Saya sampai agak lewat di lokasi kejadian Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Felcra Sg Semungkis, Hulu Langat. Dari malam tadi saya cuba tenangkan hati, berdoa & memohon kepada Allah SWT supaya semuanya dijumpai sama ada selamat atau tidak. Saya tidak dapat pergi waktu kejadian. malunya saya dengan Allah SWT.
Semuanya sudah selesai pada jam 5.30am, Arwah Adik terakhir yang dijumpai pada waktu itu & operasi mencari dihentikan. Dalam jam 9am baru saya dapat melihat lokasi kejadian. masyaAllah menakutkan. Insaf & taubat di dalam kepala, jiwa & seluruh perasaan bagai terkedu dengan kekuasaan Allah. Ada bahagian bangunan yang runtuh, suara tangisan kaum keluarga, juga suara cerita dari rakan sukarelawan agak syahdu. Berbagai bagai perasaan bercampur baur dengan kepenatan. Saya kagum semangat mereka. Dalam jam 10.30 telefon saya berbunyi, saudara sukarelawan memanggil untuk bersama ke Masjid Bt. 14, Hulu Langat, 5 jenazah kanak2 akan disolatkan disitu. Saya sampai juga lewat, berkali2 saya tidak dapat parking, air mata dah xtertahan apabila kedengaran suara imam berzikir.
Parking agak jauh, berjalan kaki juga agak laju, sesampai, saya ambil wudhuk, media & wartawan memenuhi berbagai2 ruang. Terpana seketika melihat ibu ibu berpelukan, mungkin guru atau saudara terdekat. masyaAllah hebatnya mereka diuji.
Jenazah sudah pun di mandikan. Dibuka untuk saudara2 terdekat, waktu ini saya tak tertahan, berkali kali saya keluar dari ruang solat, walau tiada sorg pun kanak kanak yang saya kenali, saya sangat2 sedih. Kuasa Allah mengatasi, mereka disayangi oleh Maha Pencipta lebih dari kita semua. Kelihatan YB Dr. Hassan Ali & YB Dr. Che Rusli. Mereka juga kesedihan. Sempat bersalaman dengan YB Dr. Che Rusli, wajahnya sayu, penat, hiba.
Jenazah disolatkan selepas zohor.. saya tidak bersama semasa mereka dikebumikan..
Al-Fatihah Buat:
1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun
2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10
Sembilan yang terselamat ialah:
1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10
Moga kalian tabah.
mereka bergambar sebelum runtuhan berlaku ~ ehsan dari rakan blogger
Nota: Mohon maaf, saya tidak bawa kamera, gambar hanya menggunakan hp sahaja.