Huh, rasanya esok saya x menulis dah. almaklum ari cuti. nak settle macam2 hal bila cuti ni. hihi kalah orang anak 10. kui kui kui.. antara perkara yang saya masih ingat & saya susah nak lupa pada 2011 ini ialah:
1. Januari 2011 - 1st time - Jadi sepenuh masa kameraman (official) untuk event 3 hari 2 malam syarikat di Swiss Inn Garden, Kuantan
2. March 2011 - 1st time juga jaga visual & video bagi event syarikat di Thailand selama 3 hari 2 malam
3. Hujung March - Awal April 2011 - Saya & Cinta sama2 menunaikan Umrah bersama kali pertama. Moment paling indah dalam hidup.
4. Kali pertama saya melihat Kaabah & Masjidil Haram & Kota Mekah. Kali pertama mengunjungi Rasulullah SAW. Cinta saya jadi tour guide, dia dah g 5-6 kali dah :)
5. Masih cerita Umrah - Melihat keagungan kuasa Allah SWT apabila sentiasa dikelilingi kanak-kanak terutama pada setiap kali tawaf. dan pada setiap kali itulah air mata x henti henti mengalir. hingga sekarang masih ternampak nampak wajah kecil mereka yang selalu senyum memintasi kami tawaf.
6. April 2011- Semasa kami menunaikan Umrah, keluarga sebelah pihak lelaki datang melihat kakak.
7. Mei 2011 - Kakak saya bertunang.
8. Julai 2011 - 1st time saya belajar structure pembelajaran dari orang Jepun secara direct. Siap ada translator. saya asik senyum aja time tu teringat cite doremon. jahat.
9. Julai 2011 - Saya buat keputusan untuk serius dalam bidang Fotografi. Cinta & Keluarga setuju.
10. Julai 2011 - Latihan akta Kerja 1955 betul betul membuka mata saya bahawa saya BUKAN manusia yang perlu duduk dalam dunia korporat.
11. 1 Ogos 2011 / 1 Ramadhan 1433H- Saya & Cinta terima berita yang amat mengembirakan kami berdua serta keluarga.
12. September 2011 - Kali pertama saya balik sorang Raya ke rumah mak abah saya. Cinta x boleh ikut masa tu.
13. September 2011 - Saya rasa sangat kecewa setiap kali sesi temuduga dilakukan, kami langsung tidak dapat membawa mana-mana orang baru masuk ke kilang. Ujian sungguh waktu ini.
14. 3hb Oktober 2011 - Saya sudah masuh 3 series. 30 tahun sudah :)
15. Hujung Oktober 2011 - Latihan Prosedur & Pengendalian Disiplin Pekerja membuka mata saya tentang FACT VS OPINION.
16. November 2011 - Kawan saya kawin di Terengganu. Travel & Abah saya betul betul membuat saya fikir hidup ini adalah 1 perjalanan panjang, jika kita siasiakan, pastinya perjalanan itu dirasakan pendek & tidak HIDUP.
17. Disember 2011 - Kakak Saya kahwin. Moment indah mak & abah saya. dan tentunya seluruh ahli keluarga kami. :))
18. Disember 2011 - Masih cerita kakak saya kawen, kali pertama saya dipaksa memakai baju berwarna merah hati. selepas saya pakai tu, sekarang suka pulak baju tu. hihihi
19. Disember 2011 - Resepsi Kakak di Kedah, kali pertama saya berjalan menyusuri bendang sape2 tah. hihihi...
20. Disember 2011 - Kereta Persona Cinta terpaksa dijual
21. 30hb Disember 2011 - Saya pakai baju baru yang dibeli cinta tempoh ari, cinta kata saya nampak lebih kemas & kurus.. hihihihi :))
Update pada 2:23pm, Jumaat 30/12/2011>>
Saya memohon ampun maaf sekiranya dalam tempoh saya hidup di muka bumi Allah taala ni saya ada membuat orang sakit hati dengan apa jua yg pernah keluar dari mulut saya, serta apa jua perlakuan saya. saya mohon maaf. halalkan segala-galanya.
banyak mende yang berlaku sebenarnya dalam 2011. dan saya membuka seluas2nya mata & hati saya untuk menerima perlahan lahan apa maksud KAWAN, apa maksud KELUARGA dan apa juga yang datang dari ALLAH SWT, moga2 saya dapat berjalan dengan baik pada tahun2 mendatang, moga saya diuji dengan ujian yang saya boleh hadapi insyaAllah.
Apa yang baik semestinya dari Allah SWT. apa yang tidak elok, buruk, dan perlu diperbaiki itulah diri saya. wassalam!
SELAMAT TAHUN BARU MASIHI SEMENYE!! :))


