Friday, August 26, 2011

Selamat Aidilfitri Kengkawan


Assalamualaikum warah matullah Mak Abah, Cinta, Cikgu Cikgi, Jiran2, Adik2 Tadika sebelah rumah, jiran-jiran, kengkawan, sedara mara serta seme-seme kengkawan blogger sekalian alam rahmat Tuhan.
Saya mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada seme, jangan lupa posa 6, makan tu beringat-ingatlah. banyak banyak minum air masak, jangan banyak minum air manis tau.

Saya juga berdoa moga kengkawan yang naik kete, moto, lori, bas serta beskal untuk berhari raya, moga anda seme selamat dalam perjalanan pergi & pulang. Masa nak berbuka tu elokla benti sekejap sebagai menghormati waktu berbuka. Jangan tergesa gesa tau. relak-relak.

Buat suami isteri yang masih belum buat keputusan nak balik mana, elokla solat istikharah mintak petunjuk malam ni. Sempat lagi tu, malam ni malam 27 kan.. mana tau jumpa ngan lailatul qadar. Amin

Bagi yang x dapat nak beraya ngan mak ayah tahun ni, call-call la, x pun ziarah jugek sekejap. jangan sesekali lupa mak ayah tau. Bagi yang sudah kehilangan mak ayah, jangan lupa ziarah mereka.

Selamat menyambut Aidilfitri kengkawan. Moga seme di terima taubat dalam Ramadhan ini. Amin. Mohon maap salah silap, perkataan, tingkah laku, tulis tulis serta apa sahaja la yang penah mengusik ati, jiwa, perasaan, touching-touching dan sebagainya. Saya betul betul mohon ampun maap. Kalian seme ubat di hati saya, cewah. kelas ucapan tahun ni. hihi..

Jumpa lagi insyaAllah. Wassalam.

WAN KHAIRUL HAKIMIN HJ WAN MUHAMMAD
Bandar Baru Bangi, Selangor
InsyaAllah raya ke-2 di Mentakab, Pahang
Nak datang umah call / sms 012 946 7994



Thursday, August 25, 2011

Siri Terkejut Sepanjang Hari

1. Terkejut tetiba kete depan brek tetiba, dia tersilap masuk lane. dia nak amik tiket saya guna TnG

2. Sampai opis, terkejut nyaris nak tlanggar budak jalan kaki, saya nak pusing maut nak parking ala ala the italian job

3. Pegi buat agihan zakat di area Mantin, tekejut dibuatnya haji tu saya terlupa nak padamkan flash masa amik gamba dalam kete

4. Saya tekejut sendiri bila tgk saya pakai selipar masa salam dengan bigboss

5. Tekejut jugek bila ditanya pasal mende tu, buat saya rasa macam pencuri aja

6. Masa khatam Quran, dikejutkan dengan berita pemergian teman rapat mak abah, Arwah Cikgu Ismail Baki.(al-fatihah buat arwah..)

7. Sampai rumah mak, wah rumah dah 90% siap. xdela tekejut sangat.

oklah. nak balik bangi semula. sorri guna komputer adik, xde gamba. heee.. insyaAllah dalam 2-3 jam saya sampai bangi. cinta x yah tunggu la. jangan selak pintu ek. assalamualaikum.

Muka Macam Keje, Tapi xde Makna, huh


Seme orang duk cite hal raya, saya apa kurangnye. Tahun ni rumah mak abah katanya lain sikit dari biasa. Tah tah boleh buat lumba lari Piah ngan Kasyah. Lia ngan Riyadh lumba guling boleh la kot. Aisyah, Alin & Kak Bi duk je diam2 korang dah besor, jangan kecoh2.

Mak arini siap g nilai 3 beli kapet.. hehe..

Abah dapat dah yg dia nak. walo x dapat 54 inci, dapat 42 inci tu dah cukup jelas nak baca translator katanya.

Mood raya semakin kuat, sampai antor cinta g keje tadi nyanyi sama2 lagu raya. romantik. haha
Kat Opis ni dah x keja dah. walo kak imah buat2 sibuk. xde maknanya. time bos lalu je dia tetiba sebok. sebenarnya xde makna dah. Itu belom kak su recep ngan kak iza. kak dil jangan cakapla, duk kira guna jari bape banyak hamper dia dapat. Kak Su payrol huuu siap pakai baju raya dah, dia punya brooch tudung jangan cite siap bling bling tergantung tepi telinga.

yang geng geng laki ni seme buat muka ensem. pantang dapat kuar, antor surat pun jadi. yang penting kuar. ngulor kata lainnya. mood raya ni betul betul mengganggu ketenteraman di waktu keje

ah seme dah mood raya. saya pun sama. arini nak kuar jugek teman mak jap pilih kapet. haha

Wednesday, August 24, 2011

Muka Kucing Posa


Kesian pulak tengok muka muka kucing nih. 2-2 tu kat Lipis aritu. Jangan riso encik encik kucing (rasanya gambo bedua tu suami isteri kot) raya nak dekat dah ni. sabau2 ye. 

Tuesday, August 23, 2011

Memori Terawikh @ ATB


Siap bebuka & maghrib di mesjid KUSZA, saya & pokwe (bukan nama sebenar) terus balik ke bilik. Time ni kami bedua dah duk di luar dah. Tapi masih duk asrama. Kami duk tingkat 4 ATB (At-Tabrani kalo x salah). Ngan pok we ni dari sem 1 lagih,  orang Baling, Kedah tapi sekarang dia di Miri Sarawak, Ngajor katenye. hehe..

Masing2 kekenyangan, bersandor ngan pokwe tepi katil. 

'Kerol, jom g terawih' ajak pokwe

'jap2 lagih la. hehe.. se'eh nih' saya jawab ala ala segan, pokwe nih alimnye

'dah2, hang ni jangan duk leka sangat, jom g terawih' pokwe berkeras sambil tunjuk penumbuk (tipu tu)

'yelaaaah' kami bedua turun ke tingkat 3, ke tingkat 2.. udah x ingat surau ATB tu tingkat berapa. hehe.. Azan isyak pun berkumandang. Kami solat penuh khusyuk. heee...

Sampai aja terawikh rakaat 5 & 6, imam pun angkat takbir. baca fatihah & belum abis baca surah tetiba..

Boom!! mercun di baling betul2 kat tingkap surau.

Imam jerit ' Allah hu akhbar'

Makmum - seme rukuk

Imam - astaghfirullah hal azim!!

Makmum - masih rukuk

Imam - 'udahla rukuk tu oii.. aku dah lama benti solat dah ni' (sambil duduk & urut dada)

Makmum - kami seme bangun & ketawa berdekah2 sampai ada yg sambung solat dalam bilik

Gambar - Masjid Padang Tengku, Kuala Lipis




Sunday, August 21, 2011

Kita bukan somalia la ibu!


Kamera saya gantung disebelah kiri bahu. Duk tunggu pakcik & makcik ni siapkan 3 bijik roti john. beralus sungguh buatannya. berhati hati. Di Bazar Ramadhan Kuala Lipis ni kebanyakkan peniaga masih lagi makcik makcik. Jadi mesti sedap. hehe.. Sedang duk elok tunggu, datang 2 beranak, ibu & anak yg saya rasa dalam umur 12-13 tahun kot. xdela kecik sangat dak pempuan tu.

'Ibu, beli roti john bu' anak
'ok' terus ibunya buat pesanan nak sebijik roti john.
'Ibu nih, beli la 2, kita bukan kat somalia la bu, kena catu catu makanan' anaknya jawab.
'eh kau ni.. cukup 1, jangan tamak, bedosa tau' jawab ibu nya.

tersentak jugek dengar anaknya cakap tu. Saya baru aja ikut sahabat2 mengagihkan zakat & sedikit bantuan kepada yang memerlukan di kawasan Lipis, & pada waktu itu masih segar lagi bagaimana daifnya kehidupan & rumah rumah mereka, ada yang sudah uzur, ada yang sakit tua & macam macam masalah lagi. 

Rumah Terakhir

Kami semua sampai di rumah terakhir untuk bantuan kali ini (bantuan seterusnya 24hb insyaAllah). Kereta yang kami naiki x dapat nak teruskan kerana pokok besar tumbang menghalang jalan. Jadi kami semua berjalan kaki meredah pokok tersebut. Elok dalam 20m, ada lagi pokok yang tumbang, kami tetap teruskan. Masa nak ke rumah tersebut turun bukit jadi x berasa sangat penatnya. Sampai dirumah, lebih kurang 1km juga bejalan kaki, ada wanita yang sudah berumur. Suaranya serak2 mengucapkan terima kasih. terbayang wajah mak kat kampung, macam mana kehidupan wanita ini hidup tersorok jauh di pedalaman, hanya sebiji rumah disitu. selesai di rumah terakhir, kami berjalan berborak2 kosong menuju ke kereta.
naik bukit menghala ke kereta, tengok air lalu di tali air pun terliur. hehe..

mm... sampai masa untuk kita ajar anak-anak kita tentang bersederhana.

.......................................................................................

Semalam ada 74 follower, hari ini 73. sapekah yang telah mengundi keluar. makaseh menyokong selama ini 
:))

Friday, August 19, 2011

Kuasa Semangat Kanak-Kanak




Saya lihat video ini berberapa kali. & saya amat pasti ada suara2 akan cakap 'kerol suka hindustan' hehe.. biasalah. it is in the blood. hehe.. Ada cerita dalam video ini yang mungkin xde dalam video lain. Menarik, ringkas & kena pada apa yang nak disampaikan.

Jika kamu tidak sabar, kamu sama sahaja dengan wanita pada saat 0.38

Jika kamu penuh cita cita, kamu pasti sama dengan saat 1.04

Jika kamu punya perasaan, pasti kamu sebak di saat 1.09

Dan jika kamu masih punya perasaan, saat 1.14 betul betul buat kamu gembira sampai nak nangis

Serta saat saat akhirnya akan buat kamu tahu hanya dengan semangat sorang kanak-kanak, kamu akan bersatu.

Wednesday, August 17, 2011

Simbolik Kejadian


Tak tau mana datang aura gambar atas tu. Saya belek banyak kali, gambar ini yang saya suka tengok. Saya perati baik-baik. Gambar Mak mertua saya memeluk anak bongsunya betul betul erat, hingga mak menutup mata, seluruh jiwa dan perasaan, kasih sayang mak tertumpu dengan doa kepada Muhammad (nama anak bongsunya), sebab itu penuh kekuatan semasa mengerat tubuh Muhammad, itu saya pasti.

Duk pikir banyak kali, inilah simbolik kejadian Tuhan, mende mende macam ni boleh buat kita rindu kat mak kita sendiri. Ingat masa kecik kecik kalo nak pegi jauh sikit, mesti dapat peluk macam tu. puas, mak peluk lain. peluk mak peluk berkat.

InsyaAllah sampai masa dapatla peluk anak sendiri. amin. Tapi saya bukan mak, saya bapak. heeeee...


Saturday, August 13, 2011

Kambing & Terasa nak lempang



'Abah, ade kambing sesat, laaa nape kambing tu ngadap ke gambo kambing tu, ce tengok..siannye dia nengok ke gambo tu' tanya noni pelik menengok ke sekor kambing yg tercegat depan poster kambing untuk dijual.

abah saya relak aje pandang x jawab apa apa. saya duk bawak kete ni mandang jugek. tapi x nampak mana kambingnye. 

balik aje dari Temerloh lalu lagi jalan tu.

'laa siannye.. ade lagi kambing tu baah.. napela duk situ aje, kena tambat kot.. napela dia ngadap ke poster kambing tuh yek' cakap lagi kali ni agak kuat, bdensing telinga.

Siap2 bebuka, seme ke restoran nak makan malam. Noni pun cite dengan berkobar kobar kisah dia nampak kambing tu ngadap poster kambing untuk dijual. kesian katanya. kali ni saya masih bawak kete. saya ngan abah diam aje. mak pun sama. hikmah tetiba menjawab

 'eh tu kan patung, memang tokeh dia letak patung kambing tu depan kedai dia'

tetiba rasa nak lempang noni memalam ni.

Gambor tu kambing yg dimakan oleh kawan2 saya tanpa serba salah lagi.

Thursday, August 11, 2011

Terhantuk Baru Tersedar



Saya & cinta jalan sedikit laju, jam dah kul 7, baru nak ke umah mak metua nak berbuka. Saya parking bawah pokok depan umah Pakcik Thalal, betul2 bawah pokok limau. Sebabkan pokok tu berduri, saya pun tundukkan kepala. Buka pintu pam! saya terhantuk kat bucu pintu kereta. Tepat2 ke bucu. Duk pegang2 masyaAllah sakitnya. Tahan2 supaya cinta x riso sangat.

Masuk kete, rasa2 alahai berdarah pulak. Tapi x banyak. ok ler.. hehe.. Malam tadi masa tido cinta letakkan minyak gamat setelah 24 jam masih sakit. Kalo sakit lagi arini kompom kena pegi cek. huii... nauzubillah hi mindzalik. Makaseh cinta.

Semalam juga Allah taala sedarkan saya dengan sesuatu. Syukur saya diberi kesedaran lebih awal. Jangan berlebih2 dalam apa pun yg kita buat. seme mende ada limit. :)

Terhantuk x semestinya tersedar. Sedar x semestinya terhantuk. Tapi jangan terhantuk baru nak tengadah. heeee..

Akhir akhir ni tah nape datang mood dah pandai bergaya depan kamera. Kalo dulu, kita aja yg suka amik gamba orang, skrg ni sebok pulak suh orang amik gamba kita. heee.. :)

Monday, August 8, 2011

Poyo


Poyo tak? sila kasi tahap poyo 1-10. 10 yang tertinggi. undian mula sekarang

Friday, August 5, 2011

Carta Entri, peehhh

Baru saya tau, kalo tulih surat baru orang nak baca. Tu tandanya orang mesia ni suka nyibuk baca surat orang, x baik tau. bedosa. heeeee.... 

Thursday, August 4, 2011

Hikayat Kemah Jelita & Noni Gebu (Edisi Khas Ogos)


'kau kuncciii... cintakuuu.. di dalam hatimuuuu...' Panggg.. Jelita menampar muka Gebu, Gebu terpinga pinga, 

'ape hal main tampa tampa ni, u ingat muka i ni roti canai ke u nak tampa tampa' kata gebu penuh ghairah.

'yela, tu lagu i, i suka lagu tu, i je boleh nyanyi, u jangan cari pasal ngan i' jelita menjawab

'eh, tu lagu ramram la, u ingat dia kasi hadiah lagu tu kat u ke? tu lagu pujaan malaya tau' abang i yang idung besor tu pun suka nyanyi lagu dia,' kelas kata gebu yang mula duduk bersimpuh sambil main batu seremban.

'xdela, i bukan ape, u suka la, asal i nyanyi lagu tu, u sebokla nak nyanyi jugek, i ni memang berbakat, suara i hebat, u tu takat main bedminton kalahkan abang u je, sebok jugek nak nyanyi2, x payahla gebu. bab nyanyi u kasi kat i, bab men bedminton i kasi u, haa.. amacam perjanjian kita? u suke?' tanya jelita seakan akan mamak tepi restoran ali bertanyakan menu di pagi hari.

'huh.. mana boleh macam ni, suara i sedap ke, x sedap ke, i nyanyi xde lampu ke, orang x nampak ke, ada i kesah?' i pun ada ati tau.. i pun ada perasaan, ingin dicintai seperti u, u pikir u jelita je u ada perasaan? huuuu... ni mula i sebak ni, .. sepanjang perjalanan iniiii.... lembah dan lurah ku hadapiii... haa.. ni mula la i nak nyanyi lagu jeton semeon ni' Nyanyi gebu termuncung muncung mulutnya.

'yela yela.. xpela.. kita nyanyi sama sama ye gebu..' epi besday to yuuu... epi besday to yuuu.. epi besday to gebuuuu.. epi besday tu yuooooo... pangg!!! korang bedua ni nyanyi x benti benti, bukan nye nak tolong mak buat kuih. nak kena lempang lagi? dah! bangun tolong mak' kata mak sambil sebelah tangan memegang molinek & sebelah tangan lagi diusap2 ke badan selepas baru aje melempang gebu & jelita

Epi besday Gebu @ Noni. 2011 - 1983 = 28 tahun :)

Wednesday, August 3, 2011

Kami Sentiasa Bersama

Poster diatas sudah memberi kata kata untuk tuan puan seme memahami apa yang nak saya nak tulih. hee.. betoi kan? heee...

Tak da Mood nak Update Belog


Hee... pagi tadi jam 3.15am saya bukak tv.. tengok ada cite solat terawikh di Mekah. Duk la tengok, imam Masjidil Haram menangis masa mengimami solat, saya pun sama menangis. Rindu sungguh Mekah, rindu sungguh Masjidil Haram, Rindu sangat sangat ke Kaabah, Rindu sungguh nak ke rumah Allah SWT. Rindu Rasulullah SAW.

Moga tahun depan atau tahun ni atau bebila la,  saya dapat g smula kesana.

Mood saya menulis sampai sini aja arini. Tengok la kot2 ade cite nak cite, baru cite la. heee... Jom ngaji jom. ;)))

Share It (Jom Kongsi)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...