Ramai yang bertanya kenapa saya tidak menyokong kerajaan sekarang?. Terutamanya ahli keluarga & rakan rapat. Ramai yang bertanya tak selesa ke sekarang? x seronok ke dengan Kerajaan sekarang? kenapa perlu tukar? kenapa itu ini dan macam macam lagi.
Saya bukan alim. Bukan juga ustaz, bukan juga tergolong dalam manusia manusia yang pandai dalam bab agama. Ini adalah pandangan peribadi saya.
Solat 5 waktu tak tinggal. Ngaji Quran alhamdulillah, kadang kadang termiss juga sama la dengan berjemaah. Paling seronok ialah bila kita tau kemanisan solat & ngaji Quran. itu part paling best. Acapkali selepas solat & mengaji, saya diajar oleh mak untuk berdoa kepada mak abah sendiri. juga diajar supaya memperoleh isteri yang solehah, juga anak2 yang soleh & solehah.
Kalo boleh semenye nak soleh & solehah, nak yang baik2. Tapi bila kita nak memilih pepimpin, kita pilih pimpinan yang tak tutup aurat?
Saya sudah beristeri. Sudah ada anak. Hampir setiap hari media menulis tentang buruknya kelakuan anak anak sekarang. Yang salahnya ramai, TV, MEDIA, ARTIS, GAJET, GAME, HP, MEDIA SOSIAL, PESBUK, BLOG, dan macam macam lagi lah yang dituding. Mula lah keluar sana sini anak itu dirogol, anak ini lari ikut laki, anak itu mencuri dan bermacam macam lagi.
Kalo boleh seme nak anak yang baik2, tapi bila bab pemimpin, kita cari pimpinan yang suka hiburan? yang boleh berjoget sana sini dengan perempuan bukan muhrim, yang boleh memeluk bukan muhrim, bercium pipi dan sebagainya? hiburan berlebihan punca anak lalai.
Jika nak lihat kondisi negara itu. Lihatlah kelakuan anak mudanya.
Jika nak lihat bagaimana pimpinan negara itu, lihatlah juga akhlak anak muda nya.
Jika nak lihat masa depan negara itu, lihatlah siapa barisan pimpinannnya.
Tanya diri sendiri kita nak apa. Cuba kita pilih dibawah:
1. Senang dunia (kaya)
2. Senang dunia (kaya) akhirat (syurga).
Jawapannya semua akan pilih no.2. Itu kompom. Tapi ramai mana yang menuju betul betul ke akhirat? Menyokong habis habisan dengan hujah nak senang, nak hidup aman nak itu ini itu hujah menyedapkan hati semata-mata.
Jika kita mati. Perjalanan pertama ialah di alam barzakh. Ujian dalam kubur yang penuh seksaan. Masa tu xde makna dah nak kembali ke dunia.
Selepas itu kita akan dibangkitkan semula di hari kiamat. dan akan diazab seksa ke neraka jika kita penuh dosa. Penuh lalai dan cuai semasa didunia.
Jika kita nak ke syurga, adakah kita pilih pimpinan yang bawa kita ke neraka?
Ramai ambil mudah dengan menyokong tanpa fakta. Hiduplah dengan berjemaah. Hiduplah bukan dengan duit. Bukan dengan jawatan yang ada pada isteri/ suami.
Hiduplah dengan kekayaan tapi penuh sedekah,
hiduplah dengan jawatan tapi penuh hemah dan
hiduplah dengan kebaikan dan penuh barakah.
Hiduplah!
Mati takde syarat. Dah mati takde sapa dah nak tolong. Bini kaya, suami kaya, anak kaya, atok nenek kaya, mak bapak kaya seme dah tak boleh tolong.
PAS ada roh. ada semangat yang saya nak untuk diri saya. untuk bina diri saya, isteri & anak anak saya. Untuk bina jati diri anak saya supaya dia boleh pilih sendiri nanti nak ke syurga atau neraka. Zaman sekarang ni, bila anak tanya mak 'neraka tu apa' mak akan jawab, neraka tu api, kalo buat jahat nanti kena campak ke situ' bijak sungguh jawapan mak, tp mak sendiri tak bertudung. itulah dunia sekarang.
Menang dalam pilihanraya bukan Untuk DSAI, bukan untuk TGHH atau TGNA. Tapi untuk Islam, untuk masa depan anak anak. Masa depan keluarga, masyarakat, dan negara sendiri. Hidup makin takut, sana sini ada pencuri. Sana sini ada pencopet, sana sini ada peragut. Sana sini ada orang jeling pandang dengan wajah wajah menakutkan. Semuanya sentiasa dalam mood berhati hati. itu baru dunia. ah selamatkah?
Jika memerintah 55 tahun, Malaysia penuh dengan hiburan, penuh dengan maksiat, penuh dengan jenayah, culik, ilang anak, ilang segala menda, rumah kena pecah, kena itu ini, penuh dengan jeritan sana sini ibu yang anaknya dirogol, dibunuh, diragut, dicabul diitu ini kan, saya fikir dah sampai masa kita kembali kepada Islam. Mudah aja. Kembalilah.
Saya ingin pemerintah yang menjaga akhlak.
Yang memberi kebajikan dengan penuh hemah.
Yang menjaga keharmonian dari segenab sudut.
Yang memurnikan masjid dan surau.
Bukan yang membina itu ini.
Bukan bermegah menyediakan itu ini,
Bukan juga yang menyedekah wang ringgit dan akur janji.
Juga bukan pemimpin yang menghina pimpinan lain. Yang menyorok bukti kesalahan. yang menimba kekayaan dengan cara yang salah. Yang menyebabkan rakyat miskin dan hidup susah. Dan bukan juga pimpinan yang tidak boleh ditegur.
Jazakallah Tok Guru, moga segala jasa akan dikurnia kebaikan dunia & akhirat buat Tok Guru. Hati jiwa dan seluruh rakan2 masih ada yang bergenang air mata tika bercerita pengunduran beliau malam tadi.
Kasih yang pernah tumpah kepada kami akan kami tumpahkan kembali kepada yang lain. Perjuangan yang tak pernah habis.
Amar Ma'ruf. Nahi Mungkar.
Saya akan kekal bersama pimpinan Islam. Wassalam.