Follow Me! Cewah

Wednesday, November 30, 2011

Hari Akhir November

Hari ini hari akhir November, seperti yang saya rancang. Mula lah perjalanan baru nak teruskan apa yang saya impi-impikan, alhamdulillah. 

biar nampak jauh lagi, tapi xpe, mula pelan pelan. hehe.. insyaAllah, moga2 ada manfaat untuk keluarga. :)

Tak jadi nak gantung encik canon saya. hampir2 juga putus asa, tapi rezeki itu hak Allah, kita duk menadah, alhamdulillah jalan dah terbentang luas. tinggal nak usahakan aja. doakan saya moga perjalanan baru ini tidak sesusah perjalanan2 sebelum ini. moga dipermudahkan insyaAllah ;)

Monday, November 28, 2011

25hb Nov | Banyaknya Kegembiraan

Antara yang saya boleh ingat apa yang berlaku pada hari tersebut ialah:

pagi itu saya berjumpa kembali Abang Afa, rasanya dah lebih 8 tahun x jumpa selepas sama2 abis KUSZA. kami pernah 1 rumah (jadi adik beradik) masa program anak angkat di Kulim, Kedah dulu. Masa tu saya paling muda. hihihi.. sekarang saya lagi besor dari abang afa.


pagi itu juga kawan saya bernikah. duk lama tunggu kawan sorang ni nak nikah. alhamdulillah tahun ini rupe rupenye. alhamdulillah.


lepas tu x ingat dah petang ke malam ke terima sms kawan saya dapat anak ke-2, alhamdulillah. dari Kuala Terengganu saya singgah umah mak di Mentakab, alang2 terus ziarah Pizan & anaknya, comel betul. baby girl :))


Tahniah semuanya! semuanya membuatkan saya masih senyum hingga ari ini :))

Wednesday, November 23, 2011

Diam - Diam Rabu


Alhamdulillah, tercapai juga hasrat saya. Segalanya bermula dengan langkah pertama. Yakin dengan Allah taala, setiap kesusahan pasti ada jalan keluar. Alhamdulillah. Syukur.

Cuba taip di google translate WORDLESS WEDNESDAY, tengok kuar ape. hehe.. 

InsyaAllah awal Januari atau penghujung Disember tahun ini akan saya lancarkan secara official. Peh, ayat poyo x hingat. Terima Kasih semua yang support terutama yang sama-sama rasa 'susah' membikin operasi kali ini. Alhamdulillah.

er...suspen x? hihihihi

(saya yang suspen menulis belog taim kije, bos duk depan ni, hahaha)

InsyaAllah panjang umur, kita jumpa lagi selepas saya balik dari Terengganu. Wassalam!

Monday, November 21, 2011

Musim Cinta Telah Sampai

Terbangun awal, dalam dekat dekat jam 3am. Siapkan seme keje & tengok henpon. layan pesbuk, layan zikir Ustaz Ahmad Dusuki. Sokmo2. suke betoi. Layan pulak lagu yang si sakinah ni nyanyi kat malam persembahan tadika epal. Lagu ummiku sayang tu. layan pepagi buta.

Tengok2 si ahmad fuad apdet belog. syahdu jugek. hehe... betullah, dah masuk musim cuti sekolah. banyakla kenduri kendara. semalam aja 2 kenduri. orang kata tarikh tu cantik, 2011 2011, yelah kot. (gamba atas tu salah satu kenduri semalam)

kami pun enebesari bulan 11 gak. 17/11/2006. ramai duk kata kejap aja. rupanya masuk tahun ke-5 dah kami bernikah. huuuu :)

InsyaAllah mulanya minggu ini akan ada perjalanan panjang. saya suka. saya suka driving & travel. kali ini banyak ngan abah. saya kira kira semenye:

24/11 - Bandar Baru Bangi ke Kuala Terengganu - 454km x 2 = 908km
3/12 - Bandar Baru Bangi ke Kg Batu Balai - 187km x 2 = 374km
8/12 - Bandar Baru Bangi ke Mentakab - 159km x 2 = 318km
16/12 - Bandar Baru Bangi ke Pendang - 438km x 2 = 876km

Jumlahnye: 2,476km. Jadi encik putih sila siap sedia. mungkin 1/2 dari perjalanan tu bersama cik putih. heeee... (bagi encik canon, penuh sebulan tanpa rehat, hihi)

Ape2pun, bagi yang dah nak bernikah. masa inilah masa terbaik untuk memohon ampun maap dari mak abah, restu tu adalah perkara penting. Bagi anak perempuan, insyaAllah akan bertukar geran, sebelum ini ayah akan menanggung dosa2 anak. lepas ini itu adalah tanggungjawab suami.

bagi anak lelaki, kot macam mana pun anak lelaki ni tanggungjawabnya pada mak ayah. jadi pandai2lah berbahagi masa untuk isteri, keluarga mertua juga keluarga sendiri.

mabrouk!!

Thursday, November 17, 2011

Saya, UPSR & Ke Bintang


Mula nak menangis. Masih di wad, abah temankan. lusa UPSR, mak pun datang. mak bawak buku-buku. harap-harap itulah bacaan akhir penuh magik untuk menduduki peperiksaan akhir sekolah rendah tu. udah x tau nak buat apa, setiap 4 jam cik misi akan bawak neb untuk saya. lelah. sebelah tangan masuk air. terbaring, air idung x benti benti kuar. air mata duk bergenang manjang.

Malam itu saya fikir2 hingga saya tak boleh tidur, saya baca buku penulisan, contoh contoh karangan yang saya harap sangat keluar peksa. Saya masih ingat bacaannya, Pengalaman Yang Tidak Boleh Saya Lupakan. Itu tajuknya. ceritanya mengenai pengalaman seorang anak yang dalam perjalanan ke kampung dengan keluarganya, dan kereta mereka merempuh seekor lembu. pengalaman dalam buku itu saya masih ingat dan itulah yang saya 'copy' bulat bulat ke dalam periksa penulisan UPSR. teka saya dapat apa, sepanjang saya belajar dengan cikgu deris, saya x pernah dapat A. dan dia pernah cabar saya untuk saya dapat A dalam pemahaman serta penulisan dan beliau janji untuk berikan saya hadiah. beliau tipu. dan saya dapat 2-2 A, alhamdulillah. itu juga berkat belajar dengan cikgu deris. cuma beliau tak kasi kasi lagi hadiahnye. huh.

Pagi itu, Saya salam mak, abah awal awal lagi dah keluar. Tahun 1993 adalah tahun saya. Saya melihat mak saya menangis hampir setiap hari. waktu itu masih tidak matang, umur 12 tahun masih tido dengan abah. masih segar lagi setiap kali udah tidor, abah pasti akan selimutkan, peluk sekejap, pastikan saya panas agaknya. saya pengidap lelah. atau bahasa saintifiknya asthma. bukan tun siti hasmah. masih boleh ingat memalam terjaga tengok mak abah solat. masih segar. itulah mak, itulah abah. eh sambung sambung cite..

sampai sekolah tengok list nama kat pintu. nama saya mula ngan W, jadi saya duduk dengan belah last last. hehe.. seronok juga sebab kami terasing dengan dewan besar, kami duduk di kelas yang agak kecik. hehe.. saya jawab pelan pelan. mak pesan, kalo lupa banyak banyak selawat. 

balik, mak tanya boleh jawab x? saya jawab boleeeeeeeh.., mak suruh makan, tengok tengok nasi putih yang mak letak kicap di gaul dengan ikan goreng. ada sayur togeh mak masak lemak. masyaAllah sedap ya amat, dengan syarat mak yang gaulkan!!  hehe.. macam biasa happy x sudah sudah. teruskan main sampai petang, gaduh gaduh dengan noni itu sudah pasti. hehe.

1993 saya jadi saksi melihat mak menangis sepanjang abah menunaikan haji. dan sepanjang 40 hari lebih itu saya sakit teruk. dan 1993 itu juga saya menduduki UPSR. Abah menunaikan haji bagi membantu nenek saya di Mekah al Mukarramah, alhamdulillah moga2 semuanya mendapat haji mabror. dan pada waktu abah menunaikan haji, mak adalah abah sepanjang masa. kami semua masih kecil & saya pula asik asik sakit. hebat mak diuji. dan mak tetap sayangkan saya seperti dia sayangkan anak-anak yang lain. mungkin pada waktu itu saya dilebihkan sedikit kerana sakit.

keputusan UPSR saya 2A, 1B & 1C.  Abah kata kalo x masuk wad sebelum UPSR dah tentu dapat 4A. (ahhhhh... air mata udah bergenang!) Mak pun sama. tapi mak betul betul nampak happy. saya sampaikan pada mak nak masuk sekolah agama di bandar jengka. saya tau mak x rela saya jauh, saya sakit. tapi pegi jugek, alhamdulillah.

dipendekkan cerita, saya hanya bersekolah di Maahad Addiniah Bandar Jengka hanya 2 tahun. Lepas itu x sekolah situ dah diatas sebab sebab yang tak tau nak kata apa. hihi.. saya sambung sekolah di sekolah menengah kebangsaan jengka 2. situ saya amik PMR. keputusan teruk sangat sangat. tak dapat 1A pun, siap ada D lagi. masyaAllah. sakit manjang. 

Abah pindah ke sekolah di Lanchang, dan pada tingkatan 5 saya bertukar lagi ke Sekolah Menengah Dato Bahaman, atas sebab ober kompident, saya mendapat keputusan yang tak boleh dibanggakan langsung. x dapat pangkat 1 pun. pangkat 2 dengan 25 aggregat. teruk kan? hehe.. saya dah x malu nak sebut. itulah hakikat. nak malu apa. tapi itulah penyesalan paling panjang dalam hidup saya.

selepas itu saya gagal lagi. saya masuk ke kolej swasta. dan culture shock. tak boleh belajar dan x dapat result yang bagus pun. balik rumah dan kerja di mcdonnal mentakab. disitu saya belajar idup bila cikgu dan rakan2 saya dari jengka selalu datang makan disitu dan kebanyakkanya menghina saya kerana hanya setakat bekerja di mcdonnal. pengalaman paling best di baling ke muka sebijik mcchikken hanya sebab mamat tu nak lebih cili, saya g kasi garam!

Allah taala itu adil, Maha Adil. Saya diterima masuk ke KUSZA. dan disitula saya rasa saya belaja. walopon masih kuat main. hehe.. saya duk ingat lagi roomate saya (pokwe). dia selalu tanya bila saya x belaja, dia tanya, kerol ko ni nak jadi apa aaa? saya jawab, nak g bintanggggggg.. (sambil sebelah tangan saya angkat tunjuk kat langit). pastu saya tido. hahahaha...

lepas amik diploma, saya sambung degree. dan buat pertama kali dalam idup naik pentas untuk terima skroll 'president list sebanyak 2 kali. hehe.. alhamdulillah. syukur.

dan sekarang sudah pun keje. alhamdulillah.

Mak kawan saya penah pesan pada saya, rasanya udah  nak 10 tahun lebih pesanan nih.. katanya nak idup ni berkat, idup ni penuh dengan rahmat Allah SWT, berjasala ngan mak bapak. walopon kita ni x mampu nak bantu, nak kasi duit ke, nak kasi itu ke, paling teruk bancuhla air untuk mereka, paling bagus (dalam keadaan x mampu) masaklah untuk mereka. insyaAllah Allah taala akan bersama kita. 

keberkatan tu perlu dicari. (ahhhh... udah bergenang lagih!)

saya sangat sayang mak. juga sangat sayang abah. merekalah yang sentiasa bersama dalam perjalanan nih. dan sekali kali perjalanan UPSR ini  saya tak mungkin lupakan.

dan hari ini, tahun ke-5 saya bersama cinta. nantikan entrinya. wassalam.

Wednesday, November 16, 2011

Mimpi Seram Amat

Saya mengemas ngemas meja, dibuka laci satu persatu, man pandang saya dengan muka sedih. dia pun bantu.
'ko betul betul nak benti ke nih' tanya man

'yelah, aku nak bisnes la, bisnes lagi bes' jawab saya

kami sama-sama sambung mengemas meja. tetiba dengar orang menjerit di lobby, seme berlari, tengok ade sebijik lori besar melanggar lobby, kak su masih relak buzy melayan tepon. encik mad berlari lari anak seperti mencari cik deris.

saya dan man turut berlari mengikut encik mad, encik mad kata 'sini sini semua, sini laluan selamat'

seme orang ada disitu, orang yang saya x kenali juga ada.  tetiba kami seme sampai di satu lorong yang ala-ala ada cahaya kuar, wah bestnye macam disitula jalan penyelamat. elok elok kami kuar, kak su lagi ada kat situ, masih pegang henpon di tangan kirinya, tangan kanan tunjuk ke arah mana tah, kami ikut arah tu. jalan punya jalan tetiba ada lagi lori besor kejor kami. 

saya ngan man terpisah jauh dari kawanan mereka. elok elok ada kereta lalu, orang tu suruh kami naik cepat cepat. kami pun naik, tengok tengok drebar nye encik puad. tetiba encik puad jerit..

'streeringggg... mana sterrringgggg.....' sambil seme yg dalam kete tu (yg tetiba2 ada jugek kak su sebelah saya) tengok ke arah side mirror dan seme menjerit 'aaaaaaaaaaaaaaaaaa' - lori tu dah dekat sangat dah.

saya pun terjaga. astaghfirullah. merepek sungguh. terus call kawan saya yg katanya ada keje kul 5am.

Friday, November 11, 2011

Pengorbanan Ibrahim & Kesanggupan Ismail








Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"
(Ash-Saffat: 102)

Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya."

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"

Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"

Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."

Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah s.w.t. telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah s.w.t.!"

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."

"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail.

"Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian."

"Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah s.w.t.yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.

Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah s.w.t. dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku."

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t."

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"

Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah s.w.t. dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela)."

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah s.w.t., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"

Dengan izin Allah s.w.t., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."

Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.
 
 

Thursday, November 3, 2011

Salam Raya Korban


Selamat Menjalani Ibadah Korban & Bergembira bersama keluarga, kengkawan, arnab, cikgu cikgi, jiran jiran, imam, bilal, polis, bomba, ambulan, ketua kelas, otai-otai, sifu sifu, ayam yatim serta pengerusi JKKK!!

Tuesday, November 1, 2011

Kasi Kebab


Ini sudah tak boleh jadi. 
Memang kena ajar itu budak.

Kasi Kebab muka dia.

Eh. kasi macam kebab muka dia.

Ini malam kasi settle seme.

Para tentera dan askar askar sila ready keh. 


Share It (Jom Kongsi)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kategori

#tulis2014 (1) 2 Nurul (32) Abuain (100) abuainkitchenstudio (112) adunan (1) adventure (6) agom (2) BackPacker (26) bakar (1) Blogger (6) Buku (14) buku resipi (1) cabaran70hari (31) ceritarasa (15) chefadu (24) chefizyan (26) coklat (1) cupcakes (1) daging bakar (1) desserts (1) dhuhawithme (1) diaribuatnurulain (2) doh roti (2) Drama dan Filem (3) ebook (1) enampuluhliter (3) exhibition (3) fotografi (1) idola (1) ikan sungai (1) ikandilaut (11) Ilmu (3) kamera (1) kebajikan (1) kedai makan (1) kehidupan (21) kek (5) kek kukus (1) kelasmemasak (15) keluarga (15) ketam (1) koko (1) Kompius (13) korban (2) kurma (2) kurma balls (1) majalah (2) Majlis Ilmu (23) Mak Abah (19) Makanan (11) masakan (1) Masakan Arab (1) masakan kampung (6) masakmasakblogger (3) masterchefmalaysia (6) memanis kehidupan (24) memori (1) memori masakan ibu (1) mentakab (1) menulis (4) MH17 (1) MH370 (1) minuman (1) momandkids (2) musafir (4) nasi (1) nasi goreng (1) nasi kukus abuain (1) Nurul'Ain (2) pakejmakanmalam (1) Pameran Herba Malaysia (3) pencuci mulut (6) penerbit (14) pengalaman (5) pengat (1) penulis (16) penulisbuku (21) Perkahwinan (6) produk abuain (1) pru13 (1) puisi (2) raya2014 (1) resepi (26) resepi ayam (4) resepi brownies (3) Resepi Jem (1) resepi kari (1) resepi kek (7) resepi kerabu (1) resepi pai (3) resepi pizza (2) resepi puding (2) resepi sayur (3) resipi biskut (2) resipi daging (5) resipi emak (1) resipi ikan (3) resipi kek (4) resipi kuih melayu (3) resipi minum petang (2) resipi minuman (1) resipi roti (1) resipi sihat (1) resipi sos (1) resipi sup (1) resipi tanpa bakar (1) reviewkelas (1) Sahabat (42) Saya (87) sayuran (3) seafood (2) sembang produk (2) SenyumPictures.com (12) sotong dan udang (2) Surat (4) talk (1) tepung premix (3) thailand (1) travelog (2) visitmalaysia2014 (1) wajibbaca (22) wedding (1) western (1) yang pergi (2)