Melihat dalam pesbuk Ustaz baru2 ni berkenaan dengan buku ini semasa ianya dilancarkan di Kerdau, Pahang, hati saya sudah x keruan, mana nak cari buku nih. Cukup cantik dengan tajuk. Senyumlah. Hari hari saya pastikan saya tidak terlepas pandang bagaimana nak dapatkan buku ini, akhirnya saya jumpa & saya beli melalui online, petang semalam saya balik kerumah & buku ini telah pun sampai. Buku ini ditulis atas luahan ilmu Ustaz di pesbuk beliau, dan kemudiannya di bukukan. ;)
Mengadap juga tanpa sikit pun terlepas mana mana part. Memang macam makan ais krim, mesti nak habis kan kan? kalo idak aiskrim cair & meleleh. Tapi idakla membaca dengan laju2. hehe..
Hadiah dari Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Barangkali inilah hadiah dari Ustaz untuk semua. Bukan semudah itu untuk Ustaz meluahkan segalanya ke dalam Senyumlah. Penulisan ini barangkali mengambil masa untuk kita semua 'merasa' apa yang Ustaz tulis. Antara part yang menyentuh hati saya ialah Senyum dalam beberapa patah kata, ms 212. Betul2 membuka mata, minda, hati, jiwa & seluruh urat saraf dalam pemikiran saya untuk jadi lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah!
Juga saya tersentak di halaman 125. Marah Kepada Sahabat. Banyak lagi yang saya nak kongsi dalam buku ini, insyaAllah akan saya kongsi lagi nanti. Sudah habis 1 round membaca. Akan saya baca round ke-2, moga2 round ke-2 dan seterusnya terus membuka minda, hati, jiwa saya untuk mendalami dengan lebih baik penyampaian Ustaz yang sangat bersahaja.
Saya amat amat yakin, penulisan Ustaz sangat mudah difahami, menusuk dalam jiwa bagi sesiapa yang ada hati untuk meluahkan kepada senyum. Jika anda senyum di akhirnya, maknanya Senyumlah membawa dimensi bahagia dalam hidup anda insyaAllah. wah, macam Ustaz pulak saya ni. almaklum ari khamis, esok kan jumaat, jadi mood ustad ustad la. kikikiki (ok ok kembali serius). Kengkawan, dapatkan buku ni, buku ni wajib milik!!
Jazakallah Ustaz. Moga terus bawa manfaat. ;)
'Buku kecil ini diberi judul Senyumlah, kerana apabila merenungi hadis Rasulullah sallallahu alaihi wassalam yang menyatakan senyum itu adalah sedekah, maka ianya sangat berharga bagi menumbuhkan rasa riang, ceria, dan gembira bukan sahaja kepada penerima senyuman bahkan diri yang memberi senyuman' - Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
untuk dapatkan buku wajib milik ini secara online, sila hubungi 019-231 3658 (Vi Venture) atau email ke viventure2012@gmail.com
saya pun beli melalui vi venture RM 17 + courier semenanjung rm5. Total RM22 aja ;)
saya pun beli melalui vi venture RM 17 + courier semenanjung rm5. Total RM22 aja ;)
.........................................................
malam ini berangkat ke KB insyaAllah, esok berkumpul di jeti kuala besut. doakan moga perjalanan saya & rakan2 foto lain diberkati dalam mendidik jiwa menggunakan kamera mengagumi ciptaan Allah SWT.
Wassalam.
Khairul
Kuahkari.com | Memasak rencah untuk memanis kehidupan
12 comments:
buku yg amat menarik
take care - hopefully - uols dan kawan2 selamat dalam perjalanan - pergi dan balik ye :D
insyaAllah! ;)
Sedekah yang paling mudah dan murah kos nye "Senyum"
Semoga selamat pergi & selamat kembali :)
bagus nyer buku ini, pasti isinya menarik.. take care n hati2 diperjalanan yek!
kak acu: insyaAllah, jazakallah ;)
KA: InsyaAllah, Jazakallah ;)
menarik & tertarik
take care, moga 'jumpa' apa yg dicari
KC nak cari la buku tu. Tke care, friend. Jaga diri.
kak sudip! ;) insyaAllah
KC: beli online aje, hehe ;)
Assalamualaikum :)
Nak cari juga buku ni...Terima kasih info..
Kak Ros!: wokeh ;)
Post a Comment