus. akan turun ke KB dulu. Baru ke jeti kuala besut untuk ke Pulau Perhentian - Redang & Lang Tengah. Sama2 doakan semuanya dipermudahkan & semuanya berjalan dengan lancar,insyaAllah. ;)

Wassalam & Jumpa lagi.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)