Sabtu, 28 Julai 2012

28 Julai: Iktibar Dalam Perjalanan Panjang

Foto Oleh: Ws Adli

Ramai sudah tahu mengenai keluarga saya, saya tak perlu lagi nak cerita panjang. Bagaimana mereka bertemu, masuk Islam, berkahwin dengan abah, dapat anak, dapat menantu dan cucu cucu. Semuanya pernah saya tulis dulu. 

28hb Julai 1969 Mak dan abah saya disatukan. Tarikh ini kami semua adik beradik duk ingat, biasalah tarikh aniversari. Saya pun duk ingat tarikh saya bernikah, 17hb Nov 2006, wah nak masuk 6 tahun dah kan? Mak dan abah tahun ke 43. Lama tu, bukan kejap kejap. Banyak pengalaman, pengajaran, iktibar dan macam2 lagi yang kalau boleh nak kita dengar untuk di kongsi.

Mak saya yang bertudung tu, abah saya yang mendukung cucu (riyadh, anak abang saya), manakala yang memakai cermin mata hitam adalah nenek saya. beliau ada masalah mata waktu itu. Gambar ini diambil di rumah nenek saya di Cha'ah, Segamat, Johor.

Perjalanan Panjang

Mak abah sudah berumur, anak anak juga sudah ada anak. Semua sudah mempunyai kehidupan masing masing, perjalanan panjang ibu saya, abah saya, makcik pakcik saya, sepupu sepupu biarlah dijadikan iktibar dalam meneruskan hidup akan datang. Bukan semudah nak melalui perjalanan 43 tahun sebagai anak yang bukan melayu, masuk dalam keluarga melayu. Itu perjalanan sukar yang perlu ditempuh sorang sorang bagi wanita yang menjadi ibu saya juga 6 lagi adk beradik yang lain.

Ironinya, perjalanan ini kadangkala di gembar gemburkan supaya menjadi lebih terisi, lebih dramatik dan sebagainya. Bagi saya, memang ada betulnya, cuma sejauh mana kita nak ambil perjalanan tersebut untuk menjadikan kita lebih baik, saya positif menghala ke hadapan walau sesusah mana perjalanan itu harus ditempuh. Kena tempuh. Nak tempuh dengan senyum atau wajah sugul, itu kita yang tentukan, bukan mereka. 

Ramadhan dan 26hb Ramadhan 1373H

Saya pasti, ramai tidak sedar yang ibu saya dilahirkan pada bulan Ramadhan, pada 26hb Ramadhan 1373H. Selepas 15 tahun, hidayah dicampakkan dalam hati beliau dan masuk Islam, kemudiannya berkahwin dengan abah. Lepas itu bla bla bla, bla bla bla (sudah cerita sebelum ini) << klik sini untuk baca| hingga sekarang mempunyai 8 orang cucu. Alhamdulillah.

Saya ingat tarikh ini. Allah taala maha berkuasa mencampakkan hidayah kepada sesiapapun. Macam2 saya dengar dalam perjalanan mak, dihina, orang tak suka, orang fitnah, orang duk macam macam, paling perit bila duk kata 'bila jumpa ular atau india dulu, bunuh india dulu'

Sabar dalam ujian insyaAllah.

Hari ini kita rasa kita baik, kita dianiaya, mana tahu Allah taala ada aturkan perkara lain pula? Semuanya mutlak kuasa DIA. Eloklah sama sama kita muhasabah diri dalam perjalanan panjang mak abah ni, jangan dipusing pusing pula kearah lain. 

Carilah syurga.

Iktibar & Pengajaran

Ambillah iktibar dan pengajaran dalam perjalanan mereka, bukan tak habis habis menyebut perkara2 buruk yang pernah berlaku. Ambillah dengan positif, yang jadi dah jadi pun, nak ubah apa lagi? Tak boleh ubah, masakan beras yang dah dimasak menjadi nasi, nak diubah kembali menjadi beras?

Saya pernah tulis sebelum ini bab berfikir dalam perspektif berbeza. semua orang ada hujah, semua orang ada hak nak dengar atau nak baca, semua orang juga ada hak nak tulis dan nak cakap apa saja. Semua ada. Tapi beringatlah, depan Allah taala nanti hak hak kalian itu akan ditarik & akan ditonjolkan di hadapan Allah taala sejauh benarnya hak kalian tersebut.

Tak perlu nak menang apa-apa, kalah pun tak apa. Biarlah kalah dimata sesiapa pun, janji kita masih di jalan Allah SWT. Allah taala tak melihat menangnya kalian, tapi melihat usaha kalian.

Selamat Ulang Tahun perkahwinan mak abah yang ke-43, apa saja yang berlaku, insyaAllah saya akan ambil sebagai pengajaran untuk perjalanan saya pula. Moga hidup dan mati kalian bersama dalam jalan Allah insyaAllah 

Carilah syurga. dengan itu akan dapat jawapannya dalam setiap apa yang berlaku. Sabarlah. Disebelah 1 pihak mereka kata mereka betul. Di sebelah pihak lain juga kata mereka betul. Baguslah tu, semua betul! hehe, takde yang salah, jadi bagus lah kan? hehe.. sudahlah. 43 tahun dah pun mak masuk Islam, sudah sudahlah!!
 
Wassalam.

Khairul
kuahkari.com | hidup dengan ibu yang di gelar muallaf adalah anugerah paling indah.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)