Sabtu, 10 Mac 2012

Bersahabat | Contoh Terbaik Untuk Saya



Pada hujung feb 2012 sedang saya menunggu makanan yang dipesan, saya dikejutkan dengan panggilan telefon. Waktu itu dalam lepas isyak mungkin. Saya angkat & tidak berapa dengar, saya cuba tanya beberapa kali dengan kuat, hujan lebat & atap zink restoran tersebut menyebabkan saya tidak dengar sangat. 

'Saya nak cakap dengan cikgu wan' saya tersentak. Ini mesti kawan abah.

'Saya terus kata, 'pakcik, saya anaknya, pakcik ambil nombor ini k, saya terus beri nombor abah pada pakcik tersebut.

Selang beberapa hari, saya telefon abah, abah berkali-kali mengingatkan saya untuk pergi ke kenduri rakan baiknya ni. Cikgu Salleh @ Cikgu Zainuldin, abah panggilnya cikgu salleh. Cikgu ni ayah kepada Ustaz Zamri TV9. Pada awalnya saya keberatan nak bawa abah, isteri saya sedang sarat. Saya fikir saya x mampu nak bawa abah. Tapi setelah fikir panjang, saya rasa, abah perlu jumpa rakan baiknya, saya tawakkal kepada Allah, jika saya bantu abah, pasti Allah taala bantu saya. Alhamdulillah, isteri saya masih belum bersalin hari tersebut. hihi..

Pada 4hb Mac, kami berpakat untuk jumpa di Genting Sempah, abah drive sorang ke situ & saya dari Bandar Baru Bangi. Abah masih larat drive. Kami jumpa disitu dalam jam 9am. Dan abah kata abah agak lapar, saya beri cadangan untuk teruskan perjalanan (rasa sesal amat kenapala saya x berhenti aja untuk makan sekejap). & kami berdua menyusuri jalan Gombak-Bt Caves - Sungai Buloh - Kuala Selangor - Tanjong Karang. Alhamdulillah sampai dalam jam 10.30. Awal juga. Berhenti sekejap di Petronas Tanjong Karang & saya belikan abah roti & minuman panas. Abah makan perlahan lahan. Masih rasa sesal hingga sekarang kenapala saya x berhenti bersarapan!

Siap aja abah makan roti, abah terus call cikgu syam, cikgu syam memaklumkan abah yang dia baru sahaja sampai di bentong. Abah kata xpe, saya tunggu. saya senyum aja. Tertanya saya, persahabatan apakah ini? Masing2 sudah berkeluarga, dan dah pun bercucu. Mereka masih rapat?

Sampai di Dewan Dato Hormat, kami tak keluar dari kereta, abah menjengok2 dari dalam kereta & nampak Cikgu Salleh, abah kata 'salleh ni kalau x jadi cikgu, mesti jadi chef, pandai masak!' Abah mula bercerita,

Persahabatan mereka terbina pada 1968. Masing2 ditugaskan untuk jadi cikgu di sekolah tamil. Dan mereka dalam division yang berbeza. Pada setiap khamis hingga sabtu atau ahad, mereka akan berkumpul di rumah abah. Tido sekali, makan sekali, naik vespa untuk tengok wayang sekali. Dan akhirnya membantu abah membawa mak masuk Islam sekali. Inilah hakikat mereka bersahabat. Selepas itu hampir 30 tahun mereka tidak berjumpa. Alih2 mereka berjumpa semula dalam beberapa tahun lepas.

Hebat sungguh mereka bersahabat. Contoh terbaik untuk saya. Panjang lagi nak cerita. Tapi saya rasa elok abah sendiri yang cerita. InsyaAllah akan ada edisi penulis jemputan dari Cikgu Wan Muhammad (abah saya). Biar abah cerita sendiri & saya pasti ramai akan suka cerita ini. 

Masa nak balik dari kenduri anak cikgu salleh, sempat cikgu salleh pegang saya dan kata,

'anak, terima kasih bawak abah kamu jumpa pakcik, terima kasih layan abah kamu, terima kasih banyak-banyak, jika kamu tak layan abah kamu, pakcik tak tau bila lagi pakcik dapat jumpa abah kamu' hingga sekarang saya masih duk ingat.

Terima kasih pakcik. InsyaAllah selagi idup, mak abah saya adalah tanggungjawab saya. 


Sabda Rasulullah saw:
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.'
(HR Muslim)





Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (3) 10negara (1) 2 Nurul (37) 30 resipi terbaik abuain (2) Abuain (115) abuainkitchenstudio (143) acheh (1) adunan (1) adventure (6) agom (2) alleppey (1) alumni (1) appertizer (1) art class (1) azreen yusof (3) babah ailebiu! (3) backpack 2.0 (12) BackPacker (42) bakar (3) banda aceh (3) belajar berniaga (1) bengkel blog (6) bengkel ebook (5) biskut raya (20) Blogger (10) breakfast (6) buah (1) bubur (1) Buku (23) buku resipi (6) cabaran (2) cabaran34hari (1) cabaran70hari (31) cafe (1) cake (1) catatan kehidupan (2) ceritarasa (15) chefadu (25) chefizyan (31) chiang mai (3) china (1) choc bars (3) chocolate (4) coaching (1) cochin (1) coklat (5) compote (1) corat coret (1) cupcakes (1) cuti sekolah (3) daging bakar (2) demo (1) desserts (101) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (6) doh roti (14) Drama dan Filem (3) dubook (1) ebook (14) ebook anak-anak (3) ebook kehidupan (3) ebook resipi (4) ebook tips (5) ebooktravel (11) emak rindu erissery (4) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) grill (1) houseboat (1) ibubapa (2) idola (1) ikan sungai (5) ikandilaut (20) ikon (1) Ilmu (3) india (21) indonesia (3) info rempah (1) inktober (1) izyanhani.com (3) jadual kelas (28) jalan-jalan (2) jalan-jalan keluarga (2) junior masterchef (7) kambing (3) kamera (1) kanak-kanak (6) kaum hawa (1) kawan (2) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) keju (2) kek (38) kek cawan (4) kek keju (2) kek kukus (1) kelas (20) kelas anak-anak (9) kelas melukis (5) kelas nasi beriyani (3) kelas online (5) kelasmemasak (36) keluarga (21) kerepek (1) keropok (1) ketam (1) khasiat (1) kids art & workshop (2) kmms (1) kochi (2) koko (1) Kompius (13) korban (2) korean bapsang (4) kuih raya (2) kukus (1) kurma (2) kurma balls (1) letsmasak (1) liputan media (2) lunch (4) maha2014 (1) majalah (5) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (20) Makanan (11) mari mengaji (1) masakan (1) masakan anak-anak (1) Masakan Arab (5) masakan barat (11) masakan ikan (10) masakan india (24) masakan indonesia (2) masakan jepun (1) masakan kampung (47) masakan korea (4) masakan mee (2) masakan melayu (10) masakan thai (10) masakmasakblogger (5) masterchefmalaysia (9) mee (2) memanis kehidupan (24) memori (2) memori masakan ibu (2) mentakab (2) menulis (4) merdeka (1) MH17 (1) MH370 (1) minuman (2) momandkids (9) motivasi (1) msu (1) munnar (1) musafir (12) muslimbackpacker (12) nasi (6) nasi goreng (2) nasi kukus abuain (2) news (1) nubook (1) Nurul'Ain (3) pahang (1) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) parota (1) pasta (1) pbakl (1) pemanis mulut (2) pemasaran (1) pencuci mulut (108) penerbit (14) pengalaman (7) pengat (1) penulis (33) penulis jemputan (7) penulisan (2) penulisbuku (30) perfume (2) Perkahwinan (6) pestabuku (1) photography (1) pie (2) produk abuain (2) projek100ebook (7) pru13 (1) puisi (3) pulut (1) ramadan (8) RAYA 2015 (2) raya2014 (1) rempah (2) rempah ratus (1) resepi (26) resepi ayam (17) resepi brownies (32) Resepi Jem (1) resepi kari (6) resepi kek (37) resepi kerabu (4) resepi pai (5) resepi pizza (7) resepi puding (7) resepi sayur (17) resipi berbuka (2) resipi biskut (23) resipi daging (21) resipi emak (3) resipi ikan (15) resipi kek (34) resipi kuih melayu (26) resipi minum petang (18) resipi minuman (1) resipi roti (17) resipi sihat (3) resipi sos (3) resipi sup (3) resipi tanpa bakar (3) resipi tart (1) resipi telur (4) resipi western (5) reviewkelas (5) ringkas (2) Sahabat (46) salad (2) salwa (1) sambal (7) sandwich (1) santanwangi (3) sarapan (10) Saya (95) sayangi anak (3) sayuran (16) seafood (8) sejuk beku (1) sembang produk (42) sembang travel (8) Seminar (2) senangnya memasak (3) SenyumPictures.com (12) sirah nabi (2) sotong dan udang (4) story (1) subway (1) Surat (4) talk (2) tart (1) teaser (1) tepung premix (3) thailand (16) tips berniaga (1) tips ramadan (6) tips sales online (1) tipsmengembara (2) tipstravel (9) tom yam (3) tradisi (6) travel (5) travelog (17) Travelog Kochi (8) trivia2014 (1) tsunami (2) universitylife (1) untuk wanita sahaja (1) ustaz (1) v (1) vege (1) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (5) workshop (1) wrap (1) yang pergi (2)