Wednesday, November 16, 2011

Mimpi Seram Amat

Saya mengemas ngemas meja, dibuka laci satu persatu, man pandang saya dengan muka sedih. dia pun bantu.
'ko betul betul nak benti ke nih' tanya man

'yelah, aku nak bisnes la, bisnes lagi bes' jawab saya

kami sama-sama sambung mengemas meja. tetiba dengar orang menjerit di lobby, seme berlari, tengok ade sebijik lori besar melanggar lobby, kak su masih relak buzy melayan tepon. encik mad berlari lari anak seperti mencari cik deris.

saya dan man turut berlari mengikut encik mad, encik mad kata 'sini sini semua, sini laluan selamat'

seme orang ada disitu, orang yang saya x kenali juga ada.  tetiba kami seme sampai di satu lorong yang ala-ala ada cahaya kuar, wah bestnye macam disitula jalan penyelamat. elok elok kami kuar, kak su lagi ada kat situ, masih pegang henpon di tangan kirinya, tangan kanan tunjuk ke arah mana tah, kami ikut arah tu. jalan punya jalan tetiba ada lagi lori besor kejor kami. 

saya ngan man terpisah jauh dari kawanan mereka. elok elok ada kereta lalu, orang tu suruh kami naik cepat cepat. kami pun naik, tengok tengok drebar nye encik puad. tetiba encik puad jerit..

'streeringggg... mana sterrringgggg.....' sambil seme yg dalam kete tu (yg tetiba2 ada jugek kak su sebelah saya) tengok ke arah side mirror dan seme menjerit 'aaaaaaaaaaaaaaaaaa' - lori tu dah dekat sangat dah.

saya pun terjaga. astaghfirullah. merepek sungguh. terus call kawan saya yg katanya ada keje kul 5am.

4 comments:

iza said...

Assalam...
Mana pulak hilang stereng?

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

kak iza; hehehe.. tahle..

sudipVSsenduk said...

dapat merasai seolah2 saya turut sama dalam mimpi tu, berdiri disebelah Kak Su... entahapeapentah kan

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

sudip; heeeee ;)

Share It (Jom Kongsi)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...